Want your
own Fotopage?









 
Rusnah's FotoPage
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Jun-2008 11:28 Email | Share | | Bookmark


Laksa johor
Hari Sabtu lalu kak rus mimpi kot.....bangun awal,mandi,sembahyang subuh dan terus
bersiap sedia utk ke pejabat.Dah pegang beg nak ke kereta.Nasib baik suami kak rus
tegur...nak ke mana tu..kan kah hari ni hari Sabtu.Astaghfirullah halazim....apa sudah
jadi dgn kak rus....dah nyanyuk...hari cuti pun nak pi kerja...ini semua pasal banyak
sangat kerja nak dibuat....kursus dalamanlah,nak tt opsyen 56 ke 58 tahunlah,nak
tebang pokok tua di kawasan pejabatlah....dn macam-macam lagi.
Masuk semula ke dalam rumah,tukar baju....terfikir apa nak masak pagi ini.Teringat
nak makan nasi lemak....kak rus pun buatlah nasi lemak....tapi terlupa nak ambil gambar.
Untuk makan tengahari kak rus teringin nak makan Laksa Johor.....lalu terus kak rus
buat persiapan buat laksa Johor wlpun banyak bahan yang tak ada ....hentam sajalah



Vade
Bila kak rus lalu kat rumah jiran-jiran fp...kebanyakannya menghidangkan kuih vade.
Terliogh sangat-sangat.....apa lagi buat vade lah keesokannya...Ikut resepi Mamafami
yang diubah-ubah ikut selera kak rus...TQ to Mamafami.......
tapi kak rus guna kacang dhal dan kacang kuda.Resepinya.....

Vade/Masalode
200 gm kacang dhall -direndam semalaman dgn sedikit halia
100 gm kacang kuda -direndam semlaman dgn sedikit halia
2 tangkal cili kering digunting
1 biji bawang besar dimayang/didadu
1/2 st jintan manis
3 tangkai daun kari dihiris kasar
sedikit perasa ayam
garam secukupnya
minyak utk menggoreng
1.Kacang dhall dan kacang kuda dimesin berasingan.Kak rus tumbuk pakai lesung.
2. Campur semua bahan dan biarkan 10minit.
3. Kepal bulat dan leperkan.
4. Goreng minyak banyak hingga kekuningan.Angkat dan hidang.



Cucur Udang
Minggu sudah anak kak rus pula teringin nak makan cucur udang.Buatlah cucur udang
kering campur dgn kacang panjang memandangkan tak ada udang dan daun kucai/bawang....Resepinya.....semua org pakar membuatnya...
Cucur Udang
3 caw tepung gandum
1/2 caw udang kering direndam air panas kemudian dicincang
2 st baking powder
2 caw taugeh
1 st garam
1 biji bwg besar didadu
1 bj telur
2 st gula
1 bj cili hidup
beberapa urat kacang panjang dihiris halus/atau daun kucai
2 caw air suam
minyak utk menggoreng
Campur semua bahan dan biarkan 10 minit.....lepas tu...goreng minyak banyak.


Masak Lemak
Inilah masak lemak makan dgn nasi lemakyang tersilap hari tu.....tersilap hari nak pi kerja walaupun hari cuti...hehehehe..apa nak jadi


Seafood Tofu
Kak rus sebenarnya dah terpikat dgn Seafood Tofu ni. Rasanya sedap sangat.
Kalau ke Ekonsave mesti nak cari benda ni....kat lain supermarket memang ada
tofu ini tapi tak sesedap jenama yg tertera ni.Tofu ni kak rus guna utk kebanyakan
sayur yg kak rus goreng.Boleh dicampur dgn bihun.mee, koeteow samada digoreng
atau dibuat sup.Rasanya....mmmmm memang sedap.Buat mee udang atau mee kari
atau steamboat.......wow... memang lazat.Tak percaya.....cubalah.

salam kak rus...nampak enak laksa johor tu...kalau nur mintak sikit tentu dah habiskan Thu 3-Jul-2008 11:51
Posted by:nur  - [Link]
kak rus..teringinnya tengok laksa johor kak rus tu...ana tak penah cuba lagi nakbuat laksa johor tu...tapi mmg suka makan laksa tu.. Fri 4-Jul-2008 07:29
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
Semua hidangan kak rus sedap2. Ambik pencen 56 ke 58? Fri 4-Jul-2008 08:46
Posted by:kak jie jie  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
Makan ikan kaloi di Bandung

