Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Aug-2012 09:53 Email | Share | | Bookmark
Sedapnya Jeruk Maman

Sejak bulan puasa,suami kak rus memang rajin ke pasar.....lega rasa kak rus.....tapi kadang-kadang apa yang kak rus suruh dia beli memang rasa macam tak dapat yang kak rus hajati......tapi alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi pasal kak rus tak perlu susah payah terkejar-kejar ke pasar/pasaraya.

Semalam dia ke Pasar Khamis.....macam-macam diborongnya dan antaranya ialah jeruk maman,nangka muda,ketam,lala dan sayur-sayuran.Maknanya semalam kak rus sekeluarga pekena Gulai Ketam & Nangka,Tumis Lala,Jeruk Maman,Cencaru Goreng Belah Bersambal,ulaman dan sambal belacan.

Lama-lama sekali nikmati jeruk maman,memamg sungguh enak.






Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


Wednesday, 1-Aug-2012 11:15 Email | Share | | Bookmark
Kanji Utara

 
Teringin pula nak makan kanji.Kak rus minta suami kak rus pi ambil kat masjid....sebab setiap hari masjid bekalkan kanji ni........tapi suami kak rus asyik-asyik lupa...lupa,lupa,lupa.

Hmmmmmmmm....kena buat sendirilah jawabnya....tak susah sebenarnya nak buat kanji......main rebus sahaja.......tapi kena betul bahannya baru terasa kesedapan kanji atau bubur lambuk utara terutamanya halba,halia dan serai.



Kalau ikut cara bonda kak rus.....dia tumis selepas kanji dah ready masak....tapi kak rus tak tumis pun demi nak elakkan minyak....tapi kalau ditumis memang lagi sedap.

Bahan-bahan:

1 pot beras
Air secukupnya
1/2 kotak santan
200 gm daging lembu dihiris
10 ekor udang kasar dibuang kulit
secukupnya lobak masin yang direndam terlebih dahulu (optional)
2 batang serai diketuk
1 ulas bawang putih dimayang
1/2 inci halia dimayang halus atau diketuk
1/2 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil lada hitam biji
1/2 peket kiub perasa ayam

Bahan Tumisan
5 ulas bawang merah
1 sudu minyak sapi
1 ulas bawang putih
3 sudu minyak masak



Untuk hiasan:

Daun sup dihiris halus
Daun bawang dihiris halus
Cara Membuatnya:

1. Bersihkan beras dan rebus bersama daging, serai, halia,lada hitam dan halba sehingga menjadi bubur.
2. Masukkan udang,lobak masin dan santan, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan garam dan kiub perasa ayam secukupnya dan biar terus mendidih.
4. Panaskan minyak sapi dengan minyak masak dan dan tumis bahan-bahan penumis sehingga kekuningan.
5. Tuangkan tumisan ke dalam periuk yang berisi kanji tadi.
6. Hidangkan kanji ke dalam mangkuk dengan hiasan daun bawang dan daun sup.





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua...


Monday, 30-Jul-2012 11:59 Email | Share | | Bookmark
Buat Cucog Kodok Sahaja

Semalam hidangan kuihnya hanyalah cucog kodok.....bukan pisang tapi ubi keledek.Kak rus gantikan pisang dengan ubi keledek.......ubi keledek lebih baik daripada pisang yang manis tuuu.......pasal keledek punyai serat yang tinggi kalau dibandingkan dengan ubi kentang.......sedap jugalah.Cara membuatnya cuma menggunakan ubi keledek lecek,tepung gandum+baking powder,gula,susu tepung,sedikit garam dan dibancuh dengan secukupnya air....kepekatannya macam buat cucog kodok pisang...kalau pekat sangat dia akan keras jadi bancuh bagi lembek sikit kemudian perapkan sebentar baru digoreng.



Menu bersama nasinya ialah Gulai Ketam & Nanas,Goreng Kubis ala Mamak,Sambal Belacan buah Kuinin beserta ulam dan ikan goreng.....alahai sedapnya gulai ketam.Gambar tak sempat nak ambil....selalu tak sempat nak ambil.





Assalamualaikum........dan Terima Kasih Semua


Saturday, 28-Jul-2012 18:50 Email | Share | | Bookmark
Alkaline Diet Plan

 
Kak rus pernah mendengar ceramah pemakanan secara sihat........makan makanan yang mengandungi alkali adalah lebih baik daripada makanan yang tinggi kandungan asidnya.Bila tercari-cari contoh makanan beralkali kak rus terjumpa ini.Semoga semua akan mendapat panduan daripada plan ini.
Alahai.....kecil pula paparannya..........nak perbesar tak boleh.





Semalam kak rus buat popia.....popia berintikan inti pai ayam tempoh hari yang keras kaku disimpan dalam freezer.Inti tersebut kak rus campurkan sedikit pes kari ayam dan nyahbeku dalam microwave......keluarkan dan godak sebati kemudian sejukkan....kemudian kak rus balut inti tersebut dengan kulit popia bersaiz sederhana kemudian gorengkan....alahai sedapnya.Bila balik dari sembahyang Terawih.......dah habis rupanya popia tersebut........adik kak rus makan sampai habis.






Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua.....


Thursday, 26-Jul-2012 04:05 Email | Share | | Bookmark
Baru Nak Bertaut Kasih.......

Bila tinjau resepi ini dari internet.....rupanya ramai dah blogger bertaut kasih dengan resepi ini.......kak rus pula baru ingin mencuba.Terasa alangkah nyamannya kalau puding ini dibuat untuk pemanis mulut untuk berbuka puasa.Kak rus ambil resepi dari rumah Yatie.....TQ Yatie Sinar Kehidupan.....sedap sangat rasanya.




Bahan-bahan A :

1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
(Yatie tambah satu lagi pewarna iaitu oren)

Cara Bahan A:-

Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :Yang ni kak rus doublekan

1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B:-

Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding:-

Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Hidangan lain ialah.......
Tolonglah abaikan yang nampak sememeh tuuuuu.....





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net