Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Dec-2012 12:30 Email | Share | | Bookmark
Macau,Zhuhai,Shenzhen dan Guangzhou.........

Sebenarnya kak rus baru balik dari Guangzhou semalam....alahai penat betul tapi memang berpuas hati.Kak rus nak rakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan lama dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre kerana tak melupakan kak rus bila mereka nak ke Guangzhou.....terutamanya Puan Shanti yang mula menguar-uarkan berita tentang lawatan tersebut.....tidak lupa kepada kawan-kawan yang lain terutamanya Puan Fazillah,Cik Ayurna,Puan Zoaini dan ramai lagi.

29.11.2012 kami serombongan berlepas dari KL pada pukul 1.00 tgh dan selamat mendarat di Macau pada pukul 4.30 ptg.........Ya Allah ramainya manusia semasa di pejabat immigration Macau dan juga China....kena melalui 2 pejabat immigration dah macam nak gila jadinya melihatkan ramainya manusia yang nak masuk ke China samada pelancong atau pekerja yang bekerja di Macau.......tapi pegawai-pegawai yang bertugas di situ amat pantas bekerja....walaupun cepat mereka begitu teliti.



Kami naik bas ke Zhuhai dan menikmati dahulu makan malam sebelum check in ke hotel.Kami serombongan menikmati makan malam di sebuah restoran halal....mmmmmm.......hidangannya sampai 9 jenis masakan....semuanya hidangan gorengan..........sambil menyaksikan persembahan nyanyian dan tarian.





Selepas makan malam terus ke hotel.....nyenyaknya tidur pasal letih sangat dan suhu persekitaran yang amat sejuk tapi tak daklah pula sampai bersalji......

Pagi esoknya selepas sarapan........makan telur rebus dan keledek ungu rebus sahaja dengan bekalan roti Gardenia + mayonis + timun yang kak rus bawa dari Malaysia.....kami melawat ke sebuah kedai ubatan herba.....di Shenzhen dan ke kedai Bamboo charcoal.



Sebelum makan tengahari di restoran yang sama dan bersembahyang di surau bersebelahannya kami ke kedai kain sutera , kedai
kain cadar dan alas meja (dan lain-lain hiasan dalaman rumah)......apakenama plaza kak rus dah tak ingat....alahai pasal teruja sangat-sangat.

Selepas makan tengahari kami ke Taman Budaya China menyaksikan pelbagai gerai sambil menaiki keretapi dan paling menakjubkan ialah semasa menonton persembahan kebudayaan mereka....aduh sungguh hebat....tak pernah lagi menyaksikan pertunjukan yang sebegini mempesonakan.Keadaan panggung yang sungguh mewah,hiasan pentas yang cantik dengan lampu-lampu bergemerlapan.......puas hati sungguh menonton persembahan ini.
Gambar berdua tu adalah gambar kak rus bersama teman sebilik....Puan Aziyah.


.

Selesai pertunjukan kami ke gerai cenderamata untuk membeli ole-ole dan buah tangan kemudiannya ke restoran muslim untuk makan malam......seterusnya ke Dongmen untuk beli-belah waktu malam........kemudian balik tidur di hotel kerana besoknya selepas melawat ke Taman Our World,kami akan berangkat ke Guangzhou untuk 2 malam lagi.







Akan bersambung.......

Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua.........


Sunday, 25-Nov-2012 21:04 Email | Share | | Bookmark
Baru Buat Tiga Pusingan

 
Kak rus baru nak masuk pusingan ketiga berjogging di Taman Jubli.......telefon berdering....berdering di dalam kocek....alahai Kak Nab rupanya.....Terus berlari menuju ke hadapan taman di tepi jalan.Kak Nab bersama Datin............... mengajak kak rus ke Pasar Ikan Taman Sejati.Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang,kak rus memang dah lama tak ke pasar tersebut.
Ternampak ketam kat satu gerai.....terus memilih ketam yang memang segar (tak macam ketam di Econsave atau Tesco).....bila tanya harga berapa sekilo....alahai sampai RM26.00 sekilo.....dah pun pilih apa lagi timbang sajalah.....terasa dalam hati awatlah mahal sangat niiiiiii........hentamlah labu...... memang dah lama kak rus tak makan ketam kerana berpantang tempoh hari.
Lepas ke pasar tersebut rasanya kak rus nak pi cari nanas kat Pasar Tani pula....tapi Kak Nab pusing pi Padang Temusu ke sebuah kedai menjual pokok-pokok bunga......dah berkenan pula kat satu pokok......beli pokok pula......bila sampai kat Masjid Muzaffar tempat kak rus parked kereta....alahai dah rasa macam lambat pula jadi terpaksa membatalkan hasrat nak ke Pasar Tani.
Hajat hati nak buat gulai ketam dengan nanas tak tercapai .....tapi baru teringat kak rus ada membeli buah peria dua hari lepas.......maka jawapannya makan nasi dengan Gulai Ketam dan Perialah hari ni.....alahai sedapnya pasal lama benar kak rus tak pekena gulai ketam niiiii......




