Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Jan-2009 10:12 Email | Share | Bookmark
Ayam Panggang Rosemary

 



Lama kak rus tak update......ampun dan maaf...ampun dan maaf kepada sesiapa yang
masuk......hari ni banyak sangat kelapangan jadi tak upaya daya kak rus bertekad kena
update jugak-jugak.Kak rus ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang selalu masuk.Kak rus pun selalu masuk kat semua fp kawan-kawan dan dah teruja mencuba berbagai-
bagai resepi.Antaranya ialah resepi Rosemary Grilled Chicken dari siapa lagi kalau tak
Madiha...... .Kak rus copy dan tambah di sini ya Madiha.....Thank Q sedap bangat kata anak Kak rus........

ROSEMARY GRILLED CHICKEN
1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bwg putih
2 sudu besar minyak masak
segenggam rosemary kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah-belah
2 biji tomato
baby carrot
1 biji lada benggala hijau
1 biji bawang besar
1 btg broccoli
2 sudu serbuk cili kasar
kicap lemak masin
gula(kak rus ganti dgn madu)
garam.
Cara membuatnya:
1.Lemon,kentang,broccoli dan bawang putih direbus sebentar,angkat dann toskan.
2.Tumbuk bawang putih dgn rosemary kemudian gaulkan dgn minyak,garam,madu
serbuk cili kasar dan lada hitam.Ambil sikit dan gaulkan pada sayur-sayur yang
akan dipanggang bersama.
3.Lemon dicucuk-cucuk dan disumbat dalam ayam bersama beberapa ketul
kentang,bawang ,carrot dan broccoli.
4.Jahit lubang ayam kemudian lumur rempah-rempah campuran ke seluruh
ayam.....ikat kaki ayam dan letakkan dalam bekas utk dipanggang.Boleh susun
sayur-sayur sebelum dipanggang .Pangganglah selama 1 jam dgn suhu 180c

SELAMAT MENCUBA.....

[youtube]



Bye.....bye.....Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net