Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Jul-2013 03:17 Email | Share | | Bookmark
Ke Italy Pula

Selepas bersarapan naik bas untuk menuju ke Italy pula....bandar pertama yang ditujui ialah bandar Florence....orang tempatan panggil bandar ni sebagai bandar Firenze........nak pergi ke bandar Pisa di mana terdapat Menara Condong Pisa.Sebelum tu masuk R&R untuk makan tengah tengahari dulu.....kak rus cuma makan sandwich tuna & telur dan beli lebih untuk makan malam nanti.
Bila sampai di tempat letak bas di Pisa kak rus ternampak banyaknya bas pelancong....sebelum turun bas dah nampak peniaga jalanan berbangsa Negro membawa beg tangan untuk dijual.Kami jalan kaki ke Pisa.....bila sampai Ya..Allah banyaknya manusia......ramai sampai nak ambil gambar sendirian pun tak dapat....ramainya....pasal apa ramai sangat ni......?



Di sini cuma 30 minit sahaja.....alahai.....macam mana ni.......?Tak masuk akal betul Zowei ni......nak beli apa pun tak sempat.





Cukup 30 minit terus jalan kaki ke bas semula dan terjumpa kedai bunga ni....alahai cantiknya bunga......bunga yang tergantung tu la....yang di bawah tu bunga tepi jalan....nak fokus tangkap lebih banyak pun tak boleh takut kena tinggal.



Lepas 30 minit selesai....alahai....macam nak pengsan.....ramai sangat manusia...berasak-asak.....dan ambil gambar pun dalam keadaan tergopoh-gapah,kami dibawa ke Plus Hostel.Selesai letak beg dengan cepat kena naik ke atas kerana hostel menyediakan minum petang dan makan dengan cepat kerana kami akan dibawa jalan kaki ronda-ronda bandar Florence pula....sejuknya bukan main lagi.







Makan Gelato.....ambil yang saiz kecil saja.....saiz biasa jenis kon harganya 8 Euro.....alahai.....mahalnya.


Hidangan dari beberapa buah restoran di Florence.....mana nak boleh makan....tak jumpa pun kedai Pak Arab atau Turki.
Sebelum balik ke hotel....alahai....kak rus kena langgar dengan sebuah basikal.....jatuh berdepuk tepi jalan......budak perempuan yang kayuh basikal tu tak bunyikan loceng malah basikalnya tak ada brek......sakitnya paha dan lutut kak rus.....nasib baik tak cedera parah.Balik hotel....bersembahyang dan terus tidur sebab pagi besok kak rus nak ke Pasar Kulit Florence yang dilihat tadi petang...nasib tak baik pasal semua kedai jualan barangan tutup pada pukul 6.00 petang.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih semua...


Sunday, 30-Jun-2013 09:14 Email | Share | | Bookmark
Main Salji Di Jungfrau-Top Of Europe

Selesai sarapan kami keluar berjalan kaki dari hotel turun ke stesen keretapi Wilderswil tapi sebelum itu singgah sebentar ke kedai berdekatan kerana membeli bekalan makanan terutamanya coklat.Zowei dah berpesan supaya berpakaian yang sesuai dan mesti berkaca mata hitam dan yang penting jangan lupa membawa coklat untuk dikunyah di Jungfrau nanti.



Kalau lihat peta ni memang tak terduga kami dah sampai ke Jungfrau yang begitu jauh sangat letaknya.....berlinang air mata kak rus dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat melihat betapa agungnya ciptaan Allah Azzawajalla......Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat.







Kak rus tak pernah bermain salji....inilah pertama kalinya.....alahai licin rupanya salji ni.....jatuh berdepuk....nasib baik kawan dari Filiphina tolong angkatkan.....dia pun jatuh juga.






Selesai segala aktiviti terasa laparlah pula......kak rus minum kopi bersama bekalan sandwich tuna yang dibawa.Memang ada restoran di sini tapi mahalnya harga makanan dan rasa was-was pula nak makan walaupun ada capati berkuah vegetarian dari Restoran Bollywood.Selesai makan naik pula ke atas ke kedai cenderamata.....lama juga kami di sini.

