Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-May-2008 03:37 Email | Share | Bookmark
Pulau Karimun

Hidangan di Pulau Karimun

Pada 28.4.2008 kak rus bersama 34 rakan MGB ke Pulau Karimun.Bertolak dari SP
pada pukul 10.30 pagi dan bermalam di Kondo Koperasi Polis di Melaka.Pada pukul 7.30 pagi besoknya kak rus beserta rombongan bertolak ke Jeti Kukup di Johor dan terus ke Pulau Karimun,Indonesia.Tambang pergi balik naik ferry ialah RM85.00.Pelayaran ke Pulau Karimun mengambil masa kurang lebih 1 jam.Sampai di sana di Tanjung Balai kami cuma berjalan kaki utk ke Hotel Holiday Karimun yg terletak bersebelahan dgn jetty.
Kak rus tak snap banyak gambar pemandangan di sana.Kak rus banyak mengambil gambar hidangan yang disajikan kepada kami semua.Selama 3 hari di sana kami dihidangkan dgn hidangan yg lebih kurang sama shj.Tiap-tiap hari ada hidangan siput belitung,kerang, udang,ikan dan sotong. Seumur hidup kak rus tak lah pernah makan siput belitung,jadi bila makan taklah banyak sangat menjamahnya.Masakannya pula masakan kampung,makan bersila terutamanya bila diraikan 2 kali di Pondok Otek.Antara gambar-gambar hidangan Karimun kak rus paparkan disini dan tak lupa minuman cendol yang dicampur dgn tapai ubi.Selalunya kalau cendol di SP dicampur pulut atau kacang merah or jagung.Sedap juga bila menjamah cendol dgn tapai ubi.



Malam kedua kami dibawa ke Dewan Sekolah utk makan malam dgn hidangan yang lebih kurang sama juga.....ada siput belitung,kerang dan udang.Tapi ...rupa-rupanya penduduk di Karimun dah biasa dgn catuan elektriksiti.Semasa makan malam lampu sekejap nyala sekejap padam...nasib baik dah disediakan lilin terlebih awal.Selesai makan malam kami dipersembahkan dgn acara nyanyian dan tarian yg sungguh menawan.Rupanya kebanyakan pegawai-pegawai tuan rumah yang mengiringi kami serombongan pandai menyanyi.Suara sedap-sedap belaka terutamanya Ibu Yanti yang serba boleh menjadi pengacara majlis pada malam tersebut.




Award daripada Nur
Terima kasih Nur yang telah sudi memberikan award kpd kak rus.


5 calon-calon lain yang terpilih utk bawa pulang award ini
1. Mamafami
2. Rani
3. Rinnchan
4. Hanieliza
5. Mamasya
Sudilah kiranya menerima award ini dan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU kepada semua pelawat fp kak rus yg tak seberapa ni.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net