Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Sunday, 22-Jul-2012 22:30 Email | Share | | Bookmark
Ada Buah Aprikot Segar

 
 
Kak rus beli buah aprikot segar empat hari sudah dari Tesco.....alahai mahal sungguh dan buahnya kelihatan kecil kalau dibandingkan dengan buah aprikot di Turki hari itu.Buah aprikot Turki yang segar-bugar kak rus beli dengan harga 2 Lira untuk satu kilo.
Selalunya kalau ternampak buah aprikot segar pasti kak rus beli........hari tu pernah kak rus beli di Pasaraya Billion dengan harga RM8.00 untuk 450 gm dan 4 hari sudah kak rus membelinya dengan harga RM11.00....rasanya dengan berat yang sama.
Untuk selesaikan buah aprikot tu kak rus buat Tat Aprikot untuk juadah pemanis mulut berbuka puasa hari ini.



Untuk hidangan bersama nasi hari ini kak rus buat Lemak Cili Api Pucuk Ubi,Sup Cendawan,Cencaru masak Cabai,kerabu daun selom,Sambal belacan dan ulam daun salad......sempat ambil gambar Cencaru masak cabai sahaja.......masak macam nak buat sambal tumis....bila siap tuangkan ke atas ikan yang dah digoreng.




Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua


Saturday, 21-Jul-2012 22:20 Email | Share | | Bookmark
Tunai Permintaan Sebelum Ramadhan

Rupanya belum tamat lagi permainan golf........permainan penamatnya adalah semalam.Suami kak rus bagi tahu yang Cikgu Ramli.....bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim ada buat jamuan penamat........Nasi Tomato jadi untuk pelengkapnya suami kak rus suruh buatkan sedikit kek atau muffin.Kak rus lebih teruja nak buat cupcakes.....pasal nak perabiskan stok coklat cips dan pes strawberri......heheheee..
Jadi inilah hasilnya........



Sebelum buat kek kak rus buat puding roti buah fig ini...pasal ada roti berbaki dan buah fig kering yang dibeli di Turki hari tuuuu...




Pagi besoknya untuk sarapan kak rus buat ini pula......



Pemanis mulut untuk berbuka hari ini kak rus buat ni pula.....paling senang tapi cream putarnya dah terlebih putar.....alahai.....









Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua....


Friday, 20-Jul-2012 22:40 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Alhamdulillah.........kerana dipanjangkan usia bertemu lagi Bulan Ramadhan Mulia yang ditunggu-tunggu.Kak rus mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung fp kak rus........dan Selamat Beribadah.Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya adalah dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan dan solat sunat Tarawikh yang diberi ganjaran besar setiap malam..
SELAMAT BERPUASA.













Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


Monday, 16-Jul-2012 21:22 Email | Share | | Bookmark
Dato' Fazley Juara Masterchef Selebriti Malaysia Yang Pertama

Wah.....seronok betul kak rus menonton rancangan bersiri Masterchef Selebriti Malaysia dari chanel 134- Astro Mustika....dan dah pun berakhir semalam.Juaranya adalah artis yang kak rus dah jangka......Dato' Fazley....Tahniah diucapkan.Dato berentap dalam pertandingan itu dengan Angah Raja Lawak........Bila menonton siarannya kadang-kadang rasa tension,terhibur,meluat pun ada dan seronoknya dapat menonton para selebriti masak dan menghidang sajian kemudian dengar komen-komen daripada 3 orang chef tetap untuk rancangan ini.



Beliau bertarung dengan Angah Raja Lawak dan diberi hanya 2 jam sahaja untuk menghasilkan 3 hidangan.





Hidangan "Dari Paris Ke London.. Kekasihku" oleh Dato' Fazley
Kejayaannya sebagai juara telah berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM57,500. kepada Yayasan Jantung Negara.



Angah pula menghidangkan sajian Dapur Asia dengan hidangan "Cyber"..........dan berjaya menyumbangkan sebanyak RM7,500. kepada Persatuan Orang Kerdil Malaysia.


Apa yang kak rus masak hari ini.....?Tak lah sehebat Juara Masterchef selebriti...hehehe........



Kuihnya macam Kuih Cara cuma kak rus masukkan inti pisang yang di saute dengan butter, sedikit gula dan serbuk kayu manis....kak rus guna acuan Takoyaki.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


Saturday, 14-Jul-2012 01:31 Email | Share | | Bookmark
Mencuba Chocolate Buttercream Yang Mudah

 
Lama juga tak buat Chocolate Cupcakes.........bila mencari-cari resepi di Foodgawker terjumpa yang kak rus berkenan ini.....apalagi godaklah adunan tanpa memutarkannya dengan mixer....macam buat muffin sahaja.Kak rus kurangkan penggunaan gulanya kerana berhajat nak cuba buat Chocolate Buttercream mudah ini juga dari Foodgawker......sebab dah pasti buttercream ini mesti rasanya manis.
Sebenarnya kak rus dah buat cupcakes ini dah empat hari tanpa menghiaskannya dengan buttercream.......bila dah tinggal 10 biji baru kak rus buat buttercream tu dan hiaskannya .......hhhmmmmm memang mudah nak membuatnya dan rasanya pula tak lah terlalu manis.....sedap sangat.
Bila menghiasnya di cupcakes....alahai tangan kak rus pula terketar-ketar,jadi tak nampak elok pusaran buttercream tu........

Resepi Chocolate Buttercream
1 cwn butter
1 cwn chocolate chips

Kedua-dua bahan ini dicairkan secara double boiler......bila dah cair kacau sehingga sebati.
Simpankan ke dalam petisejuk biar pra beku kemudian keluarkan dan pukul menggunakan redai pemukul telur selama 3 minit sehingga ia berkrim.
Masukkan dalam plastik aising dengan acuan pilihan dan paipkan ke atas cupcakes.
Hmmmmm......memang sedap........sudilah mencubanya kerana mudah sangat nak membuatnya dan kak rus gerenti yang rasanya memang sedap.

[b]
Resepi Chocolate Cupcakes
1 1/2 cwn gula kaster
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn serbuk koko
3 st baking powder
1 st garam
2 biji telur
1 cwn susu
1/2 cwn minyak jagung
2 st vanilla
1 cwn air panas

1. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder ke dalam bekas yang berisi gula dan garam kemudian kacau sebati semua bahan

2. Dalam bekas lain campurkan telur,susu, minyak jagung dan vanilla dan kacau bagi sebati kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi.

3. Kacau sebati semua bahan dan akhir sekali tuangkan air panas dan kacau sebati.

4. Biarkan sekejap kemudian masukkan ke dalam jug penyukat dan tuang ke dalam bekas yang dialas kertas .....tuang hanya 2/3 penuh kemudian bakar selama 20 minit.
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.



Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net