Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 28-Sep-2012 02:48 Email | Share | | Bookmark
Lama Tak Buat Apom Lenggang

 
Agak lama juga kak rus tak buat apom lenggang.....dulu pernah buat tapi 100% menggunakan tepung beras.Kali ini kak rus ingin mencuba apom lenggang menggunakan 100% tepung gandum pula.Kak rus teruja membuatnya bila Kak Nab kawan baik kak rus bagi tahu yang kawannya berniaga menjual apom lenggang ini.....Apom Lenggang Tepung Gandum.Sedap....harum dan wangi....lagi lembut....kalau buat menggunakan tepung beras pasti bahagian tepi apom tu garing dan rangup....tapi kali ini tak rangup dan......tak jemu menjamahnya.Sekiranya nak sedikit manis bolehlah tambahkan lagi sesudu besar gula dalam adunan tersebut....Selamat Mencuba.....



Resepinya macam dulu juga tapi kali ini menggunakan tepung gandum.

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 1/2 cwn air
2 st yeast segera

Bahan-bahan ini diadun di sebelah malam.Esok paginya adunan ini dicampur dengan campuran

1 biji telur
1 cwn santan
secubit garam
1/2 st esen vanilla

Sesudah diadunkan,biarkan setengah jam baru dilenggang dalam kuali kecil yang dilenser sedikit minyak......lengganglah sampai habis.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua......


Wednesday, 26-Sep-2012 21:54 Email | Share | | Bookmark
Dua Biskut Ketinggalan

Sebenarnya ada beberapa jenis biskut lagi yang kak rus ketinggalan untuk update entrynya........alahai.........Apakata kita lihat biskut yang sedap ini yang kak rus ambil resepinya dari rumah Mat Gebu........kak rus kurangkan sedikit gula...apapun memang biskut ni sedap sangat......Terima Kasih Mat Gebu.



Resepinya
Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


Sejenis lagi biskut yang begitu mengancam dan meruntun jiwa.......Biskut Arab....alahai sedap sungguh biskut orang lama niiii.....




Resepinya daripada bekas anak murid kak rus ....nun...masa kak rus mula mengajar di SMBD....seingat kak rus anak murid kak rus tu bernama Kasthuri....seorang pelajar India yang baik tingkah-laku dan tutur kata.....di mana agaknya Kasthuri sekarang...Terima kasih dengan resepi ini.....

Resepinya
16 oz tepung gandum
8 oz gula icing
8 oz minyak sapi
1 st vanilla
1 st baking powder
2 biji kuning telur
Ceri secukupnya untuk hiasan.
Pukul gula dengan minyak sapi sampai sebati.....kemudian masukkan vanilla dan seterusnya kuning telur.....masukkan tepung yang dah diayak dengan baking powder....adun menjadi seketul adunan.
Bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak,letakkan ceri kemudian bakar hingga masak.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih semua........


Thursday, 20-Sep-2012 09:30 Email | Share | | Bookmark
Roti Putih Untuk Agar-Agar

