|
|
| Tuesday, 14-Feb-2012 16:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teringin Nak Makan Biskut Kelapa
|
|
Hari raya dah lama berlalu.......alahai pasal apa pula kak rus ni teringin nak makan Biskut Kelapa.Hehehe.........bukan apa....kak rus ternampak ada stok kelapa parut kering lebihan beli nak buat kuih raya harituuu......Bila diperhatikan tarikh luputnya.....rupanya lambat lagi nak luput....jadi keinginan membuatnya membuak-buak walaupun doktor dah pesan jangan buat apa-apa pasal jari-jemari kak rus yang masih lagi sakit.
Selepas bersarapan terus kak rus godak adunan.....bukan guna tangan pun tapi mixer.
Resepi pun pakai campak-campak aje....alahai
250 gm mentega (rupanya 1ketul butter beratnya bukan 250 gm) jadi kak rus tambah sedikit majerin.
3/4 cwn gula aising
1 biji telur
1 st esen vanilla
1/2 cwn serbuk cornflake*(cornflake dikisar)
1/2 cwn serbuk badam*
2 cwn kelapa parut kering*
1 cwn tepung jagung*
1 1/2 cwn tepung gandum*
2 sb serbuk santan*
sedikit saja garam halus*
1 st baking powder*
1. Panaskan ketuhar,griskan dulang pembakar .
2. Pukul mentega dengan gula aising hingga sebati kemudian esen vanilla dan telur,pukul sekejap.
3. Masukkan campuran bahan-bahan bertanda *....sebatikan,adunan jangan terlalu keras...seeloknya biar lembut barulah biskut menjadi garing.
4. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau ikut saiz disukai dan aturkan ke dalam dulang pembakar hingga selesai dan tekankan sekeping badam flake di atasnya kemudian dibakar hingga masak.
Assalamualaikum .....dan Terima Kasih Semua
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Feb-2012 13:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Alahai....Terlebih Garing Pula
|
|
Kak rus tergoda dengan resepi Ayam Goreng Serdak dari rumah Madiha dan apa lagi terus mencuba untuk lunch hari ini....alahai....tergaring dan kelihatan gelap.Kak rus pernah makan ayam goreng ni semasa kak rus ke Bandung....ayamnya digoreng cantik keemasan.Apapun kak rus ucapkan terima kasih banyak kepada Madiha kerana dah dapat resepinya .Bila balik dari Bandung hari tu terasa ingin mencubanya tapi resepi pula tiada.Sekali lagi kak rus ucapkan terima kasih kepada Madiha.
Copy and paste dari Dapur Madiha....Terima kasih banyak-banyak Madiha.Nak masuk kotak komen di rumah Madiha tak boleh.....elok tulis satu perkataan kotaknya hilang..huhuhuuuuu.......
Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus
Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
Cara2 menyediakan.
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos. (kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).
2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.
3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.
5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..)
6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt!
Ini gambar Ayam Goreng Serdak yang kak rus makan kat Bandung hari tu.
Ini pula cendol yang kak rus buat semalam....teringin nak makan bila Kak Nab bagitau tentang kesedapan Cendol Durian.Memandangkan ada sedikit durian simpanan beku jadi kak rus perabiskan durian tu.Cendol pula tak berapa menarik warnanya sebab tak buat sendiri....kak rus beli kat Pasar Khamis sahaja...tetapi keinginan kak rus merasai Cendol Durian dah pun tercapai.Memang sedap rasa cendol tu....dan dah bertambah kenikmatan rasa cendol selain dari Cendol Pulut,Cendol Tapai Ubi dan Cendol Kacang Merah.Kak rus masukkan sedikit sagu merah yang dikacau hingga masak kemudian kak rus basuhkan sagu tu bagi lerai.Seeloknya guna gula Melaka baru cantik tapi kak rus pula guna gula merah....tu yang nampak tak berapa menarik .Apapun rasanya memang sedap.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Feb-2012 09:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Percubaan Membuat Tteokbokki
|
|
Bila selalu menonton drama Korea,bukan sahaja drama yang dipertontonkan malah hidangan Korea.Tergoda kak rus ingin mencuba resepi kuih beras pedas.Bila search dalam internet terjumpalah resepi ini....siapa punya erk....Terima kasih banyak daripada kak rus kerana dah mencubanya pagi semalam untuk dibuat sarapan.Bahan-bahan utamanya ada, kak rus beli haritu kat Isetan.Bila lihat tarikhnya....hai ...kena buat segera nanti luput pula.
