Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jun-2008 13:27 Email | Share | Bookmark
Makan ikan kaloi di Bandung

Ikan Kaloi


Kak rus ke Jakarta-Bandung pada 26/5-30/5.Sampai di Lapangan Terbang Sukarno Hatta kami serombongan di bawa terus ke Bandung .....lamanya dok atas bas selepas kurang lebih 2 jam dok atas kapalterbang.Sampai di Bandung terus makan tengahari dengan hidangan masakan Padang....sedap tak terkira sebab lama tak makan hidangan ini sejak balik dari Bukit Tinggi-Padang bulan Julai Tahun 2007.Makan malamnya kami dihidangkan dengan hidangan yg tak pernah kak rus makan......Ikan Kaloi Goreng berempah....sambil makan sambil menyanyi lagu...nasi temukut sayur keladi........dan lagu...laju,laju...buaiku laju...pohon beingin daunnya rendang......haaa seronok tak terkira makan malam kami serombongan di Bandung sambil menyedut air jus avokado.

Ayam

Selain ikan kaloi,kami juga juga dihidangkan dengan tahu goreng,kangkung masak belacan,sambal hijau dan ulaman serta ayam goreng berempah...sedapnya hingga menjilat jari.


Outlet Kasut di Bogor


Hari ke-3 kami dibawa ke Bogor ke outlet sepatu dan tas tangan.......waduh banyaknya tas tangan dan kasut.....bagai nak gila ...bukan pasal apa tapi pasal tak cukup masa untuk nak buat pilihan.Outlet yang berasingan tu begitu luas sekali...tak terdaya kak rus nak berjalan dengan masa terhad yang diberikan.

Pokok bercorak

Hari ke-2 kami serombongan di bawa ke Tangkuban Perahu,tempat cerita legenda tentang kisah Sang Kuriang yang jatuh hati dan ingin berkahwin dengan ibu yg tak dikenalinya.Tempat peranginan ini begitu sejuk sekali dan begitu ramai sekali dengan penjual-penjual rantai batu.Kak rus terpikat dengan gerai pasu yang dibuat daripada batang sejenis pokok yangmana bila kulitnya ditarah terdapat corak dan paten yang begitu menarik sekali....semacam batik.Rasa nak beli...tapi memandangkan batangnya masih basah.....tak jadi beli.....takut patah.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net