Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Feb-2008 15:52 Email | Share | Bookmark
Pau Daging

Pau Daging

Kak rus dah menyediakan inti daging untuk nak buat roti daging.....tapi tukar fikiran bila
kak rus buka fp Mamafami.Resepi roti daging jadi pau daging.Kak rus mencuba resepi
pau dari Puan Cheah jurujual Amway:

Pau.....apa-apa inti pun boleh

500 gm tepung pau /tepung gandum ,kak rus guna tepung pau Bluekey
260 ml air kelapa / jus pandan / air, kak rus guna air kelapa
2 sudu kecil yeast segera
50 gm shortening / minyak sayur /minyak masak,kak rus guna minyak masak Knife
125 gm gula kak rus guna 100 gm shj

Cara membuatnya
Didihkan air dalam kukusan
Adun semua bahan dgn mixer.Tutup dgn plastik mixer bowl berisi dough selama 30
minit.Ketul-ketulkan adunan seberat 50 gm.Leperkan dan masukkan inti.Lapikkan dgn
kertas,kak rus guna paper cup utk buat biskut...leperkan paper cup tersebut. Biar
sekejap baru dikukus.Bila masak lebih kurang 20 minit,tutupkan api dan biarkan
kukusan.Jangan buka penutupnya dulu,
. Selepas 5-10 minit baru boleh diangkat dan dihidangkan.Selamat Mencuba...





Laksa kedah


Untuk lunch kak rus buat laksa Kedah.Sedap dihidangkan bersama sambal kelapa dan
teh o ais.......mmmmmmmsedap.Cili api jgn lupa.

Sambal Nyiur/Kelapa

2 cawan kelapa parut yg putih dan lembut
2 biji cabai hidup
1 sudu besar udang kering direndam sebentar
4 ulas bawang kecil
garam dan gula secukup rasa
sedikit jus limau nipis/kasturi
Cara membuatnya:
Mesin cabai,udang kering dan bawang bagi halus .Masukkan kelapa dan
mesin lagi.Lastly masukkan gula,garam dan jus asam limau.Elok di mesin kering....
sambal ni boleh dikepal...sedap cecah dgn ulam cenehom,daun cekor dan juga
sedap digaul dgn buah belimbing buluh yg dihiris nipis utk buat kerabu.



Muffin


Kak rus selongkar peti ais terjumpa halwa strawberri dan buah peach.Halwa strawberri
adalah pemberian Shakirah kawan anak kak rus.Shakirah baru balik dari percutiannya ke Cameron Highland bersama keluarga....Thank Q Shakirah.Bila membelek-belek buku resepi muffin,resepi ini tercipta :

Muffin Halwa Strawberri dan buah Peach

2 1/2 cawan tepung naik sendiri 375 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula 220 gm
1 cawan halwa strawberri didadu
1 cawan buah peach tin didadu
1 cawan walnut cincang kasar
1/4 cawan cream / susu
1/2 cawan minyak /majerin/mentega cair
2 biji telur

Cara membuatnya
Panaskan ketuhar dan griskan acuan muffin
Campurkan tepung,gula,halwa strawberri,buah peach dan walnut.
Masukkan bahan-bahan lain.Jangan terlebih adun.Spoon mixture into prepared pan.Bake in moderately hot oven about 20 minutes.




[
Quote:
b]linda@anna [/b]~~ Terima kasih....cantiknya kek...tak de resepi utk dikongsi ke?

Lee Lin ~~ Sedap memang sedap...boleh ganti dgn prune or kurma or mangga kering
atau buah ara /buah tin ( buah berbiji-biji yg selalu dibawa balik dari Mekah)


amm ~ Thank Q....

Rani ~ Laksa dan pau juga menjadi kegemaean kak rus......


MadiHa ~ Thank Q...kena buatlah tu...baru meriah fp kita semua...

Mamafami ~ Pau ..ka..roti ...ka sama aja pakai yeast...tapi satu gelap...satu lagi
gebu...ikutkan dua2 mengenyangkan.Apa salahnya mama cuba pakai
air kelapa pula....kak rus pesan air kelapa kat mamak kedai...hehehe

Lieya Latif ~ Ayuh dtg ke Kedah makan laksa.....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net