Memandangkan anak kak rus balik bercuti 4 hari dari KL,kak rus pun mencubanya untuk boleh dinikmati bersama.Apapun resepi tu bolehlah dimakan tapi rasanya tak berapa nak kena dengan tekak kak rus mungkin bahannya tak lengkap.Penyelamatnya ialah fishcake dan fishball,ketulan rice cake tu rupanya liat dan kenyal.....makan 2 ketul pun dah kenyang rasanya.
Resepinya
600 ml air
600 gm Korean rice cake
200 gm fish cake*
4 sb sos gochujang (kak rus guna sos Topokki)*
1 sb serbuk cili kasar*
1/2 sb kicap*
1 1/2 sb mulyut *(kak rus tak guna pun)-untuk mengilatkannya
1/2 sb gula*
2 ulas bawang putih*
1 tangkai daun bawang dihiris halus*
100 gm fishball* (kak rus tambah)
Hiasan:
Bijan goreng
Daun sup/bawang
1.Didihkan air dan masukkan rice cake dahulu.
2.Bila dah agak lembut masukkan bahan-bahan yang bertanda*.
3.Perlahankan api dan biarkan mendidih selama 20 minit sambil mengacaunya selalu agar tidak melekat.Kalau nampak pekat boleh ditambahkan air panas.
4.Angkat bila dah sedia dan boleh dihiaskan dengan daun sup/bawang dan ditabur bijan.
Suka lagi kak rus menikmati bihun goreng niiii......Ada lebihan bijan jadi kak rus masukkan bijan sebelum menutup api dapurnya.Ini hidangan sarapan pagi ni.....
Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Feb-2012 15:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buat Laksa Utara Lagi.....
|
|
Lidah terasa-rasa dengan kuah laksa....alahai kena buat laksa lagi....Laksa Utara.Suami kak rus memang suka sungguh laksa ni....lebih-lebih lagi kalau kuahnya pekat-pekat.Suatu hari selepas pulang dari Langkawi,beliau ke kedai laksa Pak Ngah di Kuala Perlis.Kak rus dan suami berkenalan dengan Pak Ngah dan Mak Ngah semasa pi buat umrah tahun 2009.Suami kak rus bawa balik laksa dari kedai Pak Ngah....wow....kuahnya memang pekat.Pak Ngah tak guna ikan kembung tapi ikan sardin atau dipanggil juga ikan selayang.Memang sedap kuah laksa Pak Ngah.
Tapi hari ni kak rus buat laksa taklah guna ikan selayang/sardin tu....kak rus guna ikan kembung/termenung sahaja.Ikan tu beli kak Pasar Tani....alahai....2 kilo RM3.00...murah sangat.Minggu lalu sekilo sampai RM6.00....mahal pula.
Bahan-bahan
1 bungkus laksa direndam dahulu
Untuk kuah:
1/2 kg ikan kembung/sardin segar
250 gm udang segar disiang buang kulit (kulit dan kepalanya direbus lalu dimesin ambil airnya)
5-7 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
1 batang serai diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya
sedikit Ajinamoto (optional)
Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering digunting,dibasuh dan direndam air panas
3 biji bawang besar dibelah-belah
sedikit halia
sedikit belacan (kak rus tak guna,digantikan dengan segenggam udang kering)
untuk ulam:
1 biji timun
10 biji cili padi
3 tangkai daun selom/salad/ulam raja/pucuk janggus
daun pudina
bunga kantan dihiris halus
3 biji telur rebus
4 biji limau kasturi
1 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
Cara-cara;
1. Didihkan air kemudian masukkan laksa yang telah direndam tadi hingga elok lembutnya lalu ditos dan dibasuh dengan air sejuk supaya laksa tidak melekat.
