Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Aug-2012 07:03 Email | Share | | Bookmark
Dua Hari Sebelum Raya

Banyak benda yang kak rus buat dua hari sebelum raya......di antaranya ialah membuat biskut-biskut ini.Pertamanya Biskut Almond Butter Cookies,Biskut Cornflaked Cluster dan Swiss Tart......biskut yang tak boleh ditinggalkan setiap kali raya.
Semalam kak rus buat serunding daging style Kelantan yang selalu menjadi hidangan bersama ketupat palas dan lemang.....inilah serunding pilihan kak rus setiap tahun....tanpa serunding ini ibarat hari raya tak jadi hari raya....heheheheeee..Kak rus akan membalut ketupat pada hari Sabtu ni.....maknanya besoklah.....daun palas dah siap dibuka.





Resepinya....TQ Miss Lee
12 oz butter
7 oz gula castor
10 oz tepung gandum
7 oz tepung jagung
1 cwn serbuk badam yang siap dipanggang dan sejukkan (kak rus tambah)
1 biji telur
1 st esen vanilla
cherry secukupnya (kak rus guna jem strawberry yang masih berbaki )
Pukul butter ,vanilla dan gula selama 3 minit......masukkan telur dan pukul lagi kemudian masukkan tepung-tepung dan serbuk badam. ....diadun sebati dan boleh dipaipkan dengan acuan Sawa atau samperit.Letakkan cherry dan hias ikut suka.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


Tuesday, 14-Aug-2012 08:23 Email | Share | | Bookmark
Biskut Lama Diperbaharui

Dulu-dulu semasa anak-anak kak rus masih kecil kak rus buat biskut raya sejenis dua sahaja.Kebanyakan biskut raya kak rus beli daripada Kak Za dan kak rus juga menjadi ejen menjual biskut raya yang dibuat oleh Kak Za.Berbaloi jugalah perolehan daripada jualan biskut tu walaupun cuma jadi ejen jualan sahaja.Biskut-biskut yang Kak Za buat memang sedap-sedap dan cantik-cantik belaka antaranya Jem Tat,Cornflakes Macaroon,Biskut Cokelat dan entah apa-apa lagi memang banyak pilihan.Kak rus teringat sejenis lagi biskut buatannya iaitu Biskut Mimpi Sydney........jadi kak rus teringin sangat nak membuatnya walaupun tiada resepi.Kak rus pakai bancuh sahaja,canai,terap dengan acuan bulat berlubang tengah dan bakar.......bila sejuk celupkan cokelat dan tabur cokelat urai di atasnya.......mmmmmm jadilah tapi Kak Za tak celup cokelat cuma sapu telur dan tabur cokelat urai dan dibakar.....Terima Kasih Kak Za.



Untuk hidangan berbuka semalam kak rus berbuka seorang diri bersama adik kak rus yang OKU tu......Dah selesai masak hidangan utama iaitu Gulai Ikan Kering Campur dan Cendawan Goreng Capsicum.....suami dan anak kak rus baru bagitau yang mereka akan berbuka di luar.......hmmmm alahai.





Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua


Saturday, 11-Aug-2012 22:59 Email | Share | | Bookmark
Baru Mula Buat Biskut Raya

 
 
 
Suami kak rus beli nangka muda dari Pasar Tani.....alhamdulillah.........Sebelum ni kak rus buat juga gulai nangka dengan ketam.....jadi kali ni buat dengan ikan bilis pula....secara tumis darat.



Kak rus baru mula membuat biskut raya.....dah dua jenis yang siap iaitu Biskut Famous Amos.......biskut cokelat chips,dan sejenis lagi ialah Biskut Butter Crunchies.Lama kak rus tak buat Biskut Butter Crunchies ni......resepi daripada Kak Selasiah....kawan lama yang sama bertugas di SMFBC.......terima kasih yang teramat Kak Selasiah.





Ini resepi lama jadi timbangannya dalam lb bukan gm

12 oz butter
8 oz gula kaster
3 biji telur kuning
20 oz tepung gandum
2 st baking powder
1 st vanilla
secubit garam
8 oz badam keping
3 biji telur kuning untuk sapuan atas biskut

1.Pukul butter + gula + vanilla+garam.....kemudian masukkan kunng telur dan pukul lagi.

2.Ayak tepung dan baking powder kemudian masukkan ke dalam adunan 1 dan gaul sebati.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan yang sudah digris,dan lepakan kemudian tekan-tekan supaya rata.

4. Sapu kuning telur dan taburkan badam keping....tekan-tekan sikit supaya melekat dengan elok.

5.Bakar 3/4 masak kemudian keluarkan dan dipotong ikut saiz pilihan kemudian bakar semula sehingga masak

6.Sekiranya ada acuan khas yang ada pemotong lagi baik.

