Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Dec-2012 20:00 Email | Share | | Bookmark
Petola Ular - Nak Masak Apa Yaa........?

Bulan sudah semasa di Penang....suami kak rus bawa untuk makan tengahari di sebuah restoran nasi kandar kat Queen Street....Nasi Kandar Hussein....alahai ramainya pelanggan kat kedai mamak ni.Gulai ayamnya memang sedap menjilat jari....dan mesti ada satu jag Kuah Rasam.Suami kak rus minta sayur bayam goreng tapi tak ada pula sayur tu ....dah habis...yang ada cuma sayur petola ular.....hentamlah petola ular pun tak mengapa asal ada sayur.Kak rus tak pernah pekena sayur petola ular ni tapi bila dicuba sedap juga.
Minggu sudah bila ternampak petola ular ni kak rus terus beli....nak masak apa belum tentu lagi......

Inilah hidangan sayur petola ular tu....kak rus buat masak cabai dengan udang kering....kemudian sebelum tutup api masukkan sebiji telur dan godak....sedap juga.Kak rus guna cili hidup campur sedikit cabai burung dan udang kering diblend dengan bawang merah dan bawang putih juga sedikit kunyit hidup.





Assalamualaikum dan.....Terima Kasih Semua.....


Saturday, 15-Dec-2012 19:01 Email | Share | | Bookmark
Kuih Kosui Berperisa Kopi

Dua hari balik dari Guangzhou kak rus ke rumah Puan Fatahiyah kerana ada sedikit jamuan makan-makan katanya.Jemputan dibuat atas bas rombongan semasa perjalanan balik dari KL ke SP.Ingat hati boleh ke kak rus ke rumahnya memandangkan seluruh badan dan anggota badan menjadi lenguh dan sengal-sengal....tapi apapun takkan nak pergi dengan tangan kosong.Kak rus dah berkira-kira nak buat kuih kosui ni....ada perisa kopi dengan menambahkan sedikit Nescafe ke dalam air gula merah yang direbus....resepi siapa ya.......cantik dan elok gedik kuih ni.....Terima Kasih yang teramat sangat kerana kak rus suka sangat kuih ni.

Bila ambil gambar kuih tu yang dah dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas nampak terlalu amat terang....bila kak rus editkan dah nampak gini pulak....hentamlah.



Resepinya
1 cwn gula
1 cwn gula merah
4 cwn air
1 cwn santan pekat
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sb air kapur
1 sb serbuk Nescafe
Daun pandan
Loyang disapu minyak
Kelapa parut yang putih digaul sedikit garam

1.Masak gula dengan 2 cwn air hingga larut bersama daun pandan kemudian tambahkan Nescafe dan kacau sebati.

2.Ayak semua tepung kemudian diblend dengan semua bahan yang dah disediakan tadi termasuk lebihan 2 cwn air lagi dan 1 cwn santan.

3.Tapis bancuhan ke dalam periuk dan dikacau atas api hingga naik wap kemudian tuangkan ke dalam loyang untuk dikukus selama lebih kurang 45 minit.

4.Pengukus kena dipanaskan terlebih dahulu.....bila dah masak biarkan sejuk baru dipotong dan digaul dengan kelapa.





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua......


Wednesday, 12-Dec-2012 13:06 Email | Share | | Bookmark
Hari Terakhir di Guangzhou

3.12.12 adalah hari terakhir kami di Guangzhou.......selepas bersarapan di bilik kami menurunkan semua bagasi untuk dimasukkan ke dalam perut bas kemudian kami ke kedai permata lagi.Bos kedai ini pandai berbahasa Indonesia rupanya .....berjam-jam juga separuh daripada ahli rombongan di sini.