2.Ikan disiang dengan membuangkan isi perutnya lalu dicuci bersih.Kemudian rebuskan dengan 3 keping asam gelugor dan sedikit garam,kemudian biarkan sejuk lalu diasingkan isinya.
3. Tulang dan kepala ikan dan udang diblend dengan sedikit air, kemudian tapis dan ambil airnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
4.Isi ikan dikisar cuma sekejap sahaja. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan dan udang, bahan2 kisar, asam keping, daun kesum,serai dan bunga kantan ke dalam periuk sesuai.Tambahkan air dan biarkan mendidih. Masukkan udang, garam dan ajinamoto secukup rasa. Dan bolehlah dihidangkan.
Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Jan-2012 15:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buat Juga Bebe Tuuuu.....
|
|
Pagi semalam teringin nak mencuba koey teow ni selepas merasa pemberian Mak Tuan 2 minggu lepas.Haaaaaa.....puas hati makan hasil tangan sendiri....Koey Teow Goreng Lada.Memang sedap dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja yang berkunjung kat rumah kak rus ni....rasa ada kelainan daripada Char KoeyTeow yang selalu dibuat.Bahan dan cara membuatnya sama seperti membuat Bihun Goreng Lada yang bewarna keputih-putihan.
Pagi ni pula kak rus buat Bebe Chiffon yang dah lama ingin dicuba.Projek buat bebe ni tertangguh-tangguh dah berapa kali dah.....dan hari ini jadilah juga buat bebe tuuuu.
Resepi dari Kitchen Secrets - Susu Carnation sumbangan Puan Amy Beh.
Bahannya
A.
3 biji telur A
135 gm gula castor (boleh dikurangkan)
1 sb ovelette (cake emulsifier)-kak rus guna 1 st sahaja
1/2 st esen vanilla
180 gm tepung superfine*
1/2 st double action baking powder*
150 ml susu cair
1-2 titis pewarna kuning dan rose
B-digaul sebati-kak rus buat double
1 cwn kelapa parut segar yang putih
1/4 st garam halus
1 sb tepung jagung
1. Griskan acuan mini chiffon,masukkan sedikit adunan B dan tekan-tekankan supaya mampat.
2.Ayak bahan bertanda*
3. Pukul telur,gula,vanilla dan pemantap kuih ovelette hingga kembang dan gebu.
4.Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung dan terus memukulnya.
5.Tuangkan susu cair dan pukul lagi bagi sebati.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan kemudian paipkan ke dalam acuan mini chiffon tadi dan dikukus lebih kurang 15 minit.
7.Bila masak tanggalkannya dari acuan dan bolehlah dihidangkan......Selamat Mencuba..
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 27-Jan-2012 10:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Donut....Donut......
|
|
Kak rus mencuba berbagai donut .....2 hari berturut-turut.Ini memandangkan ada baki ubi kentang dan ubi keladi.Kalau tak buat nanti rosaklah ubi yang dah dekat nak rosak...heheheeeee.Kali pertama kak rus mencuba donut ubi keladi....sedap juga.Donut ubi kentang dah cuba selalu.Resepi kedua-duanya sama cuma gantikan kentang dengan ubi keladi.
Resepi dari Rumah Citarasawan pula....Terima Kasih.
Donut Kentang
Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant
200gm ubi kentang/ubi keladi/keledek/labu
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Jan-2012 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perabis Pes Labu Beku
|
|
Pes Labu beku ada rupanya tersembunyi di dalam freezer.Alahai mesti mencuba sesuatu resepi daripada membiarkannya terus membeku kaku.Bila membelek-belek buku resepi lama terjumpa resepi ini yang dah lama ingin dicuba....Puding Labu Bersagu.Seingat kak rus resepi ini kak rus ambil dari majalah Keluarga tahun 90an kot.Bila dicuba sedap juga dan berazam akan membuatnya lagi.
