Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-May-2008 10:05 Email | Share | Bookmark
Kuih Bunga Pudak


Sebelum pulang dari kursus,kak rus tercari-cari apa benda yang nak dibawa
balik.Di laman tengah di hadapan dewan berkursus ada gerai-gerai menjual
pokok-pokok herba dan ulam-ulaman,rempah ratus masakan,buah-buah
tempatan,kerepek dan kuih-muih.Kak rus tergoda dengan Kuih Bunga Pudak,
sejenis kuih tradisional negeri Kedah.Kak rus pernah makan dan cuba buat
kuih ini dulu....semasa demo mencuba kuih tradisional di pesta K3P di SP.
Kalau ingin mencubanya bolehlah guna resepi yang kak rus simpan ni.......


KUIH BUNGA PUDAK
Intinya:
1 biji kelapa parut yg putih
1 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit perasa ros
pewarna merah/kuning/hijau

Bahan utk kulitnya
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana.
Kacau sehinga kering.
2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam.
3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas.Ambil secamca adunan tepung
masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam
kuali.Ayak merata tepung dlm bentuk bulat.
4. Masukkan inti di tengahnya dan kemudian lipat menjadi empat segi.
5. Biakan seketika,kemudian diangkat .Ulangi membuatnya sehingga habis.
6. Sesuai dimakan utk minuman petang dan kuih ini boleh disimpan dlam bekas
kedap udara dan tahan lama.

Sekian........
[/b]



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net