Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  77  78  79  80  81  82  83  84  85  86  87  88  89  90  [91]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Dec-2007 16:20 Email | Share | | Bookmark
Mee Kari




Semalam cuti Hari Krismas.Yahoo...pagi kak rus buat nasi goreng kampung.Kelainannya kak rus masukkan gajus goreng yang suami kak rus beli semasa dia balik dari Kelantan.Yummy...memang sedap.Tengaharinya kak rus buat Mee Kari yang dah lama kak rus tak buat.Resepinya macam biasa cuma kak rus tambah sedikit sos ikan dan yg utamanya kak rus masukkan secawan ikan bilis yang dimesin ke dalam kuahnya.Ini rahsia kesedapan yang dikongsi bersama Pn.Hjh.Hafsah bt Lebai Hussein,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani.Terima kasih Ustazah Hafsah....memang sedap.





Minggu sudah selepas dua hari balik dari Kota Kuala Muda kak rus bersama teman-teman ke Tanjung Dawai pula.........Borong apa pula haaa...Apa lagi borong ikan kering,belacan,ikan bilis dan yang bestnya kak rus terjumpa dengan Keropok Tandop yang dah lama kak rus cari.Dua tahun yang lalu suami kak rus bawa balik keropok ini yang dihadiahkan oleh Wanita Tanjung Dawai.Disebabkan dipeket keropok ini tercetak pembuatnya di Tandop,Alor Setar,kak rus namakannya keropok Tandop.Kak rus mencarinya hingga ke Alor Setar tetapi tidak terjumpa.
Bila kak rus sampai di Kedai En Shafie(kedai tepi jalan)kak rus terus tanya tentang Keropok Tandop.Wow..wow En.Shafie pun tahu tentang keropok tersebut....malangnya keropok tandop dah habis.Tapi yang bestnya En Shafie datang sendiri menghantarkan keropok tersebut ke rumah kak rus. Keropok Tandop memang sedap dan texturenya memang halus tidak seperti keropok biasa.




[]
Quote:
Rinn : Waalaikumussalam rinn...Kak rus ucapkan terima kasih.Kak rus lebih rasa teruja kerana seperti rinn dan rakan-rakan lain diFP ni semuanya baik hati tidak kedekut ilmu dan rahsia alam masakan.Kadang-kadang kak rus pun terasa yang kita mungkin pernah bertembung.Di mana ya? Di Parkson ,di Giant,di Masjid Muzaffar,di Pejabat Zakat,di rumah kenduri,di Tessco atau di mana-mana di SP ni.Insyaallah kita pasti akan bersua juga...... Cuba rinn nyanyi lagu Ingin Bersua dendangan D.J.Dave...he..he..he....


[Mamaella : Sambal tumis telur dgn budu kalau pekena dgn nasi panas-panas lagi sedap.Mak mentua lalu pun tak sedar kan..kan..kan

Mamafami : Kak rus akan ke KL hari ini sampai 31 December.Kalau tau rumah mama boleh kak rus singgah.Mama tinggal kat mana?

Daalia : Insyaallah kan kak rus singgah ke fp Daalia yang meriah tu....kak rus suka sangat......

Ida isk : Kak rus rasa inilah kopok yang best yg kak rus pernah makan
rasanya lemak-lemak dan rangup dgn texturenya yang halus ...

Zira ; Duk Gurun ya...Nak pi Tanjung Dawai ka?Nak cari kopok Tandop?Zira pi kak gerai tepi-tepi jalan tu kat gerai En Shafiee.Insyallah ada.Kalau pi kat kedai 2 tingkat tu tak taulah...kak rus dah cari tang tu...tadak......cari jgn tak cari... [


Sunday, 23-Dec-2007 17:27 Email | Share | | Bookmark
Simpul Kasih

 


Sebelum hari raya kak rus bersama Datin,kak Nab dan Fuziah ke Kota Kuala Muda ke Bengkel Usahawan Wanita Tsunami (didirikan untuk petempatan dan pembangunan mangsa-mangsa tsunami).Kami berempat memborong kuih simpul kasih yang rasanya sungguh enak.Kak Rus nak ucapkan terima kasih banyak kpd Kak Pah dan pembantu-pembantunya dibengkel tersebut kerana ramah mesra melayan kami.Kak Pah bukan saja melayan kami dengan baik malah menunjuk cara membuat Simpul Kasih.Kalau rajin buatlah.Bahan-bahan yang diperlukan tak susah nak cari.Kak rus menggunakan serunding ikan bilis yang dibeli dari bengkel tersebut.Kak pah bagi tau simpul kasih sedap kalau intinya serunding ikan bilis.Sekian ....Selamat Mencuba....