Ikan Kaloi


Kak rus ke Jakarta-Bandung pada 26/5-30/5.Sampai di Lapangan Terbang Sukarno Hatta kami serombongan di bawa terus ke Bandung .....lamanya dok atas bas selepas kurang lebih 2 jam dok atas kapalterbang.Sampai di Bandung terus makan tengahari dengan hidangan masakan Padang....sedap tak terkira sebab lama tak makan hidangan ini sejak balik dari Bukit Tinggi-Padang bulan Julai Tahun 2007.Makan malamnya kami dihidangkan dengan hidangan yg tak pernah kak rus makan......Ikan Kaloi Goreng berempah....sambil makan sambil menyanyi lagu...nasi temukut sayur keladi........dan lagu...laju,laju...buaiku laju...pohon beingin daunnya rendang......haaa seronok tak terkira makan malam kami serombongan di Bandung sambil menyedut air jus avokado.

Ayam

Selain ikan kaloi,kami juga juga dihidangkan dengan tahu goreng,kangkung masak belacan,sambal hijau dan ulaman serta ayam goreng berempah...sedapnya hingga menjilat jari.


Outlet Kasut di Bogor


Hari ke-3 kami dibawa ke Bogor ke outlet sepatu dan tas tangan.......waduh banyaknya tas tangan dan kasut.....bagai nak gila ...bukan pasal apa tapi pasal tak cukup masa untuk nak buat pilihan.Outlet yang berasingan tu begitu luas sekali...tak terdaya kak rus nak berjalan dengan masa terhad yang diberikan.

Pokok bercorak

Hari ke-2 kami serombongan di bawa ke Tangkuban Perahu,tempat cerita legenda tentang kisah Sang Kuriang yang jatuh hati dan ingin berkahwin dengan ibu yg tak dikenalinya.Tempat peranginan ini begitu sejuk sekali dan begitu ramai sekali dengan penjual-penjual rantai batu.Kak rus terpikat dengan gerai pasu yang dibuat daripada batang sejenis pokok yangmana bila kulitnya ditarah terdapat corak dan paten yang begitu menarik sekali....semacam batik.Rasa nak beli...tapi memandangkan batangnya masih basah.....tak jadi beli.....takut patah.





uih...........kak rus..........berjalan2 ke bandung............mesti byk shopping ni.............
ps: sukanya tgk pokok bercorak tu...memang unik...........
Fri 20-Jun-2008 09:54
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
Takutnyaaaa tengok ikan kaloi tuuuuu......
Ni baru betul2 jalan2...soping2...makan2....
Sun 22-Jun-2008 04:42
Posted by:RinnChan  - [Link]
Looking for handbags & Shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags (Louis Vuitton,Gucci,Chanel & Burberry) in GradeAAA++ quality Mon 23-Jun-2008 02:24
Posted by:Laurabagcollection
View all 11 comments Add comment


Saturday, 24-May-2008 10:05 Email | Share | | Bookmark
Kuih Bunga Pudak


Sebelum pulang dari kursus,kak rus tercari-cari apa benda yang nak dibawa
balik.Di laman tengah di hadapan dewan berkursus ada gerai-gerai menjual
pokok-pokok herba dan ulam-ulaman,rempah ratus masakan,buah-buah
tempatan,kerepek dan kuih-muih.Kak rus tergoda dengan Kuih Bunga Pudak,
sejenis kuih tradisional negeri Kedah.Kak rus pernah makan dan cuba buat
kuih ini dulu....semasa demo mencuba kuih tradisional di pesta K3P di SP.
Kalau ingin mencubanya bolehlah guna resepi yang kak rus simpan ni.......


KUIH BUNGA PUDAK
Intinya:
1 biji kelapa parut yg putih
1 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit perasa ros
pewarna merah/kuning/hijau

Bahan utk kulitnya
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana.
Kacau sehinga kering.
2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam.
3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas.Ambil secamca adunan tepung
masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam
kuali.Ayak merata tepung dlm bentuk bulat.
4. Masukkan inti di tengahnya dan kemudian lipat menjadi empat segi.
5. Biakan seketika,kemudian diangkat .Ulangi membuatnya sehingga habis.
6. Sesuai dimakan utk minuman petang dan kuih ini boleh disimpan dlam bekas
kedap udara dan tahan lama.

