Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 10-Jun-2013 09:17 Email | Share | | Bookmark
Ke Madame Tussauds

Besok paginya selepas sarapan kami bergegas naik tube untuk ke Madame Tussauds kerana anak kak rus dah tempah dalam online untuk masuk pada pukul 9.30 pagi......mak oooiii......ramainya pengunjung berbaris......dahlah sejuk dan bertambah sejuk kerana hujan pula turun mencurah-curah.









Selesai melawat ke Madame Tussauds kami naik tube menuju ke Oxford Road untuk shopping......tapi alahai.....sejuk yang teramat pasal hujan masih lagi turun mencurah-curah.Ramainya pengunjung terutama para pelancong di sini.....memang sesak yang amat-amat.Selesai aktiviti di sini kami berhajat nak ke Harrods tapi terpaksa batalkan saja kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan.......balik sajalah kembali ke hotel ,berehat kerana besok kami akan pergi berjalan lagi jauh iaitu ke Paris.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


Sunday, 9-Jun-2013 10:15 Email | Share | | Bookmark
Dah Balik Dari Makan Angin

Pada 21 Mei kak rus bertolak dari Penang ke KL........Sebelum bertolak kak rus buat hidangan ini dahulu supaya tidak kebulur nanti bila sampai ke KL...hehehehe..........sebab di KL kak rus menginap satu malam di Tune Hotel di KLCT walaupun kak rus naik pesawat MAS turun di KLIA.Kat Tune ni tak dak apa nak makan...kalau adapun kedai yang dekat tu menjual hidangan frozen.....order dinner kat sini dan hidangan tu akan dipanaskan dengan microwave.......kak rus dan suami sakit perut besok paginya semasa bersiap untuk ke KLIA.
Breakfast kami di restoran kat KLIA.....sedap juga nasi lemaknya.







Seterusnya pada 22 Mei,pukul 10.10 pagi kak rus bertolak dari KL ke Heathrow menaiki pesawat Airbus 380.Pesawat ini penuh dengan penumpang yakni seramai 480 orang dan kak rus ternampak YAB Menteri Besar Kedah,Dato Mukhriz Tun Mahadzir bersama isteri di VIP seat.Kami tiba di Heathrow pada pukul 9.30 malam bersamaan pukul 3.58 ptg di London.......sejuknya....... kerana suhu di London ketika itu ialah cuma 13 darjah C.



Ketibaan kak rus disambut oleh anak kak rus bersama sahabatnya juga menunggu ibunya dari Malaysia....Puan Guna dari Seremban.Kak rus dibawa menginap ke Hotel Chester di Victoria.......lepas letak beg dan bersembahyang, terus anak kak rus bawa naik tube dari stesen Victoria ke Bayswater untuk ronda-ronda dan makan malam.





Habis pusing-pusing di kedai-kedai menjual cendermata di Jalan Queensbay, Bayswater kami dinner kat sebuah restoran Western Food Halal milik orang Arab Lebanese..........banyaknya hidangan untuk seorang hinggakan tak terhabis dimakan.



Balik naik semula tube ke Victoria dan berjalan kaki ke hotel penginapan untuk mandi,sembahyang dan tidur......alahai....penat bukan kepalang lagi.

Besoknya selepas sarapan kami berjalan lagi ke Stesen Victoria.....naik tube lagi ke Istana Buckingham pula......Ramai sungguh penduduk setempat mengunakan tube di stesen ini....kerana kak rus tiba di waktu pagi semasa pekerja sibuk menuju ke pejabat.....stesen Victoria jadi sesak dan riuh-rendah.



Langit kelihatan gelap tanda hujan nak turun.....jadi teruskan perjalanan di sebelah tepi istana kerana ada taman di situ ,bersantai-santai hingga ke hujung jalan dan terus masuk ke stesen tube Green Park.Beli tiket dan naik tube lagi menuju ke Tower Hill.



Jalan-jalan di Tower Hill menyaksikan kubu dan artifak penuh cerita sejarah peperangan.....seterusnya kami jalan-jalan lagi ke mercu tanda utama London iaitu London Bridge.







Ada pameran Vision 2020 untuk penjagaan alam sekitar....jadi kak rus ambil peluang untuk bergambar dengan gambar bahan pameran di situ.



Bila dah penat berjalan....perut pun terasa lapar.....kami sekali lagi naik tube ke Bayswater.....mencari cenderamata dan terus berjalan ke Restoran Malaysian Hall kepunyaan En.Awie,orang SP yang menjadi kenalan suami kak rus dan kami lunch kat situ.......ramai pelajar dan pelancong Malaysia menjamu selera di sini.



Bila dah petang anak kak rus membeli sandwich Subways di sini untuk bekalan makan malam....kerana terdapat premis Subways halal di Bayswater.....banyak restoran Subways tapi yang kat sini ternampak logo halalnya.Kak rus pula masuk ke Tesco Ekspres mencari buah-buahan dan minuman........Tesconya kecil sahaja macam mini market jadi tak ambil masa lama mencari barang keperluan.



Assalamualaikum.......dan Terima Kasih....


Sunday, 19-May-2013 10:34 Email | Share | | Bookmark
Dua Minggu Makan Angin

Sempat buat entry dua hidangan sahaja sebelum kak rus berangkat ke UK untuk makan angin.....alahai.....lama sangat tak update entry.....malas betul rasanya.

