Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Jan-2009 10:44 Email | Share | Bookmark
Apam Keledek Ungu



Ini satu lagi resepi kegemaran kak rus drp Madiha..sedap sangat tapi entah apa
salahnya warna apam yg sepatutnya bewarna ungu bertukar menjadi kehijau-hijauan.
Warna adunan terus bertukar warna semasa kak rus campurkan tepung +double action
baking powder . Kak rus membawanya untuk dihidang semasa kak rus mengaji kitab di rumah Datin.Semua kata sedap dan ingin tahu pewarna tu beli kat mana.Kak rus jawab pewarna tu ....tak ada di mana-mana kedai........
.Kak rus dah pun membeli keledek bewarna jingga...nak cuba buat lagi
APAM KELEDEK UNGU
A. 3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil yeast segera
1 sudu kecil gula
3 sudu besar air suam

B. 200 gm keledek dikukus dan disejukkan
180 gm gula
1 biji telur
150 ml santan

C. 200gm tepung gandum
1 sudu teh double action b.powder

Cara membuatnya:
1.Campurkan bhg A dan biarkan lebih kurang 15 minit
2.Campurkan semua bahan B dan diblend halus.
3.Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sikit-sikit sampai habis dan
sebati.
4.Masukkan pula bahan A dan sebatikan dan biarkan 1 jam
5.Panaskan kukusan,sapukan acuan dgn minyak dan tuangkan adunan ke dlm
acuan....jgn lupa pangkah dipermukaan adunan supaya apam akan merekah
cantik.....
SELAMAT MENCUBA DAN TERIMA KASIH MADIHA...

[youtube]


[youtube]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net