Sekian........
[/b]

lama jugak tak apdet..akak bz eh? Mon 9-Jun-2008 06:46
Posted by:zira  - [Link]
mmmmm tak penah makan lagi nie Tue 10-Jun-2008 01:03
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
salam, lama tak update bz ke??.. Tue 10-Jun-2008 09:51
Posted by:masriyah  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 9-May-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
Pulau Karimun

Hidangan di Pulau Karimun

Pada 28.4.2008 kak rus bersama 34 rakan yang lain ke Pulau Karimun.Bertolak dari SP
pada pukul 10.30 pagi dan bermalam di Kondo Koperasi Polis di Melaka.Pada pukul 7.30 pagi besoknya kak rus beserta rombongan bertolak ke Jeti Kukup di Johor dan terus ke Pulau Karimun,Indonesia.Tambang pergi balik naik ferry ialah RM85.00.Pelayaran ke Pulau Karimun mengambil masa kurang lebih 1 jam.Sampai di sana di Tanjung Balai kami cuma berjalan kaki utk ke Hotel Holiday Karimun yg terletak bersebelahan dgn jetty.
Kak rus tak snap banyak gambar pemandangan di sana.Kak rus banyak mengambil gambar hidangan yang disajikan kepada kami semua.Selama 3 hari di sana kami dihidangkan dgn hidangan yg lebih kurang sama shj.Tiap-tiap hari ada hidangan siput belitung,kerang, udang,ikan dan sotong. Seumur hidup kak rus tak lah pernah makan siput belitung,jadi bila makan taklah banyak sangat menjamahnya.Masakannya pula masakan kampung,makan bersila terutamanya bila diraikan 2 kali di Pondok Otek.Antara gambar-gambar hidangan Karimun kak rus paparkan disini dan tak lupa minuman cendol yang dicampur dgn tapai ubi.Selalunya kalau cendol di SP dicampur pulut atau kacang merah or jagung.Sedap juga bila menjamah cendol dgn tapai ubi.



Malam kedua kami dibawa ke Dewan Sekolah utk makan malam dgn hidangan yang lebih kurang sama juga.....ada siput belitung,kerang dan udang.Tapi ...rupa-rupanya penduduk di Karimun dah biasa dgn catuan elektriksiti.Semasa makan malam lampu sekejap nyala sekejap padam...nasib baik dah disediakan lilin terlebih awal.Selesai makan malam kami dipersembahkan dgn acara nyanyian dan tarian yg sungguh menawan.Rupanya kebanyakan pegawai-pegawai tuan rumah yang mengiringi kami serombongan pandai menyanyi.Suara sedap-sedap belaka terutamanya Ibu Yanti yang serba boleh menjadi pengacara majlis pada malam tersebut.




Award daripada Nur
Terima kasih Nur yang telah sudi memberikan award kpd kak rus.


5 calon-calon lain yang terpilih utk bawa pulang award ini
1. Mamafami
2. Rani
3. Rinnchan
4. Hanieliza
5. Mamasya
Sudilah kiranya menerima award ini dan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU kepada semua pelawat fp kak rus yg tak seberapa ni.

[img]http://www.myspaceacademy.com/graphics/mothers_day/mothers_day_graphic_12.gif [img]

Salam Kak Rus....
>Banyak tertinggal entry Kak Rus ni....tapi takpa satgi hanis kampoi balik (versi loghat utara)......
>Ingat kan haniss jer yang tak pernah makan siput belitung, rupanya ada gak orang lain yang belum penah pekena jugak...selalu tu dok dengaq nama ja....
Thu 15-May-2008 03:38
Posted by:Haniss  - [Link]
banyaknya hidangan yg depa jamu ya...kalau ana pun suka amik gambar makanan yg dihidangkan... Sat 17-May-2008 01:38
Posted by:Ana  - [Link]
ahhh bestnya makan nasi lauk kampung.... Wed 21-May-2008 03:09
Posted by:rani  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 12:05 Email | Share | | Bookmark
Cupcake