Gulai Ketam dan Peria ni kak rus buat macam nak buat gulai ayam atau daging....maknanya menggunakan rempah kari daging.Dulu kak rus selalu menggunakan serbuk kari Alagapa atau Babas.....tapi sekarang dah tukar dan akan terus menggunakan apa juga serbuk kari dari jenama Faiza.
Untuk hindarkan rasa pahit peria tu,kak rus rendam sekejap ke dalam air yang dicampur sedikit garam



Assalamualaikum......dan Terima Kasih semua.....


Monday, 19-Nov-2012 20:30 Email | Share | | Bookmark
Pahit-pahit Kerabu Bunga Betik

 
Kak rus ke Pasar Isnin tadi selepas selesai 7 pusingan buat morning walk kat Taman Jubli.Alahai penatnya tapi yang pasti banyak peluh yang dah keluar.....syukur sebab azam di tahun baru Hijrah di bulan Muharram ini tercapai juga.......dah lima hari dah aktiviti dimulakan.Sebelum keluar sendirian ke Taman Jubli kak rus bersarapan ringan dahulu.....sambil menuju ke kereta kak rus menekan switch mesin basuh......sampai ke taman kak rus parkedkan kereta kat perkarangan Masjid Muzaffar.Buat regangan dahulu kemudian mulakan perjalanan.........Hari pertama hingga keempat suami kak rus suruh bawa hpnya yang ada rekod bilangan penapakan....barulah dapat tahu berapa dah bilangan menapak......kak rus rasa teruja hinggakan setiap kali selesai 1 pusingan mesti nak tengok hp.....heheheheeeee........8000 lebih langkahnya.

Hari ke-5 dah malas kak rus nak bawa hp tu......mana taknya kedua-dua belah kocek kak rus ada hp dan ditambah pula dengan kunci kereta....rasa pelik berbonjol di kiri kanan paha......tapi yang pastinya kak rus tak lupa membawa alat mengira untuk kak rus berzikir sepanjang 7 pusingan tu......syukur alhamdulillah.Kak rus buat morning walk tu dalam masa 1 jam 15 minit......kena balik rumah sebelum 9.30 pagi pasal sebelum nak tonton drama Korea ulangan semalam (sekarang dah tak nonton lewat malam.....kak rus tidur awal) kak rus dah berazam tidak akan meninggalkan sembahyang sunat Dhuha yang didahulukan dengan sembahyang sunat Wuduk.

Di Pasar Isnin.....belilah apa yang perlu......kak rus beli ikan gelama,ikan nyok-nyok dan sotong....lama betul tak makan seafood , berpantang kerana ada temujanji dengan HKL minggu sudah.Pusing pi,pusing mai ternampak bunga betik jantan kat satu gerai....terus beli....dan dalam hati dah berkira satgi boleh buat kerabu bunga betik kalau rajinlah, kalau malas makan saja mentah dengan sambal belacan........pasti sedap kan.....? tapi yang pastinya bunga betik ni rasanya pahit.....baik untuk diabetes.




Kerabu macam buat kerabu-kerabu yang lain bagi orang utara mesti ada sambal belacan ditumbuk dengan sedikit halia,kerisik,serbuk beras disangai,asam limau,gula,garam,santan pekat,hirisan bawang besar dan direncah dengan perut rebus/udang/kerang.......kak rus guna sotong.Rebuskan dahulu bunga betik tu dengan air bercampur sedikit garam........pasti rasa pahitnya akan hilang.....tapi kak rus suka pula rasa pahit bunga betik jantan ni.....barulah namanya Kerabu Bunga Betik.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


Tuesday, 13-Nov-2012 20:40 Email | Share | | Bookmark
Hadiah yang Kena Baca

Kak rus mendapat beberapa buah buku sebagai hadiah ulangtahun daripada anak kak rus.........alahai kena baca setiap hari supaya terus seronok menikmati isi kandungan buku-buku tersebut.Pertamanya kak rus mendapat 3 jilid buku kisah Nabi-nabi"Lore of Light".....seronok sungguh buku ni.....jilid 1 tak habis lagi.Kena bagi habis cepat sebab nak mula jilid 2 dan 3 pula.Sebuah lagi buku yang dihadiahkan oleh anak kak rus ialah buku "Doktor Umum".......walaupun dah ada versi Bahasa Inggeris "A Doctor In The House" anak kak rus nak hadiahkan juga buku versi Bahasa Melayu tu......apapun terima kasih anakandaku Raihana.Memang seronok sungguh Mama membaca kisah Nabi-nabi dari buku "Lore of Light" tu.



Kak rus petik satu kisah dari Lore of Light untuk dikongsi bersama dari muka surat 86 dan 87......Ini kisah Nabi Nuh A.S.