Kemudian kami dibawa melawat ke Masjid Saad Abi Waqas di mana terletaknya makam beliau.Saad Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.....dan selepas makan tengahari kami dibawa pula ke One Link Plaza....sebuah komplek beli-belah yang amat banyak barang-barang....semuanya memikat hati kak rus tapi apakan daya....masa di sini tak lama diperuntukkan kerana selepas ni kami akan dibawa ke sebuah lagi plaza beli belah iaitu ke Baiyun World Leather Trading Center....alahai banyaknya beg tangan yang cantik-cantik....Rasa kak rus sepatutnya kena berada di dua shopping complex ini lebih lama daripada dok berjam-jam kat kedai emas dan permata pagi tadi....alahai rugi rasanya sebab kejap lagi pukul 5.00 petang dah nak pi makan malam pula.....makan malam terakhir di Guangzhou....sebelum makan malam lagi atas kapal terbang nanti pada pukul 10.00 mlm.






Sepatutnya di Lapangan Terbang Guangzhou bukan di Lapangan Guangzhou.....



Kami berlepas dari Guangzhou pada pukul 9.30 malam dan sampai ke KL lebih kurang pukul 1.00 pagi.Menyesal pula kak rus tak ambil banyak gambar semasa di One Link Plaza dan Baiyun World Leather Trading Center.Kak rus pun hairan mengapa kak rus tak ambil gambar yaaa........?




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


Sunday, 9-Dec-2012 10:30 Email | Share | | Bookmark
Baru Ronda di Guangzhou

 
 
 
View all 4 photos...
Sarapan pagi cuma di bilik......kak rus makan bubur cendawan Knor yang dibawa dari Malaysia.Puan Aziyah.....teman sebilik kak rus pekena mee Cintan bawa dari Malaysia juga.....sepatutnya kalau datang ke China kena bawa bekal hanya untuk sarapan pagi sebab menginap di hotel yang rasanya tak menghidangkan makanan halal.....roti pun terasa was-was nak jamah.Hidangan makan tengahari dan malam tak perlu nak ragu-ragu kerana memang kami dibawa untuk itu di restoran halal....Insyaallah...
Selesai sarapan di Hotel Sherwood,kami dibawa ke Mesjid Guang Ta & Hai Sheng.....selepas ke mesjid kami ronda-ronda dulu di sepanjang jalan kerana terdapat banyak kedai-kedai Muslim dan halal di situ.......perjalanan menaiki bas tadi agak lambat sedikit sebab hujan.....menggigil jadinya sebab sejuk sangat.




Kemudian ke sebuah restoran halal untuk makan tengahari....wah cantiknya restoran di Guangzhou ni....kerusinya baldu berwarna cokelat bertatahkan batu berkilauan...Restoran Bukhara.Sebelum masuk ke restoran kami bertembung dengan ramai orang-orang kulit hitam....hai tak sangka sungguh ramai pak hitam di sini...tak kira lelaki atau perempuan.Selepas selesai makan tengahari dan bersembahyang kami dibawa ke mana ya.......ke Beijing Road......Ya Allah ......ramainya manusia....tak pernah lihat manusia seramai ni.....lama juga kami di sini.Terasa hati kak rus nak cari blouse dua atau tiga helai tapi bila pusing pi dan pusing mai tak nampak pun blouse, yang nampak hanyalah pakaian musim sejuk.Pi redah masuk ke supermarket pun sama,semuanya pakaian musim sejuk.



Selepas makan malam di restoran yang sama ,kami di bawa ke jeti menaiki cruise,pusing-pusing dan ronda-ronda, menikmati keindahan pemandangan waktu malam di Sungai Pearl........wau cantik menggoda......sejuknya bukan main lagi.





Kemudian balik ke hotel untuk hilangkan rasa letih dan lenguh-lenguh badan....teman sebilik bagi tahu esok paginya yang kak rus berdengkur sakan semasa tidur malam semalam.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih semua


Friday, 7-Dec-2012 17:27 Email | Share | | Bookmark
Shenzhen ke Guangzhou

 
 
 
View all 4 photos...
Kami serombongan check out dari Hotel FX menuju ke kedai batu permata jade kemudian ke Luo Ho shopping Mall dan seterusnya ke sebuah restoran untuk makan tengahari dan bersembahyang.
Selesai bersembahyang kami sekali lagi berpatah balik ke Our World Park yang terletak bersebelahan dengan Taman Budaya China.









Seterusnya selepas makan malam kami menaiki bas lagi untuk ke Hotel Sherwood di Guangzhou pula.



Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net