Kak rus baru balik dari Pulau Karimun.....seronok jugalah pi benchmarked sambil makan
angin,rehat-rehatkan minda yg rasa dah berserabut.3 hari kak rus berada di sana,me
nikmati hidangan kampung dan pemandangan indah permai Pulau Karimun.Tapi sayang
nya hari ke-3, kak rus keracunan makanan .Mungkin disebabkan tiap-tiap hari kami di
hidangkan dengan hidangan seafood kot................
Kak rus buat cupcake lagi......tapi masih tidak berhias dgn make up...tak boleh nak
start lagi.Mungkin kalau dah mula berterusanlah jawabnya kena make up.....tak sanggup
dengan rasa manis krim tersebut....Kak rus buatkan cupcake berintikan cheese cream...
yummy....memang sedap.Resepinya masih guna formula 8849 tapi ditambah 100 gm
serbuk badam.Intinya cheese cream Philladelphia...taburkan permukaannya dgn parutan
cheddar cheese....mmmm so yummy...
Minggu hadapan start 10 -15 Mei, kak rus kena pergi kursus kat UUM pulak.Balik dari
kursus kak rus akan ke Jakarta-Bandung dari 26 - 30 Mei...Yahooooo.

kak rus , bestnyer cupcakes kak rus nie, akak nak tanyer, akak bake dua dulang sekali, dia punyer masak sama rata tak?, skrg nie aima masak pakai satu tray ajer, thingking of to made 2 trays also. Fri 9-May-2008 05:41
Posted by:aima  - [Link]
apa buat kat pulau karimun...eee jakun nya saya...tak tau pun wujudnya pulau tu hehehe. geram tengok cupcake k/rus. mesti sedapkan coz inti cheese...terlior le plak.... Sat 10-May-2008 15:13
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
ooo...lama tak dak tu pi pulau karimun la...geram nengok cupcakes kak rus ni...meh la antaq sikit... Sat 17-May-2008 01:36
Posted by:Ana  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 22-Apr-2008 11:05 Email | Share | | Bookmark

Bunga kantan


Rinn....Terima kasih yang tak terhingga kak rus ucapkan kerana mensedekahkan frame gambar bunga kantan yang memang menjadi favourite......Kak rus dah berkira-kira nak buat Kerabu Kacang Kelisa....yang kak rus pernah makan di rumah sepupu kak rus Kak Zaharah Abang Hadi di Penang masa dia buat kenduri kahwin anak gadisnya.Rasa kerabu tu tak macam kerabu tapi macam salad...sebab menggunakan kacang kelisa yang betul-betul fresh....Rupa kerabu tu memang cantik menawan kerana kehijauan kacang kelisa yg muda dicampur bunga kantan yg bewarna rose dihiris halus dicampur hirisan bawang besar merah keunguan,cili merah yg memang merah ditambah garam,perahan lemon,sedikit gula dan sos ikan...wow...sedap...Tapi tak dapat buat pasal tak dapat cari kacang kelisa....Kak rus buat kari ikan bawal +kacang bendi,nak sedapkannya kak rus taruh bunga kantan dan daun kesom....wow...aroma dan rasanya memang berubah dah lebih sedap rasanya...tak percaya cuba try...Terima kasih Rinn...terima kasih daun keladi.

11 persons yg lain yg bernasib baik:

1. Zanaz .

2. Raha niss

3. Madiha

4. Rani

5. Lieya Latif

6.Jeff

7. Masriyah

8. Hajar

9. Ana

10. Kamalina

11. Nur




Gulai Ikan



Jumaat lalu kak rus seperti biasa ke rumah Datin mengaji kitab.Kak rus akan ke rumah Mak Tuan Syarifah Asma,Cikgu Asma Laidin dan ke rumak Kak Nab untuk membawa mereka bersama.Bila selesai kelas, kak rus menghantar mereka pulang.Kak Nab bermurah hati memberikan kami bertiga 2 kuntum bunga kantan dan buah kuinin .Terima kasih Kak Nab...memberikan bunga kantan fresh yg ditanam di belakang rumahnya dan buah kuinin yg baru gugur......Balik rumah ,apa lagi kak rus buat sambal kuinin ( tak guna belacan) guna ikan bilis dan sedikit sos ikan, buat gulai ikan bawal + kacang bendi dan tambah belahan bunga kantan serta sedikit daun kesom....wow...wow...memang sedap.Kak rus rampaikan gulai tu dgn belahan buah tomato,cili merah dan cili api...tapi kak rus masih ingat arwah bonda kak rus akan taburkan daun bawang yang dikerat memanjang bersama perdu bawangnya...wow sedap .Nak cuba....cubalah