SERUNDING IKAN BILIS
1/2 kg ikan bilis
375 ml pati santan
2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering direbus
3cm halia
3 btg serai
7 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKAN
Ikan bilis direndam dan kisar kasar
Tumiskan bahan kisar.Masukkan pati santan,asam gelugor,garam,gula dan
bilis kisar. Masak menggunakan api yang perlahan sehingga kering.





Quote:

Zanaz: kak rus pun x reti mulanya... tapi ikat je...jadi... try tengok pasti jadi...... ok:-D

Mamafami: mama tunggu nnt kak rus tulis resepinya tapi dalam internet ada resepinya.... alaf 21 ada resepinya tapi x tau la sedap ke x....


Thursday, 20-Dec-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Laksa Siam

 



Balik sembahyang aidil adha terus buat kuah laksa siam yang kak rus pernah buat ikut resepi Amy Beh.Kalau nak cuba ikutlah resepi ni...resepi ingat-ingat lupa.

Kuah Laksa Siam

1 kg ikan diproses utk nak buat kuah laksalah kan.
30 tangkai cili kering digunting dan direbus *
2 sudu besar udang kering direndam *
2 sudu besar biji ketumbar direndam *
4 biji bwg besar *
3 ulas bwg putih *
1 inci lengkuas dihiris nipis *
1-2 inci kunyit hidup *
sedikit belacan *
6 biji buah keras*
4 btg serai diketuk
10 helai daun limau purut
2 btg bunga kantan
2 sudu besar sos ikan
6 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit minyak utk tumisan
santan secukupnya kak rus guna santan kotak 250 ml cap ayam ktk hijau
air rebusan ikan


Cara membuatnya
1.Mesin semua bahan bertanda* tumis engan sedikit minyak
2.Bila harum dan naik minyak masukkan air rebusan ikan,isi ikan, santan, asam ,
keping,daun limau purut,sos ikan,garam,bunga kantan yg dibelah 4.
3.Bila masak hidangkan dgn laksa dan dihias dengan ulam-ulaman laksa spt
timun,bawang besar,cili,cili api,telur dan daun ulam pilihan.




Quote:
Nur: Kalau sedap cubalah....Kalau sudi jemputlah ke rumah.Laksa dok ada lagi..

Hanieliza:Terima kasih kerana lawati fp kak rus yg tak seberapa.Maklumlah baru merangkak.Laksa siam memang sedap....cubalah.Kalau lieza buat lagilah sedap...

Jeff : Thank Q......

Masriyah : Thank Q.Boleh cuba ...memang sedap

Roy : Thank Q. Memang sedap,ada kelainan.Roy kena cuba

Ana : Assalmkm Ana...Memang laksanya kecil dan comel..sebab tu panggil laksa Siam.Kak rus beli dari makcik Siam Mak Mah di Pasar Tani SP.Rasanya memang lemak macam laksa johor tapi kak rus taklah buat lemak sangat...takut pening he..he..

zanaz: laksa siam mmg sedap.. kak rus guna laksa yang halus.. fresh kak rus beli dari pasar tani sp..... Zanaz boleh cuba laksa kering yang halus bukan bihun....ok.. selamat mencuba...


Thursday, 20-Dec-2007 09:39 Email | Share | | Bookmark
Ketupat

 


Hari ini Hari Raya Korban.Hari ini juga kak rus buka fp kak rus sendiri dengan bantuan anak dara kak rus yang bercuti.Kak rus ucapkan terima kasih banyak kpd Mamafami kerana dengan saranannya menyuruh kak rus buka fp.Ni yang kak rus buka ni.

Kak rus buat ketupat pulut semalam.Balut sorang-sorang.Anak -anak suka ketupat kacang.Tak sempat buat serunding yang selalu kak rus buat sebab semalam sampai petang baru balik dari offfice. Kak rus hidangkan dengan kari ayam.





Quote:
MamaFami : Kak rus nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kpd mama kerana
beri dorongan utk buka fp tapi .TK . I luv You......and I luv Your FP very
much.....


[<<  <  77  78  79  80  81  82  83  84  85  86  87  88  89  90  [91]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net