Resepinya yang kak rus ubahsuai sikit
2 cawan pes labu
1 cwn sagu direndam lebih kurang 10 minit kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
1 1/2 cwn susu cair + 2 sb tepung kastard + secubit garam
3/4 cwn gula pasir
1 biji telur ayam
2 helai daun pandan disimpul
1.Blend pes labu bersama santan dan telur kemudian masukkan ke dalam periuk dan dikacau di atas api bersama daun pandan.
2.Bila adunan dah panas baru masukkan sagu dan apabila sagu kelihatan jernih baru masukkan gula.Kacau hingga gula sebati kemudian masukkan campuran susu cair dan terus kacau hingga sebati.
3.Bila elok masaknya,tutupkan api dan tuangkan puding ini ke dalam bekas-bekas kecil atau acuan pilihan dan sejukkan.Bila sejuk boleh dihidangkan bersama sos santan.
Sos santan
1 cwn santan
1 sb tepung beras
secubit garam
sehelai daun pandan
Semuanya diadun dan dikacau diatas api hingga agak pekat.
Sakit tengkok kak rus menjadi-jadi....alahai sabar ajelah....dan banyak beristighfar.
atau
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jan-2012 08:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Serunding Ikan Kembung Sahaja
|
|
Suami kak rus membeli ikan kembung begitu banyak.....alahai apa nak buat ni...?Laksa dah macam-macam laksa dicuba,goreng pun dah macam tak selera nak tengok.Kalau ikan tu besar-besar boleh juga kak rus goreng belah belakang bubuh sambal macam kat Restoran Kak Pah dekat Jitra yang kak rus pernah pi hari tu....sampai 2 ekor kak rus bedal,sedap sangat......Kena pi lagi sebab lauk-pauknya sedap-sedap belaka.
Fikir punya fikir kak rus tergerak hati nak buat serunding ikan yang tak pernah pun kak rus buat kecuali serunding daging.Tiap-tiap tahun selalunya macam mana sibuk pun mesti kak rus buat Serunding Daging Kelantan yang ada jintan putih dan biji ketumbar tu...sedap sangat.
Bila siap buat....alahai memang sedap tapi nampak tak macam rupa yang dalam gambar,mungkin yang dalam gambar tu nampak cantik tektur serundingnya pasal guna ikan parang.Tak palah lain kali kak rus akan cuba buat serunding ikan guna ikan parang pula.
Resepinya ambil dari majalah Wanita tahun 80an
1 ekor ikan parang (kak rus guna 1kg ikan kembung)
1/2 kg santan pekat
16 tangkai cili kering digunting,basuh dan rendam air panas*
3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 ruas ibu jari halia*
1 ruas ibu jari kunyit hidup*
1 ruas ibu jari lengkuas*
5 batang serai dihiris*
secukupnya garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk tumisan
1 keping asam gelugur
1 kiub perasa ikan bilis
1.Ikan direbus,disejukkan ,disiat-siatkan isinya dan dibuang tulang.
2.Air rebusan ikan digunakan untuk mengisar bahan-bahan bertanda* hingga halus.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak lalu masukkan isi ikan,santan,garam,asam keping,kiub ikan bilis,gula dan garam.
4.Kacaulah bahan ini sehingga kering menjadi serunding....tapi jaga jangan sampai hangit.
Semalam selepas nonton Pure Pumpkin Flower,kak rus rendamkan 6 cawan beras pulut untuk dikukus pagi esok dan boleh bawa pi ngaji kitab.Alhamdulillah tertunailah hajat di hati kak rus untuk bawa pulut lemak dengan serunding ikan.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Jan-2012 14:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Char Koey Teow Untuk Makan Malam
|
|
Pagi semalam breakfast dengan Donut Nuget Ayam dan Potato Wedges.......dah selesai makan panas-panas cicah sos cili sahaja.Bila tengahari kak rus buat Nasi Goreng Cili Api dan bila malamnya cuma hidangkan Char Koey Teow yang tak cukup bahan sayurannya....tiada kucai.Kalau ada kucai pasti lebih harum bau Koey Teow tu.Gambar nasi goreng tak sempat pula diambil.....alahai.