aduhai... Wed 30-Apr-2008 11:35
Posted by:boxhoustudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
salam kak rus.. rupanya ada bunga kantan utk saya.. tak tau la pulak.. kak rus tak cakap apa pun.. hehehe .. nasib baik saya dtg melawat.... hmmm..ya ker utk saya tu?? saya assume utk saya laaa.... tqvm ya... Wed 30-Apr-2008 14:55
Posted by:kamalina  - [Link]
ka rus...sibuk ke?..bila nak update entry ni... Mon 5-May-2008 12:18
Posted by:Ana  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 13:30 Email | Share | | Bookmark

Bengkang jagung

Kak rus pergi mesyuarat hari tu...bila ntah...tak ingat dah.Pasal banyak sangat mesyuarat.
Yang kak rus ingat ialah hidangan utk jamuan tehnya. Hidangan pedasnya ialah popia goreng dan hidangan manisnya ialah Bengkang Jagung....punya sedap.Balik rumah kak rus mencari-cari resepi bingkang.Resepi bengkang jagung tak ada...jadi kena ubah suailah jawabnya.Dua minggu sudah kak rus buat Bengkang Gandum Bawang Tumis....Jadi resepi asas bengkang inilah yang kak rus guna.Bengkang ini tak perlu kacau atas api macam Bengkang Susu.Nak cuba ini resepinya:

Bengkang Jagung
2 cawan tepung gandum
6 biji telur
1 cawan gula
5 cawan santan (kak rus guna 1/2 kg santan + air pandan bagi jadi 5 cawan)
7 helai daun pandan dimesin ambil jusnya
1cawan jagung segar.
sedikit garam,pewarna hijau apple dan pewarna kuning telur.
2 sudu besar minyak sapi dipanaskan dlm loyang.
Cara membuatnya:Panaskan ketuhar
1. Pukul telur + gula. Kemudian campur tepung dan kacau.
2. Masukkan dlm blender campur santan + air pandan + garam.... dan pewarna
dan blendkan..
3. Campurkan jagung....jgn diblend ...kacau saja bagi sebati
4. Panaskan acuan atas dapur...masukkan minyak sapi dan ratakan.Tuang bater
bengkang...kemudian bakar dlm ketuhar sampai masak kurang lebih 1 jam.[/code]



Pasta


Bila kak rus ke Tesco terjumpa pasta penne yang macam tube tu.Balik rumah terus goreng....sedap juga,,,kak rus masukkan udang,kupang dan telur ....dan tak lupa kak rus masukkan lada hitam dan sedikit serbuk kayu manis...ok juga...mmmmmm

Pandai Kak Rus masak pasta goreng tu, dan bengkang tu akan auntie cuba, nampak
sungguh menarik , dah tentu sedap ni
Fri 25-Apr-2008 12:03
Posted by:Auntie Umi-Kal  - [Link]
salam kak...
byk resepi bengkang kat sini rupanyerr.... sedap2 nampak...terutama yg jagung tuh!!
Sat 26-Apr-2008 22:30
Posted by:shima  - [Link]
nampak sedap jer bengkang tu..
nak minta sepiring jauh benar..
rasanya kena buat sendiri la ni..
takper..projek esok..dan bawak p makan ngan geng surau..
Mon 28-Apr-2008 11:51
Posted by:hanieliza  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 29-Mar-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Bengkang susu

