Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 26-Oct-2012 09:48 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Korban buat semua.Malam semalam kak rus mencuba Bengkang Nestum....ingat-ingat hati boleh dihidangkan untuk breakfast bersama Mee Nipis Goreng pagi raya ni.Entah apa yang tak kena bengkang tu keras sangat sampai merekah di dalam acuan bila dah selesai masak.....tapi memang baunya harum mewangi.Bila dihidangkan kak rus ambil dan potong bahagian yang tak merekah dan kena ingat mesti dikurangkan tepung atau ditambahkan cecair bila nak buat pula nanti.Sebelum adun bengkang tu kak rus rebuskan nasi impit pasal esok kak rus nak buat Soto untuk hidangan hari raya.
Sebelum ke masjid untuk sembahyang Sunat Aidil Adha kak rus goreng mee nipis dahulu, rupanya tak sempat juga nak bersarapan sebelum bersembahyang.......suami kak rus dah kalut nak pi awal sebab katanya pasti lepas sembahyang dah sibuk nak buat korban dan nak bersembahyang Jumaat pula.Alahai....tahun ni lagi sekali kak rus dok di tengah-tengah dan di saf hadapan pasal masa sampai ke masjid kak rus orang pertama masuk masjid bahagian muslimat......syukur dapat bersembahyang berhadapan kipas angin.
Selesai bersembahyang dan mendengar khutbah,dah terasa lapar lah pula....nasib baik ada mee nipis yang kak rus goreng tadi....alhamdulillah....satgi nak buat Soto pula sebab kak rus dalam berpantang dalam tempoh sebulan tak boleh makan seafood....juadah yang ada seafood termasuk ikan tak kira ikan laut atau ikan sungai.... ikan segar atau ikan kering ......alahai memang teringin benar nak makan Laksa Johor.
Bila sampai ke rumah,kak rus bedal mee dulu.....aik....apasal mee nipis ni jadi tebal pula?Mee nipis segar ni kak rus beli dari Tesco.....kak rus menggorengnya dengan sedikit daging lembu dan tak bolehlah nak guna sos tiram,pasal berpantang...tapi apapun ok juga rasanya walaupun sedikit manis kerana menggunakan kicap Mudim yang dapat percuma......selalunya kak rus guna kicap Adabi....dulu-dulu dok guna kicap Kipas Udang tapi sekarang kak rus lebih gemar kicap Adabi lemak masin.

Bengkang Nestum yang agak keras texturenya....lain kali ingat kena kurangkan tepung sikit atau tambahkan cecair.



Resepi dari rumah Yatie Sinar Kehidupanku......Terima Kasih Yatie
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )

*2 cawan tepung gandum
*2 cawan santan
*1 cawan susu segar@ full cream
*5 biji telur (B) - cuci dulu
*3/4 cawan gula pasir
*3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu kecil garam halus
*2 sudu besar butter - dcairkn
bahan bertanda* dblend hingga sebati
1 1/2 cawan nestum original
1 sudu kecil esen vanilla-Yatie tambah
sedikit pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-cara

Panaskn oven 180'C
Satukn bahan yg dblend &masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakn hand whisk)
Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil...
Masukkan/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum diatasnya
Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru potong, ya...
Selamat mencuba . Bagi mendapatkan permukaan yg garing, guna api grill selama 5 minit atau sehingga perang permukaannya.



Mee Nipis Goreng yang menjadi tebal semasa nak makan


Soto yang agak manis sebab sambal kicapnya menggunakan kicap Mudim bukan kicap Adabi......alahai





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Sunday, 21-Oct-2012 20:09 Email | Share | | Bookmark
Nostalgia.....Roti Potong & Telur Masak Hancur