Sudah lama kak rus tak beli roti putih pasal dikhabarkan yang roti wholemeal lebih sehat untuk dimakan....alahai.....jadi suami kak rus pun selalu beli roti ni.Kadang-kadang roti tu terbiar sampai dah ke tarikh luput dalam peti ais.....apa nak buat dengan roti yang expired tuuu.....?Nak bagi tahu apa yang kak rus buat....heheheheeee....kak rus buat baja untuk pokok tanaman kak rus......baja organik.Kak rus akan lerai-leraikan roti tu dan tanam ke dalam tanah yang sentiasa dibiarkan membusut......ha..ha.. kambuskan kalau tak nanti busuk pula....... jadilah baja organik.Kadang-kadang kak rus akan tanam apa sahaja bahan buangan di sini seperti sisa siangan ikan dan udang...tapi bukan ayam kerana ada lapisan lemak di kulitnya.
Alahai melalut pula kak rus...........nak cerita pasal roti dah melalut ke benda lain.Anak kak rus pula tak suka roti wholemeal tu.....bukan tak suka makan tapi tak suka beli....hehehee......Sekiranya dia beli roti pasti roti putih menjadi pilihannya dan pasti roti Gardenia bukan Massimo.....kak rus pun sama....... bukan Massimo.
Ada roti putih......dah nak luput juga tarikhnya........jadi kak rus perabiskannya dengan membuat agar-agar ini.....Agar-agar Marble Roti. Selalunya kalau buat agar-agar begini kak rus guna tepung jagung atau tepung kastard tapi nak cuba pula resepi guna roti putih.Bila agar-agar tu beku nampak tak berapa cantik kelihatannya......mmmmh tak payah ambil gambarlah untuk update n3.......tapi bila dipotong cantik pula nampaknya.....(pada mata kak ruslah), jadi terus ambil kamera dan apalagi terus update entry kali ni.......



Resepinya
1 peket agar-agar - 35 gram
5 gelas air
1/2 cwn gula
1/2 tin susu cair*
1/2 cwn susu pekat*
4 keping roti putih *
2 biji telur *
2 sb butter*
1st vanilla*
1st garam*
Pewarna pilihan dan sedikit Milo yang dibancuh dengan sedikit air panas (sekiranya nak yang bewarna cokelat)

1.Rebus agar-agar(yang direndam terlebih dahulu) dengan air dan daun pandan hingga lebur dan masukkan gula dan kacau sebati

2.Blendkan bahan yang bertanda * lalu dituangkan ke dalam agar-agar tadi kacau selalu sampai mendidih kemudian tutupkan api.

3.Bahagikan kepada beberapa warna pilihan tapi biar ywng bewarna asal tu dilebihkan.Tuangkan ke dalam acuan adunan berwarna asal baru tuangkan pula berselang- seli dengan adunan yang lain hingga selesai dan sejukkan.

4.Bila dah sejuk masukkan dalam petiais....baru dipotong dan dihidangkan.


Resepi agar-agar plain biasa
1 peket agar-agar serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
daun pandan dan pewarna pilihan.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua......


Sunday, 16-Sep-2012 06:20 Email | Share | | Bookmark
Seminggu Berlalu

Dah seminggu berlalu.....kak rus tak update pun.....rasa malas pula bila saban hari dok pi pekena sajian hebat-hebat di rumah terbuka.Hari ini hari terakhir bulan Syawal....banyak tak terkira majlis rumah terbuka diadakan.Rasanya tak salah bila dah tamat bulan Syawal masih nak buat rumah terbuka ni di bulan Zulkaedah.Selepas jamuan rumah terbuka ni ada lagi jamuan menyusul yakni jamuan bacaan Yasin untuk doa selamat ke Tanah Suci Mekah pula.......
Pagi ni rasanya kak rus nak goreng bihun....tapi alahai roti wholemeal tu nak luput pula tarikhnya.Selalunya roti tu kak rus simpan dalam peti ais bila beli...entah kenapa tak tersimpan pula kali ni.....jadi nak kena proses untuk breakfast hari ini.




Entah apa yang menyebabkan kak rus buat kek ni pulak.....Kek Labu Berkarot....sedap rasanya bila pekena dengan teh epal.



Resepinya kalau nak cuba

250 gm butter
160 gm gula kaster
260 tepung gandum
2 st baking powder
5 biji telur B (asingkan 3 biji putih telurnya)
1 btg lobak merah diparut
1 jorong labu kuning diparut (agak-agak 100 gm)
1 st esen vanilla
60 gm buah cranberry kering/kismis
150 gm campuran kacang hazel dan walnut panggang dicencang kasar.

Topping
200 gm krim keju
3/4 cwn krim putar
3/4 cwn gula aising
Semuanya dikacau sebati

1. Putar putih telur dengan sedikit gula kaster kemudian ketepikan.

2.Putar butter dengan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji-biji dan terus putar.