Kak rus buat tauhu sumbat yang menjadi kegemaran kak rus sekiranya tak lalu nak makan nasi.Buat pun dah lama dah.....minggu sudah kot.Tauhu sumbat ringkas makan dengan sos cili pedas buatan sendiri.....pasal nak perabiskan cili hidup.



Semalam pula sebab nak perabiskan stok ikan kak rus buat masak cuka sahaja....dengan sup ayam.....ingatkan tak habis,rupa-rupanya habis licin tinggal periuk kosong.....hahahahahahaaaaaa......
Lama betul tak buat masak cuka.....alahai teringat kat arwah ayahanda dan bonda yang amat dikasihi sebab masak cuka memang menjadi kegemaran arwah ayahanda kak rus.Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa.....walaupun mereka dah lama meninggalkan kak rus........berlinang air mata.






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


Tuesday, 7-May-2013 14:31 Email | Share | | Bookmark
Tiap-tiap Hari Buat Bihun

Anak semua balik untuk mengundi.......jalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.Tapi dalam hati terfikir juga......susah payah mak bekerja keras untuk menyediakan makan minum dia orang....tertanya juga apalah yang depa semua pangkah pada 5 Mei hari itu.Bila ditanya depa kata...."Undi adalah Rahsia"..........alahai....!!!!Orang muda dok pula kat kota metropolitan.....adakah depa sedar tentang susah payah ibu bapa dia orang membesarkan mereka nak bagi senang hidup di masa depan.....nak bagi belajar tinggi-tinggi hingga terpaksa bergadai bergolok.....harap-harap depa memilih yang terbaik jangan sampai tanah air pula tergadai.
Kak rus terfikir juga .......masa kak rus bekerja dahulu tak kira di sekolah mana.....ramai kawan-kawan kak rus boleh kata terpelajar.....masuk U belaka semuanya jadi pecundang.....cikgu ajar sejarah,ustaz dan ustazah,malah ada kawan-kawan keturunan India melanggan Harakah.Sia-sia sahaja makan gaji dengan kerajaan.....bila kerajaan tak bagi bonus"Kita jangan pangkah kerajaan",bila kerajaan bagi bonus..."Ini rasuah ni.....ini pancing undi.....!!!!"Ini situasi dulu-dulu tahun 80an.
Apalah yang kak rus membebel ni.......mana tak bebel......rasanya kerana perpecahan Melayu disebabkan fahaman politik yang berbeza.....negeri dah dekat tergadai....alahai....apa nak jadi 10 tahun lagi....?
Dua hari berturut-turut kak rus buat bihun goreng.....senang cerita.Satu hari buat bihun lada dan satu hari lagi buat bihun taucu......Gambar bihun lada tak sempat pula nak ambil.....






Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua.......


Friday, 3-May-2013 12:10 Email | Share | | Bookmark
Teringin Nak Buat Bangkok Kaya Puding

Kak rus sebenarnya dah lama memasang hajat nak buat Bangkok Kaya Puding......Jadi semalam sebelum nonton drama Korea terus kak rus buat sponge kek untuk puding ini......siap sekejap saja sebab keknya jenis pukul semua bahan sampai gebu kemudian tuang dalam acuan dan bakar.

Pagi ni sebelum menyiapkan bahan yang lain untuk puding ini kak rus buat moi dulu....jerang moi sebelum kak rus bersembahyang subuh.Bila selesai pekena moi baru kak rus menyiapkan puding tuuuu......




Inilah hasilnya............Potongannya hanya ambil yang bahagian tepi.


Resepinya.....

5 biji telur sejuk dari peti sejuk
120 gm gula kaster
1 sb ovelette
85 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 st baking powder
3 sb air ais(sejuk)
100 gm minyak jagung
2 st pandan paste

Gula disebatikan dahulu dengan ovelette kemudian baru masukkan ke semua bahan kecuali minyak jagung dan pandan paste.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan nampak gebu.....baru masukkan minyak jagung dan pandan paste.Pukul lagi sehingga sebati.Tuang ke dalam acuan 22cm yang siap dialas kertas minyak dan bakar 25 minit ke dalam ketuhar yang siap dipanaskan terlebih dahulu.

Untuk lapisan jeli

450 ml air
100 gm gula
1 sb serbuk agar-agar
1 st serbuk nescafe
1 st perisa coklat.

Semua bahan dimasak hingga agar-agar larut kemudian dituang ke dalam acuan 22cm....ketepikan dan buat bahan puding pula.

Untuk lapisan puding
700 ml santan
100 gm gula
1 1/2 sb serbuk aga-agar
1 sb susu pekat
1 sb tepung jagung/kastard
sedikit pewarna kuning
1 st esen vanilla

Semua bahan dikacau atas api hingga pekat dan tentunya dah masak lalu dituang perlahan-lahan ke atas lapisan agar-agar yang dah beku tadi.Pastikan lorek-lorek dulu permukaan agar-agar tu dengan garfu baru cedok dengan senduk dan tuang puding tadi.
Ambil kek sponge yang dah sejuk dan letakkan ke atas lapisan puding dan biarlah sejuk sikit baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Bila dah siap set puding tu bolehlah diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua......


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net