Now,when everybody was descending from the Ark,last of all came Nuh,his sons,his unmarried daughter,the dog and the ass.Nuh had promised this daughter to the first man who had asked for her hand in marriage.After him another had come,and Nuh forgot that he had already promised her to one man, and promised her to this second suitor as well.Eventually third one came and ask for her hand,and Nuh promised her to him as well.After the flood,when it was for the marriage,he learnt of his error,and grew confused - what should he do?He had only one daughter and she was now promised to three different men......

The angel Gabriel A.S. came to his aid:"Your Lord Almighty sends you His Salams and advises to take your one daughter and put her in a room with you donkey and your dog. Then,by the Grace of the Almighty,you will see His power." Nuh acted upon the angel's advice and shut the three into a room. When next he opened the door,what did he see? Three identical maidens,his own daughter three-fold! He married them in succession to the three men he had promised his daughter too,and they went off to their married homes.Some time later Nuh went to visit all three of them,to see how they were getting on. The first one greeted him with respect and courtesy,served him some sweets and honoured him as her father and guest. Nuh then knew that was his own natural daughter. Next he went to the house of another one,and he found there a woman who looked like his daughter,but who had no manners at all. She did not recognize him as her father and treated him roughly and would have kicked him, had he not quickly moved on. He understood that this one was the donkey. Last he went to the house of the third woman who looked like his daughter, and this one did not even know how to speak, whenever she opened her mouth it was to bark or snarl. Nuh knew that this must be the dog-woman. But they all retained their human form and continued to live after the human
fashion. This is why it is said that there are three kinds of women,some are like dogs, others like donkeys, and others like the daughters of Eve.....

Banyak lagi kisah-kisah asal- usul dari buku Lore of Light ni.....kak rus tak habis lagi baca jilid 1.....ada lagi 2 jilid menunggu dan buku tebal Doktor Umum tuuuuuuuu......

Lama kak rus cari lagu ini nyanyian Rehan Musa....bila jumpa tak ada pula gambar cuma ada lagu....apapun memang kak rus suka sangat lagu ini......penyanyi asalnya ialah Mus Mulyadi tapi lebih suka bila Rehan yang menyanyikannya.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


Thursday, 1-Nov-2012 20:11 Email | Share | | Bookmark
Semalam Berlalu Esok Menanti

Bukan semalam lagi dah tapi bermalam-malam dan berhari-hari.....masa berlalu dan pastinya esok dinanti.Apa akan terjadi semuanya menjadi ketentuan daripada Allah jua....cuma kita jangan mencari bahaya.Kak rus setiap hari berdoa......berdoa dan beristighfar supaya dilindungi,diberkati,dirahmati,diampuni dan entah apa-apa lagi....tapi malang memang tidak dapat dibau.Kadang-kadang dalam rumah pun akan ada berlaku kecelakaan....tapi syukur berkat doa-doa yang dibaca ....alhamdulilllah....hidup kita akan dilindungi dan diberkati Allah.....Insyaallah.
Bacalah doa walaupun dengan ungkapan Bismillahhirrahmanirrahim.......alahai apa kena kak rus ni.
Banyak daging korban diperolehi tahun ini daripada kawan-kawan dan handai taulan.....dan setiap hari lauk daging menjadi hidangan.Kak rus berpantang sebulan tak boleh makan seafood jadi rasa lega pasal ada banyak bekalan daging.Walaupun dah banyak daging kak rus makan seciput sahaja......takut nak makan daging banyak-banyak,protein tinggi malah kolestrol pun mahatinggi.Dua hari sudah.... kak rus buat pulut kuning memandangkan ada lebihan kari daging.



Semalam kak rus buat nasi impit kuah kacang tanpa bubuh udang kering memandangkan masih ada lagi sedikit nasi impit yang lebih tak direbus.



Pagi ni buat Bihun Goreng Lada....cuma bubuh daging dan sayuran.....masih ada kuih Gedung Cak pemberian kawan suami kak rus semasa mereka berjumpa di Tanjung Dawai semasa belayar naik bot menuju ke Pantai Merdeka.
Sedap juga Gedung Cak ni.....kuih campuran tepung pulut,kelapa dan air gula merah....dibalut dalam daun nipah kemudian dibakar.Kak rus hangatkan sebentar di dalam ketuhar....mmmmm memang sedap macam dodol berkelapa.



Gedung Cak

Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
5 cawan kelapa parut
2 cawan gula pasir/gula merah
Daun nipah

Cara membuat:

1. Gula merah dan gula pasir dimasak.
2. Tepung pulut digaul dengan kelapa parut dan masukkan air gula yang telah sejuk.
3. Daun nipah dibuang tulangnya dan dipotong serta dibentuk seperti yang dilihat dalam gambar.
4. Adunan disendukkan ke atas daun nipah dan dilipat.
5. Hujung daun nipah dikelat dengan bilah lidi yang telah dipotong.
6. Kiuh ini dibakar di atas api yang sederhana.

Nama lain untuk Gedung Cak:

Bengkang atap




Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net