Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Mar-2008 08:00 Email | Share | Bookmark
Bengkang susu

Bengkang susu


Semalam Mak Tuan Sharifah Asma jemput ke rumahnya makan-makan.Kak rus berenam
sampai lebih kurang pukul 1.00 setelah siap menyediakan lunch utk suami dan anak di rumah. Sebenarnya Mak Tuan berhajat nak belajar membuat kulit popia.Puan Hjh Saadah sudi untuk membuat tunjuk cara membuat kulit popia.Sebelum belajar kami dijamu dengan hidangan gado-gado,makaroni bakar,ketupat nasi ,roti palembang dan ketupat pulut,nasi tomato dgn ayam golek,dalca,masak kering merah ikan kering talang dan pencuci mulutnya ialah trifle nata di coco dan bengkang ubi kayu.Kak rus membawa bengkang susu. Nak tahu...Mak Tuan memang rajin dan pandai memasak malah selalu menjamu kami rakan-rakan karibnya untuk makan-makan. Kak rus anggap Mak Tuan bagai bonda kak rus....
Ini resepi Bengkang Susu yg kak rus perolehi drpd kawan baik kak rus Puan Zoaini bt Haron.Rasanya memang sedap dan ummmph....Nak cuba

Bengkang Susu
2 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam A
7 cawan susu segar/low fat
2 cawan gula........jgn penuh-penuh
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan minyak sapi utk dipanaskan pd acuan
2 helai daun pandan diikat
Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar,ayakkan tepung.....kot-kot ada allien
2. Adun tepung bersama 4 cawan susu,gula dan telur guna blender.
3. Tuang adunan ini ke dlm periuk dan tambah lagi 3 cawan susu selebihnya
tambahkan garam,daun pandan yg diikat dan vanilla.
4. Kacau atas api sebentar utk panaskan bater sampai nampak naik wap.
5. Sediakan loyang yg dipanaskan dgn meletakkan minyak sapi.
6. Tuang adunan ,keluarkan daun pandan dan bakar selama 1 setengah jam.
7.Sejukkan dan baru dipotong utk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA...........

Pemberian Mak Tuan


Pagi tadi semasa kak rus tengah menjemur kain,terdengar ada orang memberi salam.Rupa-rupanya Suti...pembantu rumah Mak Tuan....datang membawa Popia.
Semalam disebabkan adunan kulit popia kena dibiarkan lebih kurang 4 jam...jadi...belajar tak habislah..tapi Puan Saadah ada membawa bersama popia yg siap disediakan di rumahnya...wow...intinya best....Terima kasih Mak Tuan yang sudi menghantar ke rumah kak rus Popia,Roti Palembang dan Rendang Daging....mmmmm sedapnya.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net