Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Jan-2008 13:30 Email | Share | Bookmark
KACANG KUDA/CHICK PEA



Info : Kacang kuda merupakan bijirin yg membekalkan sumber zink,protein
dan folat.Kacang kuda juga memang kaya dengan fiber bagi mengawal
pemakanan selain membekalkan karbohidrat bagi pesakit yang bermasalah
dengan sensiviti insulin/diabetes.Kacang kuda juga didapati rendah lemak dan
sumber terbaik kalsium.Kandungan kalsium kacang kuda didapati sama banyak
dengan yogurt yang hampir menyamai susu.100gm kacang kuda rebus didapati
mengandungi 164 kalori,2.6gm lemak(hanya 0.27gm lemak tepu) 7.6gm serat
diet dan 8.9gm protein.



Kak rus ke pasar tani minggu lepas.Hajat hati nak cari jagung....nak cari jagung...
tapi jagung dah habis(gerai jagung dah tutup).Pusing pi.pusing mai kak rus ternampak
kacang kuda yg cantik dan mongel...terus beli.Pagi tadi barulah teringin nak rebus...
Tapi rasanya teringin pula nak makan kacang kuda pedas.Teringat masa dulu-dulu..
selalu beli kacang kuda dekat kawan yg jual kat sekolah.Inilah resipinya:

Kacang kuda pedas
200 gm kacang kuda direndam semalaman
2 tangkai daun kari
sedikit minyak masak
Bahan utk dikisar:
10 tangkai cili kering digunting dan direbus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit cuka/asam jawa/air asam limau
garam,gula dan serbuk perasa
Tak lupa kak rus masukkan sikit sos ikan

Cara membuatnya:
1.Rebus kacang ,masukkan sedikit garam (sampai empuk)
2.Tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak kemudian masukkan
bahan-bahan lain.
3.Masukkan kacang dan daun kari.
4.Sedia utk dihidang.....






KEK SUJI LEMON BERCHEESE

Lama kak rus nak buat kek suji ni...tapi tak dapat nak buat sebab cari tepung
suji tak jumpa.Bila hantar anak dara kak rus ke UITM Shah Alam,kak rus singgah
ke Tesco.Wow...terjumpalah tepung suji yang dicari-cari...apa lagi petang tadi kak rus
pun buatlah ikut resepi lama Alice Handy tapi diubah-ubah dan ditambah-tambah.

Resepinya....
100gm mentega
100gm majerin
50gm cream cheese
200gm gula caster
5 biji telur(asingkan 4 putihnya )
100gm tepung suji
100gm tepung gandum
1st baking powder
2 sudu besar susu tepung
1/2 biji lemon ambil jusnya
sedikit esen vanilla/lemon
sedikit badam flakes dan parutan kulit lemon utk hiasan atasnya

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega+majerin+cheese+gula +esen selama 3 minit.
2. Masukkan tepung suji pukul sebentar dan biarkan selama 3 jam.
3. Pukul putih telur dgn secamca gula (dari 200gm tadi)kak rus pukul dgn
tangan aje pakai pemukul dawai tu...
4. Selepas diperap adunan suji tadi pukul sekali lagi dan masukkan kuning
telur+sebiji telur satu persatu.
5. Ayak tepung+serbuk penaik kemudian dicampurkan tepung suji dan susu tepung.
6. Masukkan campuran tepung, sebatikan kemudian masukkan jus lemon.
7. Masukkan putih telur dan dikacau rata
8. Tuang ke dlm acuan( yang dilenserkan majerin dan ditaburkan sedikit tepung)
9. Taburkan badam flakes dan parutan kulit lemon
10.Bakar dgn suhu 180 darjah selama 1 jam.


SELAMAT MENCUBA........MEMANG LEMAK DAN SEDAP





Quote:

Daalia ~ Anak-anak kita amanah drpd Allah SWT utk kita bertanggungjawab
agar gemilang masa depan mereka...tak gitu Daalia.
Kacang kuda tu tak susah nak buat....susah lagi nak buat muffin peanut butter
tu....he..he...
Rinnchan ~ Sedar-sedar habis...kemudian pooot....pooot....pooot ..he...he...he...


Nur ~ Tak pernah pulak kak rus cuba kacang kuda rempah kari...ni resepi lagi baru
ni.TK Nur....

Mamafami ~ Mama cuba mesti ngancam.Buh pulak udang kering dlm cilinya..

Masriyah ~ You kena cuba wlp sekali dan kek suji tu mmg sedap..pasai apa tau..
pasai ada cheese.......

Zai ~ Alahai Zai..setakat nak rbus kacang kuda...apa pulak penyakit M nya.
Rebus aje.......

Mamaella ~ Bagi alamat mama...Nanti kak rus buat pos laju yg ekspresssss punya.
..he...he...he....

Mamasya ~ You kena try...tak syusyah.....

Maklang ~ Kacang kuda bukan saja sedap kerana lembut dan gebunya malah baik
utk kesihatan kita,terutamanya macam kak rus yg dah nak pencen ni....


Yana ~ TK Yana.....pelawa kak rus....memang yana rajin dan kreatif malah penyabar
menyiapkan sulaman manik dan labuci tu.....

Raihana ~ Alahai anak mama ni...kacau daun la...Minum air banyak-banyak dan
jaga kesihatan baik-baik...tu la...dok tingi-tinggi sangat.Apapun thank you
so much ...muah...muah...muah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net