Naik balik keretapi untuk balik ke hotel......macam perjalanan pergi tadi kami kena turun ke suatu stesen untuk tukar keretapi.....tak balik terus ke Wilderswil tapi Zowei bawa kami turun keretapi untuk membeli-belah di bandar Interloken.Alahai terasa amat sejuk sekali kerana hujan lebat pula turun.Kak rus beli buah-buahan dan bekal untuk makan malam di hotel malam nanti.......malam ni makan malam di hotel berbayar jadi tak perlulah makan.....makan malam sendirian berhad sahaja.

Naik balik keretapi untuk ke bandar Wilderswil untuk balik ke hotel.....alahai penat sangat kerana hotel dok atas bukit....jenuh berjalan....lenguh kaki dan lutut pun dah terasa sakit.Nasib baik waktu setiap sembahyang lambat.....taklah tertinggal sembahyang walaupun buat jamak taakhir.Siap semua tuntutan......tidur nyenyak malam ni pasal esok kami akan dibawa ke Italy pula.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua......


Friday, 21-Jun-2013 08:40 Email | Share | | Bookmark
Dari Paris Ke Switzerland

Selepas bersarapan di Hotel Forest Hill kami naik bas menuju ke Switzerland pula.....alahai lamanya dok atas bas......lebih kurang 8 jam.Dalam perjalanan kami singgah di R&R untuk urusan ke bilik air....alahai 15 minit sahaja dan singgah lagi di R&R lain pula untuk makan tengahari dalam masa terkejar-kejar 40 minit.Keadaan begini berlaku kerana di Eropah perjalanan dengan bas ekspress tidak dibenarkan pada waktu malam jadi pemandu bas sentiasa ikut waktu tapi taklah laju sangat.Seingat kak rus sepanjang perjalanan dari London dan balik ke London drebar bas dah disaman on the spot 2 kali.....bukan pasal pandu laju.....pertamanya kena saman sebab pemandu bas tak pakai tali pinggang keledar dan keduanya kerana dia dah terlajak jalan dan dia undur untuk masuk jalan yang terlepas.....sekejap saja peronda jalan datang tahan dan terus kena bayar saman.
Selesai urusan di border....kami terus di bawa ke sebuah hotel di sebuah perkampungan yang nyaman sekali pemandangannya....Hotel Sconbuhl di bandar Wilderswil....kampungnya dipenuhi dengan tanaman bunga-bungaan yang indah menawan.......nyaman terasa tapi ketika tu hari dah nak gelap.Kak ru keluar sekejap tapi tengok jam dah pukul sembilan....macam pukul 7.00 malam.Zowei dah pesan jangan keluar bila pukul 9.00 malam.













Selepas bersembahyang dan makan malam kami terus sahaja lelapkan mata.....pasal penat sangat......hotel ini dok atas bukit.......letih juga berjalan-jalan hirup udara segar kat kampung ni tadi.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


Tuesday, 18-Jun-2013 02:30 Email | Share | | Bookmark
Free Day In Paris

Hari kedua berada di bandar Paris......kami naik metro menuju ke Bandar Paris....tempat pertama ialah ke jeti untuk ronda-ronda Sungai Rhine pula, menyaksikan keindahan terutamanya senibina lama bangunan di kiri kanan sungai tersebut....memang mengagumkan.Perjalanan mengambil masa selama 1 1/2 jam....alahai sejuknya kena angin dari Sungai Rhine.....selesai aktiviti ini kami dibiarkan bebas hari ini....pergi sahaja ke mana nak pergi berpandukan peta dan panduan yang telah diberikan oleh Zowei.






Tempat seterusnya yang dituju ialah ke Eiffel Tower kerana semalam dah agak lewat....tapi ramainya pelawat berbaris untuk membeli tiket untuk naik menara....jalan dan ronda-ronda sahaja kalau tunggu pasti membuang masa......jadi kami berempat pusing-pusing bandar Paris menyaksikan aktiviti penduduk setempat dan sempat bershopping dan berwindow shopping....alahai....ramainya manusia dengan pelbagai gaya dan kerenah.




Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke Menara De Gaulle.....wow.....bestnya tapi nasib baik ada lift kalau tiada pasti dah terpeleot lutut kak rus....anak-anak kak rus panjat tangga.....tak sanggup kak rus nak memanjatnya.



Selesai lawat menara De Gaulle kami jalan kaki lagi.....Ya Allah tak pernah sejauh ini berjalan kaki.....kali ini ke Muzium Louvre pula.....memang ramai sangat pelawat tapi menariknya Louvre bukan hanya muzium malah juga berupa kompleks beli-belah yang moden.....kak rus dah tak mampu nak berjalan dah....dah letih sangat-sangat cuma tunggu diruang legar yang nyaman.....tunggu anak-anak kak rus masuk ke dalam dewan pameran.....dan ketika ini kamera kak rus pula dimasuki air.Air dari botol tertumpah di dalam beg tangan.....nasib baik beg galas tu beg LeSportsac yang telap air....kalau tidak habis semua yang ada dalam beg tu rosak.....tak dapatlah kak rus rakamkan apa yang ada di sini......kamera dah rosak tapi untuk gambar seterusnya besok kak rus menggunakan kamera yang dibawa lagi sebuah.....syukur Alhamdulillah.







Singgah sebentar di kedai bunga



Dari Muzium Lourve kami menaiki metro terus balik ke hotel. Semasa berasak-asak di dalam metro inilah suami kak rus dihimpit dua gadis remaja Paris yang cuba berbual tapi sebenarnya mereka ini pencopek.Nasib baik wallet dari saku jatuh ke atas lantai metro dan tak sempat diambil mereka....sebenarnya mereka berempat.....yang dua lagi menyanggang pintu metro supaya terbuka.....alhamdulillah....rezeki tak dirampas.Sebelum balik ke hotel suami kak rus kena belanja makan malam dulu di sebuah restoran halal depan Hotel Forest Hill......belanja makan pasal bersyukur kerana masih selamat.




Assalamualaikum ....dan Terima Kasih Semua.....


Friday, 14-Jun-2013 12:22 Email | Share | | Bookmark
Kembara Ke Eropah

Pada 25 Mei,semua ahli rombongan Kembara Ke Eropah dengan ejensi pelancongan Expat Explore bertemu di Canadians Water......wow......gembira tak terkata kerana walaupun ejensi pelancongan tersebut beribu pejabat di London tapi majoriti ahli rombongan adalah terdiri daripada rakyat Malaysia-11 orang Melayu,13 orang Cina,13 orang India (semuanya rakyat Malaysia),2 orang dari Filiphina,2 orang dari US dan 2 orang dari Australia.....semuanya 45 orang termasuk seorang pemandu pelancong,Zowei dan pemandu bas Mr.Shaun.Suami kak rus tempah untuk kembara ke Europe ni dalam online saja.......tempah tiket kapalterbang ke London dah setahun dah masa MAS buat promosi airbus barunya.Mulanya berhajat dengan pakej Kembara.....tapi bila dengar cerita pakej ni kena pasang khemah sendiri.....jadi batalkan hajat dan tempah dengan pakej Expat Explore.
Kami bertolak dengan menaiki bas rombongan ke destinasi pertama Paris pada pukul 7.00 pagi ke Dover dan naik kapal untuk ke Calais seterusnya bila sampai di Paris hari dah petang......jadi ronda-ronda atas bas dahulu dan diberi kebenaran untuk turun bergambar sekejap di Eiffel Tower.

Inilah peta perjalanan untuk program tersebut


















Dah penat ronda Paris....kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam.....tapi sebelum sampai kena panjat tangga dulu.....Ya Allah....tingginyaaaaa.



Letih tersepuk dan tidur dengan nyenyaknya di bilik Hotel Forest Hill....tapi kena jaga awal untuk bersembahyang Subuh kerana waktu Subuh di Paris ialah pada pukul 3.52 pagi dan matahari terbit pada pukul 5.56 pagi.
Hotel penginapan....Forest Hill Paris La Villette,26 Avenue Corentin Cariou,75019 Paris,France.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net