3.Masukkan lobak merah labu dan esen vanilla dan terus putar sebati.

4.Kemudian masukkan campuran tepung + baking powder + hazel dan walnut + buah cranberry kering....kacau sebati.

5.Akhir sekali masukkan telur putih yang dipukul tadi dan balikkan adunan perlahan-lahan.

6.Ratakan adunan ke dalam acuan (yang dilenser butter dan ditabur tepung)...kemudian dibakar ke dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.Boleh juga dimasukkan ke dalam acuan muffin beralaskan kertas cupcakes.

7.Bakar sehingga masak kemudian sejukkan....kalau suka boleh disapu dengan topping yang disediakan.







Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


Saturday, 8-Sep-2012 20:37 Email | Share | | Bookmark
Pagi Popia......Tengahari dan Malam....Mee Udang

 
 
Apa jadi dengan kak rus semalam.....walaupun rasa tak larat tapi mulut meminta-minta nak makan popia.Terpaksa buat juga......mmmmmggggg sedap rangup krup,krup cicah dengan sos cili biasa campur sikit dengan sos cili api....lagi terangkat rasanya.



Bila tiba nak masak untuk makan tengahari....alahai teringin pula nak makan mee udang....terus ke Econsave mencari udang dan sotong juga mee kuning.....hhhhaahhh...
lega pekena mee udang ambil resepi dari rumah Madiha...Terima Kasih Madiha....sedap sangat mee udang nii.....Berapa mangkuk kak rus makan...alahai pagi tadi ada lebihan kuahnya apalagi kak rus breakfast dengan mee udang juga......rasa macam nak buat lagi.....sedap sangat.



Mee Udang Sedap
Resepi : CT Zaliedana
Ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna (untuk hidangan 6 ~ 7 orang)

Bahan2
2 peket mee kuning saiz 450 gm ~ dicelur sekejap & tos
800 gm udang segar saiz besar/sedang ~ potong sesungut & kakinya
(kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan.. lagi banyak lagi sedap!)
6 ekor sotong ~ di potong kecil (optional)
1 ½ jug blender air (ini sukatan MaDihaA u all agak2 sendirilah yer kepekatan kuahnya)
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam* (MaDiHaA guna 2 sudu besar Knorr Pasti Sedap)
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
Sawi secukupnya ~ dipotong & cuci
2 biji buah tomato (MaDiHaA tak campur dlm kuah, tapi dicampur semasa menghidang)
1 ½ sudu besar gula*
6 sudu KFC garam* (ini ikut sukatan MaDiHaA.. sila ikut citarasa sendiri ok!)
2 sudu KFC ajinomoto* (ini MaDiHaA tambah)-kak rus tak boh pun.
Minyak utk menumis
6 sudu besar cili kisar

Bahan dikisar (A)
5 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya

Bahan dikisar (B)
2 biji kentang sederhana besar ~ digoreng @rebus hingga empuk & potong kiub
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya

Bahan tambahan
Sayur sawi dicelur dan taugeh mentah dibuang ekor (kak rus tambah)
Telur rebus
Cili merah
Limau kasturi
Daun salad
Bawang goreng
Tauhu goreng
(MaDiHaA letak telur rebus, tauge, hirisan tomato & tauhu goreng aje)

Cara-cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
2. Masukkan bahan kisar (B) & tambah lagi 1½ jug air (sukat guna jug blender tadi). Kacau rata & biarkan seketika.
3. Masukkan bahan2 bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan udang, sotong & sawi. Biar sebentar hingga sawi lembut. Rasakan kuah biar secukup rasa kemudian bolehlah masukkan buah tomato, kacau2 kejap & padamkan api. (MaDiHa skip sebab tak suka buah tomato yg dimasak, so MaDiHaA guna tomato mentah semasa menghidang)
5. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.





Assalamualikum....dan Terima Kasih Semua.....


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net