Pagi ni kak rus teringin pula nak buat Kacang Pool....Tapi batal sebab daging kisar terlupa nak dikeluarkan.Sebenarnya bukan terlupa tapi keinginan nak membuatnya terasa secara mendadak jadi kak rus buat Telur Masak Hancur sahaja.Sambil menjamah roti dengan telur tu kak rus teringat masa dulu-dulu di zaman persekolahan sekitar tahun 60an.....setiap malam Jumaat arwah ayah kak rus akan menjemput seorang Tok Guru datang ke rumah kak rus untuk mengajar mengaji kitab.Seingat kak rus Tok Guru tu namanya Tuan Haji Mustapha dari Padang Temusu dan pelajarnya adalah sekitar 20 orang penduduk kampung.Selesai mengajar Tok Guru akan dijamu makan........Tok Guru sahaja yang dijamu.....pelajar yang lain dah balik.
Kak rus masih ingat....kalau setiap malam Jumaat mak kak rus dah peringatkan kak rus untuk memasak Telur Masak Hancur ni...untuk dihidangkan dengan Roti Benggali potong dan secawan air kopi.Tok Guru Tuan Haji Mustapha akan menjamah hidangan ini sambil ditemani arwah ayah kak rus.Kalau ada rezeki lebih Tok Guru tu akan dihidangkan dengan Roti Canai atau Murtabak bersama kuah gulai dan bawang jeruk yang dibeli oleh ayah kak rus nun dari pekan sana.....dari Kedai Makan Majedia.
Alahai.......kenangan silam menghantui diri kak rus.Dulu-dulu telur tu kak rus masak dengan menumis dulu potongan bawang besar ke dalam majerin.Bila dah nampak layu bawang tu kak rus tuangkan campuran telur ayam +serbuk lada hitam + sedikit garam dan godak telur tu hingga masak.
Sekarang bawang besar dadu kak rus masak dengan sedikit mentega....bila kelihatan layu kak rus tuangkan campuran telur + serbuk lada hitam kasar dan halus + garam + sedikit susu cair.....sebelum diangkat kak rus masukkan sedikit keju Mozarella....alahai tentu tinggi kolestrolnya.






Assalamualaikum....dan terima Kasih Semua ..........


Wednesday, 17-Oct-2012 09:18 Email | Share | | Bookmark
Senaman Waitankung Pula

 
Sudah mencecah tiga kali kak rus ke Senaman Waitankung.....alahai setiap kali buat senaman Waitankung pasti esoknya lengoh dan sengal-sengal rasa badan.Senaman ini diadakan setiap hari Selasa....7.30 pagi di ruang legar kawasan Pejabat Kebajikan Masyarakat....senaman untuk geng-geng warga emas.Seronok juga bila setiap Selasa berjumpa kawan-kawan di sesi senaman Waitankung ni........
Selesai senaman kami dihidangkan breakfast dengan segelas air halia panas.Bila ada peserta senaman ni membawa juadah untuk dikongsi semasa breakfast...kak rus pun teringin bawa juadah juga pasal kalau tak bawa ke sini pasti tak habis kuih yang kak rus buat tu.Kak rus bawa Bengkang Ubi Kayu untuk kali pertama.....ada peserta lain bawa mee goreng dan petugas di Pusat Jagaan Orang-Orang Tua menyediakan air halia dan sedikit kuih-muih.
Instruktur senaman terdiri dari tiga orang.....pastinya keturunan Cina sebab senaman ini senaman yang diasaskan oleh orang Cina.Sebuah buku mengenai panduan Latihan Waitankung edisi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan telah diterjemahkan dari Bahasa Cina oleh Allahyarham Tuan Haji Ali Chang Chih-Tung......jadi syabas diucapkan kepada tiga orang instruktur kerana senaman dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Bengkang ubi kali ini kak rus bakar bagi lama sikit.....pasal suka makan keraknya.Texture ubinya agak halus pasal ubi tu dimesin dengan mesin penyagat kelapa kat kedai depan taman kak rus.....nak parut sendiri dah tak kuasa kak rus.Dulu-dulu kak rus guna blender saja....tapi bila guna blender kena masukkan air jadi nak proses ubi tu jadi lambat sedikit.



4 cawan parutan ubi kayu yg siap diperah-dari 1 kg ubi
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter lembut suhu bilik
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
sedikit pewarna kuning

1.Panaskan ketuhar dan lengserkan acuan 8x8 dgn butter cair/minyak masak
2.Pukul gula,butter dan telur sekadar sebati semuanya.
3.Masukkan parutan ubi,baking powder,vanilla,santan,susu cair,pewarna kuning dan garam...sebatikan
4.Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan minyak yang timbul di permukaan dan bakar selama 1 jam dgn api atas bawah.
5.Biar sejuk sebenar-benarnya sejuk baru elok bila dipotong.......mmmm sedap memang sedap




Asalamualaikum.........dan Terima Kasih Semua........


