Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Mar-2008 04:45 Email | Share | Bookmark
Gulai Lemak Tumis Darat



Kak rus sekeluarga memang suka dengan gulai lemak tumis darat.Selain rasanya yang enak,gulai lemak ini senang dibuat.Dulu-dulu arwah mak kak rus menggunakan rempah gulai lemak yang digiling sendiri.Kemudian disebabkan ada dalam pasaran rempah gulai lemak cap tarbus (peket berwarna kuning) mak kak rus berenti giling rempah kari. Selepas itu terdapat berbagai-bagai jenama rempah kari dan rempah gulai lemak dalam pasaran antaranya Adabi,Alagappa,Baba's dll..Buat masa ini kak rus dah tukar menggunakan rempah apa juga kari kepada jenama Rempah O-(keluaran Kak Olah dari Alor Star)Kalau nak mendapatkannya senang....boleh pi cari kat Tesco.Dijamin halal 100% pasal dia keluaran Bumiputera....sebab kak rus diberitahu yang rempah kari keluaran bukan bumiputera ni dibubuh macam-macam serbuk.Nak makan pun dah jadi was-was.
(Ni bukan nak promosi)
Kak rus dah buat bebagai-bagai kari lemak tumis darat antaranya ialah Gulai Lemak Nangka ,GulaI Lemak Labu,Gulai Lemak Buncis/kacang panjang,Gulai Lemak Ikan Kering dgn terung atau nanas,Gulai Lemak Kundur,Gulai Lemak Buah Gajus ,Gulai Lemak Kerang dgn keledek,Gulai Lemak Ketam dgn nanas/nangka (direbus dahulu), Gulai Lemak siput sedut dgn keladi/keledek, Gulai Lemak Pisang/betik dgn ikan bilis dan bermacam-macam lagi Gulai Lemak versi utara.....memang sedap.
Cara nak buatnya.....Mesin bawang merah dan bawang putih bersama sedikit halia.Rebus naik rempah kari gulai lemak dgn sedikit air dan bahan dimesin tadi.Masukkan bahan-bahan yang nak digulaikan....masukkan santan,garam asam keping dan bahan perasa yang lain.Bila dah masak tumis bawang putih,bawang merah,daun kari,halba campur /jintan manis dan cili kering yang digunting.... hingga keperangan dan wangi.Kemudian curahkan tumisan ini ke dlam kari tadi.....siap....tapi ingat lepas tumis, tutup periuk gulai tu....ini pesan mak kak rus.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net