Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Apr-2008 13:30 Email | Share | Bookmark
Bengkang Jagung

Bengkang jagung

Kak rus pergi mesyuarat hari tu...bila ntah...tak ingat dah.Pasal banyak sangat mesyuarat.
Yang kak rus ingat ialah hidangan utk jamuan tehnya. Hidangan pedasnya ialah popia goreng dan hidangan manisnya ialah Bengkang Jagung....punya sedap.Balik rumah kak rus mencari-cari resepi bingkang.Resepi bengkang jagung tak ada...jadi kena ubah suailah jawabnya.Dua minggu sudah kak rus buat Bengkang Gandum Bawang Tumis....Jadi resepi asas bengkang inilah yang kak rus guna.Bengkang ini tak perlu kacau atas api macam Bengkang Susu.Nak cuba ini resepinya:

Bengkang Jagung
2 cawan tepung gandum
6 biji telur
1 cawan gula
5 cawan santan (kak rus guna 1/2 kg santan + air pandan bagi jadi 5 cawan)
7 helai daun pandan dimesin ambil jusnya
1cawan jagung segar.
sedikit garam,pewarna hijau apple dan pewarna kuning telur.
2 sudu besar minyak sapi dipanaskan dlm loyang.
Cara membuatnya:Panaskan ketuhar
1. Pukul telur + gula. Kemudian campur tepung dan kacau.
2. Masukkan dlm blender campur santan + air pandan + garam.... dan pewarna
dan blendkan..
3. Campurkan jagung....jgn diblend ...kacau saja bagi sebati
4. Panaskan acuan atas dapur...masukkan minyak sapi dan ratakan.Tuang bater
bengkang...kemudian bakar dlm ketuhar sampai masak kurang lebih 1 jam.[/code]



Pasta


Bila kak rus ke Tesco terjumpa pasta penne yang macam tube tu.Balik rumah terus goreng....sedap juga,,,kak rus masukkan udang,kupang dan telur ....dan tak lupa kak rus masukkan lada hitam dan sedikit serbuk kayu manis...ok juga...mmmmmm



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net