Bahannya
1 peket Koey Teow dibilas dan ditoskan
3 ulas bawang putih dicincang
4 ulas bawang merah dihiris nipis
2 sb pes cili
10 ekor udang hidup
1 cwn isi kerang
100 gm taugeh(lebih kurang secekak)
Daun kucai secukupnya
1 biji telur ayam
1/2 cwn kicap masin + kicap manis (kak rus guna Kicap Adabi)*
2 sb sos tiram*
1 sb sos ikan*
secukupnya serbuk lada hitam*
sedikit kiub ayam/daging*
garam sekiranya perlu
2 sb minyak masak
1. Pijarkan minyak,tumiskan bawang merah dan bawang putih,bila agak kuning, masukkan pes cili dan kacau sebati,
2. Masukkan udang dan kerang dan bahan-bahan bertanda *.Biarkan sekejap baru masukkan koey teow.Kacau dan sebatikan gorengan kemudian tolak tepi keoy teow untuk masukkan telur.
3.Sebatikan koey teow dengan telur dan baru masukkan taugeh dan kucai.Sebatikan sekali lagi dan terus angkat untuk dihidangkan.
Peringatan:Gunakan api dapur yang kuat semasa menggoreng CKT.
Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua.....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Jan-2012 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tak Rasa Kenyang
|
|
Pagi ni kak rus breakfast dengan Kuih Sagu Kacau.......kak rus kacau sagu tu malam semalam yakni sebelum nonton Pure Pumpkin Flower....heheheeee....
Bila habis 3 keping kuih tu...rasa masih tak kenyang....alahai.Almaklumlah ....selalu breakfast dengan hidangan berat....nasi lemak ,bihun,nasi goreng,mee goreng dan entah apa-apa lagi.Jadi bila tak kenyang kak rus ambil 2 keping roti.....bakarkan dia dan cicah dengan Dalca Daging yang kak rus buat semalam.....ha....baru kejap sikit perut....alahai macam mana nak kurus niiii.......?
Resepinya ingat-ingat lupa....pakai hentam dan agak-agak saja.Tapi jangan terlembek pula nanti nak potong tak boleh membentuk (nak potong memang tak susah pun).
1 cawan sagu direndam 10 minit kemudian ditoskan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
sedikit air mawar/air rose
Secukupnya kelapa parut yang putih
sedikit garam
1. Didihkan air dengan sehelai daun pandan.Bila mendidih masukkan sagu dan pewarna merah dan air rose....kacau sagu bagi sebati.Tutup periuk sebentar dengan api kecil bila kelihatan sagu hampir masak baru masukkan gula dan kacau lagi sampai sebati dan gula larut.
2.Bila dah masak(sagu kelihatan jernih) tuangkan ke dalam bekas yang dibasahkan dengan sedikit air.Biarkan sejuk dan bila sejuk boleh dipotong dan digaul kelapa yang siap disebatikan dengan sedikit garam.Tak perlu kukus pun tak mengapa kelapa tu sebab nak makan dandan.....maksudnya tak simpan lama pasal takut masam pula jadinya.
Ini Dalca Daging yang kak rus buat semalam....makan nasi dengan dalca,kerabu timun dan pappadom goreng sahaja........sayur tak buat pun pasal dah banyak sayur-mayur dalam dalca tu.....heheheeee
Ini kerabu timunnya....disebabkan nampak pucat pasal tak dak cili kak rus masukkan buah tomato yang dibuang biji.....campur bunga kantan pun sedap tapi juga tak dak.
Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...
|
|
|
|