Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Dec-2007 11:00 Email | Share | Bookmark
Laksa Siam

 



Balik sembahyang aidil adha terus buat kuah laksa siam yang kak rus pernah buat ikut resepi Amy Beh.Kalau nak cuba ikutlah resepi ni...resepi ingat-ingat lupa.

Kuah Laksa Siam

1 kg ikan diproses utk nak buat kuah laksalah kan.
30 tangkai cili kering digunting dan direbus *
2 sudu besar udang kering direndam *
2 sudu besar biji ketumbar direndam *
4 biji bwg besar *
3 ulas bwg putih *
1 inci lengkuas dihiris nipis *
1-2 inci kunyit hidup *
sedikit belacan *
6 biji buah keras*
4 btg serai diketuk
10 helai daun limau purut
2 btg bunga kantan
2 sudu besar sos ikan
6 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit minyak utk tumisan
santan secukupnya kak rus guna santan kotak 250 ml cap ayam ktk hijau
air rebusan ikan


Cara membuatnya
1.Mesin semua bahan bertanda* tumis engan sedikit minyak
2.Bila harum dan naik minyak masukkan air rebusan ikan,isi ikan, santan, asam ,
keping,daun limau purut,sos ikan,garam,bunga kantan yg dibelah 4.
3.Bila masak hidangkan dgn laksa dan dihias dengan ulam-ulaman laksa spt
timun,bawang besar,cili,cili api,telur dan daun ulam pilihan.




Quote:
Nur: Kalau sedap cubalah....Kalau sudi jemputlah ke rumah.Laksa dok ada lagi..

Hanieliza:Terima kasih kerana lawati fp kak rus yg tak seberapa.Maklumlah baru merangkak.Laksa siam memang sedap....cubalah.Kalau lieza buat lagilah sedap...

Jeff : Thank Q......

Masriyah : Thank Q.Boleh cuba ...memang sedap

Roy : Thank Q. Memang sedap,ada kelainan.Roy kena cuba

Ana : Assalmkm Ana...Memang laksanya kecil dan comel..sebab tu panggil laksa Siam.Kak rus beli dari makcik Siam Mak Mah di Pasar Tani SP.Rasanya memang lemak macam laksa johor tapi kak rus taklah buat lemak sangat...takut pening he..he..

zanaz: laksa siam mmg sedap.. kak rus guna laksa yang halus.. fresh kak rus beli dari pasar tani sp..... Zanaz boleh cuba laksa kering yang halus bukan bihun....ok.. selamat mencuba...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net