Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jan-2008 14:31 Email | Share | Bookmark
Sarapan Pagi





Lama kak rus tak update fp.Awal-awal tahun ni memang banyak kerja yg kak rus kena siapkan.Mesyuarat ni boleh kata tiap-tiap hari kena buat dan kena hadir pula mesyuarat yg dibuat oleh kakitangan.Esok nak kena pi Putrajaya.ada mesyuarat pada 23.1.2008.Lupakan sebentar tentang mesyuarat.....kita sembang pasai sarapan pagi hari ni.......cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan Kedah yg ke 80...wow.Kak rus buat bubur nasi.Orang utara kata MOI.Beras direbus bersama hirisan halia dan garam.Kak rus masukkan sikit perasa ayam dan serbuk lada hitam.Memandangkan ada brokoli di dalam peti ais,kak rus dummmmmm masukkan brokoli tu.....nampaklah hijau-hijau sikit.Kak rus hidangkan dengan ikan kembung bilis digoreng garing bersama bawang dan cili kering....wow....sedap juga.Ada buah betik pemberian kak Putih yang kak rus lawatinya semalam.Terima kasih kak Putih...semoga cepat sembuh tangan yang patah tu.Kesian kak putih jatuh 3 hari yg lalu.
Kak Nab pula bagi cucur peneram.....hidang pi lah utk sarapan.....kalau tak hidang tak habis pula....TK kak Nab.
Kak rus juga buat sikit nasi goreng.....memandangkan ada nasi lebihan mlm semalam.Inilah resepi pilihan kegemaran kak rus kalau buat nasi goreng.Resepi tinggalan arwah mak kak rus....jadi kak rus namakan resepi ni sebagai:

NASI GORENG BONDA

4 cawan nasi
1 cawan ikan bilis
10 tangkai cili api hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit serbuk kunyit
kubis bulat dihiris kasar
2 biji telur
secukup minyak/majerin
garam
Sedikit sos ikan
beberapa biji cili api lagi diketuk-ketuk.
Daun bawang/daun ketumbar
Cara membuatnya:

1. Mesin cili api bersama 1/2 bwg besar ,halia dan bwg putih dgn sedikit air.
2. Tumis 1/2 bwg besar tadi bila agak kekuningan masukkan bahan mesin biar sebentar
dan masukkan ikan bilis yang dimesin berasingan. Biarkan naik minyak/garing sikit
dan masukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan cili api yg diketuk.
3. Masukan kubis,nasi....kacau sebati kemudian pecahkan telur.Biar sebentar baru
dialih-alihkan.Masukkan sedikit sos ikan.......goreng sampai wangi...kalau nak bagi
lemak lagi sikit kak rus masukkan sikit Dorina. Masukkan daun bawang/ketumbar.
Angkat dan boleh dihidangkan....ooi ....sedap




Quote:
Rinnchan~ Mmglah rinn....ummmmph dan kicknya yg buat tak boleh tinggal
cili api.....


Umi-Kal ~ TK auntie......peneram tu taklah berapa gebu sgt....kak rus suka
vg baru digoreng.....kena dgn air teh........

boxhousestudio ~ Dorina tu sepupu sepapat planta.........hehehe.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net