Friday, 12-Oct-2012 08:21 Email | Share | | Bookmark
Keracunan Makanan

 
Lama betul kak rus tak bersiaran.......alahai....semuanya pasal bahana keracunan makanan.Hari Jumaat dua minggu yang sudah kak rus membeli frozen kuih dari gerai sebelah surau....beli semasa balik dari ngaji kitab.Tiga hari selepas tu baru kak rus menggorengnya untuk minum petang.Menjelang tengah malam kak rus dah rasa lain macam....perut memulas-mulas bagai ombak mengganas di musim tengkujuh.
Bangun pagi besoknya apalagi....alahai....tak boleh bangun....siap dengan muntah lagi.....terpaksa ke klinik Dr.Cheng......kena inject sejarum.....haaaa baru lega.Empat hari selepas itu baru lega sepenuhnya.Kak rus dah rasa malas dah nak update entry.....hari ini jadi perkasa sikit.......dapatlah buat juadah ini....Bengkang Keledek dari rumah Yatie....Sinar Kehidupanku....sedap rasanya bengkang ini.Terima Kasih Yatie.



BAHAN-BAHAN
4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)-kak rus lecek 1 cwn shj -1 cwn lagi biar dadu

CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.





Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua


Sunday, 30-Sep-2012 18:32 Email | Share | | Bookmark
Baru Menjadi Dan Berpuas Hati

 
Minggu sudah kak rus menerai buat Cucur Jawa ....ikut resepi tersimpan dalam buku.Memang tak puas hati pasal keras kong.....alahai....siapa pun tak makan....kak rus lah dok bedal sorang-sorang.Akhir kalam kak rus buang saja......ingat hati beginilah caranya kalau nak belajar jadi sempurna resepi orang lama tu.Nak bagi jiran dan kawan-kawan tak sampai hati pasai kuih tu mangkag bebenar.
Search lagi resepi dan kak rus tertambat hati dengan resepi ini....kak rus rasa resepi ini dari rumah Hasue .......dia pun dah buat 2 kali......kak rus ambil resepinya yang kedua.Alahai..... Hasue....kak rus nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga....sedap sangat dan pastinya tak mangkaq....sampai petang pun dok lembut lagi.Rasanya kuih ni kena dibancuh dengan gula secukupnya....kalau tak cukup dia tak kerinting tepi.



Resepinya dari Rumah Hasue

250 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
100ml air panas + 225 ml air sejuk.
250 gm gula merah (kak rus guna 200 gm sahaja + 50 gm gula putih)
1/4 st garam

1.Gula merah dan gula putih dimasak dengan 100ml air ...kak rus bubuh 2 helai daun pandan dicarik-carik dan disimpul.Bila air gula mendidih dan gula larut tambahkan 225 ml air sejuk dan kacau bagi sebati.....biarkan sejuk suam-suam.

2.Sebatikan campuran tepung dengan garam dan tapiskankan air gula tadi ke dalamnya dan kacau sebati.......guna redai pembancuh.Kemudian bater ini ditapis ke dalam bekas bertutup dan biarkan semalamam.

3.Besok paginya kacaukan adunan tu sebati dan bolehlah menggorengkannya ke dalalm kuali kecil dengan minyak sebanyak 2/3 cawan.Kak rus guna kuali kecil yang kak rus buat apom lenggang hari tu.

4.Bila minyak panas,tuangkan sesenduk kecil bater ditengah-tengah kuali perlahan-lahan supaya dapat membentuk kuih yang bulat.

5.Biarkan masak tepi dan tengahnya kemudian barulah dialih...bila masak angkat dan toskan minyak kemudian letakkan dalam bekas yang dialas kertas tisu dapur.

6.Bolehlah dihidangkan dan mmmmmm sedap walaupun kak rus ni tak boleh makan manis.....kak rus makan juga.




Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua........


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net