7.Biskut ini akan lebih rangup sekiranya dilepakan nipis ke dalam acuan tadi.



Biskut ini mesti kak rus buat setiap tahun pasal sedap dan rangup sangat.Kali ini kak rus buat dah terlebih lembik pula .....bila siap dibakar...nah hai jadi kembang dan meleper tapi memang rangup dan sedap.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


Wednesday, 8-Aug-2012 07:20 Email | Share | | Bookmark
Buat Kerabu Ala Siam Pula

Kak rus kena pi hospital sat lagi.....ada appointment dengan Klinik Ortopedik.....hmmmmm alahai.Rasanya pasti lambat boleh balik.....bila balik nak pi beli bahan-bahan nak buat biskut raya pula........lagi lambat akan sampai ke rumah.....huhuhuhuuuuu.
Ini juadah ulangan semalam.....mencuba Bubur lambuk Tumis pula....tapi rasanya sedap lagi Kanji Utara yang kak rus buat minggu sudah.Kalau minggu sudah kak rus pakai rebus sahaja bahan nak buat kanji tu tapi kali ni kak rus tumis dahulu bahan-bahannya macam yang kak rus tengok kat rancangan JJCM kat TV3........tapi sekali lagi kak rus akui Kanji Utara lebih kak rus sukai.



Semalam kak rus tak masak pun pasal suami kak rus kata tak payah masak.....dia nak pi beli lauk-pauk dari Hussain Nasi Kandar....alahai leganya kak rus bagai orang mengantuk disorongkan bantal..........bestnya.Kak rus cuma buat Bubur Lambuk Tumis di atas dengan Kerabu Sotong Goreng Berserai.......dah pasti hidangan ini tinggi kandungan kolestrolnya.Kak rus goreng dulu sotong yang disalut dengan serbuk roti kemudain gaul dengan rencah kerabu ala Thai......memang sedap......nanti nak cuba buat Kerabu Ayam Popcorn pula.......yang penting sos ikan dan daun ketumbar mesti ada.






Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua.....


Sunday, 5-Aug-2012 22:50 Email | Share | | Bookmark
Masak Ala Kadar Sahaja

 
 
Dua hari sudah suami kak rus membeli pisang emas sesikat.......bila petang anak kak rus pula bawa balik pisang emas juga sesikat........mana nak boleh habis ni di bulan puasa niiii........jadi kak rus kena berusaha untuk perabiskan sikit pisang tu dengan membuat Talam Nagasari........sedap juga kuih ni.Semalam kak rus buat Cucur Kodok dan hari ini kak rus buat Lepat Pisang.........semuanya pisang.




Sebenarnya dah pernah buat tapi kali ini mencuba resepi lain pula
Resepinya
Bawah:
150 gm tepung beras
30 gm tepung Hon Kwee
1 sb gula
1 sk garam
4-5 biji pisang emas dipotong membulat
daun pandan disimpul

Kacau semua bahan di atas api kecuali pisang hingga naik wap.Masukkan potongan pisang,kacau sebati dan tuang ke dalam acuan yang dilapik kertas plastik dan kukuskan selama 25 minit.
Kemudian tuang pula lapisan atas dan kukus lagi 30 minit.

Lapisan atas
250 ml air
70 gm gula merah
1 sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Semua bahan ini direbus kemudian ditapis
30 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
260 ml santan
2 biji telur A
1 st vanilla
secubit garam
Semua bahan dikacau sebati atas api hingga naik wap kemudian dituang perlahan-lahan atas kukusan pertama tadi dan kukus lagi 30 minit.

Untuk lauk-pauknya kak rus buat Kari Ikan Bawal,Udang Masak Taucu dan Kangkung Goreng Belacan......suami kak rus tumbuk sambal belacan berulamkan daun Selasih,Kemangi,pucuk daun kari,pucuk cekur dan pucuk ulam raja......ooii menggoda sungguh.

Sebenarnya resepi ini Spicy Fragrant Sauce Prawns daripada Amy Beh


500g medium large prawns
2-3 tbsp cornflour
3 gloves garlic,minced
1 stalk curry leaves
1 red chilli, seeded and minced
2-3 bird' eye chillies,finely chopped

Sauce (combined)
1 tbsp chilli paste
1 tbsp chilli sauce
1 tbsp preserved soya bean,minced
1 tbsp sugar
1/8 tsp pepper
1/4 tsp chicken stock powder
1-2 tbsp water

Clean prawns and leave the shells intact.Lighly dust with cornflour and scald in hot oil until just cooked.Dish out and leave aside.
Leave a little oil in the wok,add garlic,bird's eye chillies and curry leaves.Fry until fragrant.
Add red chilli and combined seasoning.Return prawns to the sauce.Toss and fry briefly until prawns are well coated with the sauce.Dish out and serve immediately




Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua....


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net