Bengkang susu


Semalam Mak Tuan Sharifah Asma jemput ke rumahnya makan-makan.Kak rus berenam
sampai lebih kurang pukul 1.00 setelah siap menyediakan lunch utk suami dan anak di rumah. Sebenarnya Mak Tuan berhajat nak belajar membuat kulit popia.Puan Hjh Saadah sudi untuk membuat tunjuk cara membuat kulit popia.Sebelum belajar kami dijamu dengan hidangan gado-gado,makaroni bakar,ketupat nasi ,roti palembang dan ketupat pulut,nasi tomato dgn ayam golek,dalca,masak kering merah ikan kering talang dan pencuci mulutnya ialah trifle nata di coco dan bengkang ubi kayu.Kak rus membawa bengkang susu. Nak tahu...Mak Tuan memang rajin dan pandai memasak malah selalu menjamu kami rakan-rakan karibnya untuk makan-makan. Kak rus anggap Mak Tuan bagai bonda kak rus....
Ini resepi Bengkang Susu yg kak rus perolehi drpd kawan baik kak rus Puan Zoaini bt Haron.Rasanya memang sedap dan ummmph....Nak cuba

Bengkang Susu
2 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam A
7 cawan susu segar/low fat
2 cawan gula........jgn penuh-penuh
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan minyak sapi utk dipanaskan pd acuan
2 helai daun pandan diikat
Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar,ayakkan tepung.....kot-kot ada allien
2. Adun tepung bersama 4 cawan susu,gula dan telur guna blender.
3. Tuang adunan ini ke dlm periuk dan tambah lagi 3 cawan susu selebihnya
tambahkan garam,daun pandan yg diikat dan vanilla.
4. Kacau atas api sebentar utk panaskan bater sampai nampak naik wap.
5. Sediakan loyang yg dipanaskan dgn meletakkan minyak sapi.
6. Tuang adunan ,keluarkan daun pandan dan bakar selama 1 setengah jam.
7.Sejukkan dan baru dipotong utk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA...........

Pemberian Mak Tuan


Pagi tadi semasa kak rus tengah menjemur kain,terdengar ada orang memberi salam.Rupa-rupanya Suti...pembantu rumah Mak Tuan....datang membawa Popia.
Semalam disebabkan adunan kulit popia kena dibiarkan lebih kurang 4 jam...jadi...belajar tak habislah..tapi Puan Saadah ada membawa bersama popia yg siap disediakan di rumahnya...wow...intinya best....Terima kasih Mak Tuan yang sudi menghantar ke rumah kak rus Popia,Roti Palembang dan Rendang Daging....mmmmm sedapnya.

Kak Rus...hai lama tak update ni sibuk ka?... Tue 15-Apr-2008 23:46
Posted by:Ana  - [Link]
Bengkang susu, tak pernah dengar nama kuih nie, mesti sedap yer, teknik masak kena bakar ker kak rus? Thu 17-Apr-2008 14:43
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Salam ..Kak rus Thanks sudi lawat umah ina.Kak rus dok kat mana?rajin sungguh akakku yg sorang ni masak...mintak sikit bengkang susu leh tak? Sun 20-Apr-2008 05:57
Posted by:yullina  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 23:54 Email | Share | | Bookmark
Alamat Bakery ,Penang.

Sim Company Sdn Bhd
193 & 195,Lebuh Carnavon,
10100 Pulau Pinang.
Tel : 04 261 0522
Faks : 04 261 0833

BIC (Butterworth Ice Cream Supply Sdn Bhd)
4970,Bagan Ajam,
13000 Butterworth,
Pulau Pinang.
Tel : 04 333 4841 / 04 331 7619

Honey Food Industries
Shophouse Taman Cenderawasih,
14300 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

Main office
No 4983,Ground Floor,
Jalan Sungai Nyior,
Taman Mewah,
12100 Butterworth,
Pulau Pinang.
Tel : 04 324 7149 / 04 323 764

Chop Hock Huat
64 G Kimberley Street,
10100 Pulau Pinang.
Tel : 04 261 1967

GA Baker Paradise
26 Jalan Penaga [Jelutong Market]
11600,Jelutong,
Pulau Pinang.
Tel : 04 659 0477
Hse: 04 655 2579

GA Baker Paradise
Store 18,Batu Lancang Market,
11600,Pulau Pinang.
Tel : 012 431 0049.

