Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 6-Feb-2013 20:38 Email | Share | | Bookmark
Buat Pulut Kuning Lagi

Dah jadi gian guna microwave.....kak rus buat pulut kuning pula.....alahai memang lembut jadinya pulut tersebut.Pulut tu kak rus hidangkan dengan kari ayam kerisik.....alahai tak puas-puas kak rus menjamu selera.



Resepinya....paling mudah.
2 cwn beras pulut direndam dalam air + sedikit kunyit + sekeping asam gelugor.
Rendam selama 2 jam.

2 cwn air
1 cwn santan pekat
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak masak

1.Pulut yang jadi kuning tu ditos dan dibilas, dimasukkan ke dalam mangkok dan campurkan dengan 2 cwn air.

2.Masukkan ke dalam microwave dan setkan 10 minit.

3.Keluarkan pulut ,gaul-gaulkan kemudian campurkan sebatian ( santan + garam + gula +minyak masak),gaulkan sebati dan masukkan semula ke dalam microwave dan set lagi 8-9 minit.

4.Keluarkan pulut dan kacau sebati dan tutup sebentar permukaan mangkok tu dengan plastik atau penutup......dah boleh dihidangkan.




Assalamualaikum ...dan Terima Kasih Semua.....


Saturday, 2-Feb-2013 11:50 Email | Share | | Bookmark
Masak-Masak Dan Makan

Sudah seminggu berlalu.....alahai.......dah masuk bulan Februari.....sekejap saja dah nak Raya Cina.Tentu sibuk mereka sekarang menyediakan kuih raya untuk dihidangkan pada hari raya nanti.
Kita yang tak menyambut raya pun sibuk dengan masakan untuk hidangan harian....dan satu yang kak rus perasan semua seronok memilih buah limau untuk dinikmati seisi keluarga.Kak rus pun sama....suka sangat dengan buah limau Lokam yang juicy dan manis......beli di musim Perayaan Tahun Baru Cina.
Ini hidangan utama semalam......cepat dan mudah......Lemak Udang bersama Buncis.



Kak rus buat kek hawflakes lagi sebab ada lebihan dari buat Kek Kukus Masam Manis....tapi kali ni kak rus bakar.Nak bagi kelainan kak rus masukkan sedikit pewarna merah........tapi rasanya sedap lagi yang kukus hari tu...



Petangnya Kak Nab singgah ke rumah kak rus pasal nak bagi kuih ni....Kuih Beka....Kak Nab beli kat Tanjung Dawai....Terima Kasih Kak Nab.Kak rus bekalkan Mee Rebus kepada Kak Nab sebagai balasan......tapi gambar mee tu tak sempat pula kak rus ambil.....alahai.....



Pagi semalam....gelap buta kak rus mengadun kuih ni....Kuih Apam Butter pasal kena perap 3 jam.Kak rus buat untuk buah tangan kepada Puan Zauyah yang buat kenduri akikah cucunya di Padang Temusu.



Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B) 3/4 cawan gula pasir
4 biji telur
*3 cawan tepung gandum
*1/2 sdt soda bikarbonat
*2 sdt baking powder
(*diayak bersama)
400 ml susu cair
1 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.Perapkan 3 jam.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh ....3/4 acuan sahaja.....bila bubuh penuh jadi tembam pula.

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, keluarkan dan boleh dihidangkan....nak sedap lagi boleh dihidangkan dengan kelapa parut putih campurkan sedikit garam.





Assalamualikum dan Terima Kasih Semua


Saturday, 26-Jan-2013 14:27 Email | Share | | Bookmark
Dah Tiga Kali Kukus Pulut.....

Dua minggu sudah kak rus buat serunding ikan.Kali ini kak rus buat serunding menggunakan ikan parang....mmmmmm....memang puas hati sangat dengan serunding kali ini sebab isi ikan untuk serunding tersebut tidak bergulung.Kak rus pernah sekali buat serunding menggunakan ikan kembung tapi serundingnya nampak bergulung sikit.
Bila dah ada serunding ikan yang sedap ni....apalagi.....dah tiga kali kak rus mengukus pulut.Dua kali kak rus kukus macam biasa secara manual maknanya pulut tu kena direndam semalamam.Kali ketiga pula kak rus masak pulut tu menggunakan microwave.....wow....pulutnya jadi cantik dan lembut sangat dan pulutnya pun tak perlu direndam terlebih dahulu..........kalau macam ni lain kali kalau kak rus masak pulut, guna microwave saja.....puas hati betul.



Resepinya ambil dari majalah Wanita tahun 80an
1 ekor ikan parang - agak-agak 1 kg
1/2 kg santan pekat
16 tangkai cili kering digunting,basuh dan rendam air panas*
3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 ruas ibu jari halia*
1 ruas ibu jari kunyit hidup*
1 ruas ibu jari lengkuas*
5 batang serai dihiris*
secukupnya garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk tumisan
1 keping asam gelugur
1 kiub perasa ikan bilis
1.Ikan direbus,disejukkan ,disiat-siatkan isinya dan dibuang tulang.
2.Air rebusan ikan digunakan untuk mengisar bahan-bahan bertanda* hingga halus.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak lalu masukkan isi ikan,santan,garam,asam keping,kiub ikan bilis,gula dan garam.
4.Kacaulah bahan ini sehingga kering menjadi serunding....tapi jaga jangan sampai hangit.






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


Wednesday, 23-Jan-2013 14:33 Email | Share | | Bookmark
Ada Asam Hawflakes......

Sudah berbulan lamanya kak rus dok simpan asam hawflakes tu......Kak rus beli sebab nak buat Kek Lapis Hawflakes tapi apa sebabnya masih tak buat-buat.Kak rus rasa kek tu tak dibuat mungkin kerana rasanya yang teramat manis kot......nak buat dengan tak mau buat jadi sama banyak.Bila tekan kek asam hawflakes di keyboard terpapar lebih banyak gambar-gambar kek lapisnya dan ada satu kek tak berlapis.......dan ingin sekali kak rus nak mencubanya.
Rupanya kek ni dari rumah Azlita....alahai Terima Kasih Azlita...memang sedap sangat kek ni.....tapi kak rus tak ikut 100% resepi kek tu....kak rus kurangkan sikit penggunaan butter dan gulanya.



Ini resepi asalnya.......TQ Azlita Aziz - Masam Manis.
KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek dimasak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum dipotong dan dihidangkan.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


Monday, 21-Jan-2013 21:26 Email | Share | | Bookmark
Lamanya Tak Jengok.....

Lama sungguh kak rus tak jenguk n3....alahai....malas betul.Masak dah macam-macam masak.....tapi nak ambil gambarnya bukan main malas lagi....alahai.......
Buat kerabu ni entah bila....tapi memang sedap pasal kak rus boh kelapa lebih .Makan dengan nasi panas-panas dan cuma dengan ayam goreng salut tepung sahaja.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net