Best Bake Trading
Ground Floor 12,Sri Relau Complex,
Pesiaran Bukit Jambul 1,
11900 Pulau Pinang.
Tel : 04 643 7986

Demeters Choice Trading
598-H,Jalan Jelutong,
11600 Pulau Pinang.
Tel : 04 657 6288

Bake With Sunshine Trading
63,Siam Road,
10400 Pulau Pinang.
Tel : 04 229 8701
Faks : 04 227 2328

Blueberry
42-G,Lebuh Keranji,
Taman Mutiara,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04 530 2219

Pure Bakery & Confectionary Supply
3001,Jalan Berjaya,
Taman Sri Maju.
Tel : 04 538 9373

Eazy Bake
118,Jalan Kota Permai,
Tmn Kota Permai,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04 508 6628 / 04 508 7628

Kak rus ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kacip-Fatimah dan Hanieliza kerana bersusah payah mengedit nama-nama kedai pembekal alatan dan bahan masakan.Kak rus copy dari fp Liza.....Thank Q...Kacip Fatimah dan Lizaku sayang....

salam..aceli harus diberikan credit to bod Food n recipes esp. Kacip_ Fatimah yg susah payah menuliskan alamat tus emua..
kakliza hanya copy n paste dari sana..
so minta tolong Rus dapat mengedit kannya..
tarak sedaplah... lembu punya nama itu sapi dapat nama....
Sat 29-Mar-2008 01:25
Posted by:hanieliza  - [Link]
TQ very much Rus sbb dah edit..
lega rasanyaaaa...
Sat 29-Mar-2008 11:25
Posted by:hanieliza  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 13:03 Email | Share | | Bookmark
Cupcake

Cupcake

Bila masuk fp kawan-kawan,meriah pula dgn cupcake.Teringin nak buat....semuanya kerana gesaan anak kak Rus....tapi bila bab menghias dgn cream...kak Rus mengalah.Kena ada banyak masa ...Apa-apa pun tunggulah.....Kak rus mencuba cupcake dengan resepi asas kek dari Puan Sunthari Naidu....kawan lama kak rus.Kak rus ingat formula 8849.....semuanya dalam oz.Resepinya:
Cupcake
8 oz butter (225 gm)
8 oz gula (kak rus kurangkan jadi 7 oz/200 gm)
4 biji telur
9 oz tepung (250 gm)
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1. Putar butter, gula dan vanilla 3 minit.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3 Masukkan tepung yg diayak dgn baking powder.
4.Sudukan ke dalam loyang..kak rus tak sudu..kak rus masukkan adunan ke dlm beg
icing dan picitkan ke dlm acuan.Ambil 3 sudu adunan campurkan dgn sedikit serbuk
koko dan sedikit cokelat emulco.Masukkan ke dlm plastik kecil dan juraikan di atas
kek,taburkan dgn kuaci.Bakar


Puding roti

Kak rus baru membeli pewarna kuih warna biru......ni tergoda bila terlihat kek yang Mamafami buat.....kek apa...pelangi kot....Jadi pewarna tu kak rus mulakan dengan
puding roti.....buat pakai hentam saja.....resepinya ikut macam resepi Puding marmar..
cuma tambah roti putih yg dimesin, warnakan dgn 3 warna selain dgn warna asal puding......


Pulut Kuning

Teringin pulak nak makan pulut kuning....Hari tu kak rus dijamu pulut lemak dimakan dgn sambal tumis ikan bilis.Bukan main sedap.....teringat sampai la ni.Bila tanya Kak Ani(tuan yang membuatnya}Rupanya.....rahsianya...semasa gaulkan pulut yang dah dikukus tu...selain santan dicampurkan garam...kak Ani kata masukkan sedikit gula.Kak rus lakukan begini semasa kak rus buat pulut kuning. Hmmmmmmm memang sedap.


Sedapnyer cc tuuu. Puding roti dan pulut tu ,membuatkan perutku laparrrrr. Sat 29-Mar-2008 04:28
Posted by: kak jie jie  - [Link]
Auntie memang pantang tengok pulut kuning, perut terus jadi lapar. walau pun baru
lepas makan lagi2 nampak juadah yang sedap2 di dapur Kak Rus
Sat 29-Mar-2008 05:42
Posted by:umi-kal  - [Link]
kak rus kita dah jumpa formula 8849...kak rus ni tau...muah muah muah... Thu 8-May-2008 01:16
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.