Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Jan-2009 12:42 Email | Share | Bookmark
Sedap sedap belaka...



Kak rus ke Kota Kuala Muda ke rumah Kak Jah.Rumah kak Jah berhadapan dengan
Sekolah Kebg Kota Kuala Muda.Di kiri kanan jalan masuk ke depan rumah kak Jah terdapat 2 pohon pokok buah sukun.Berborak punya berborak sambil makan-makan dan minum-minum rupanya masa balik dah sampai.Kak Jah bagi buah putat sebagai buah tangan untuk dibuat ulam.Kak rus tak pernah tengok buah putat apatah lagi makan.
Kalau daun putat selalulah kak rus makan buat ulam sama sambal belacan.
Bila masuk internet melilau-lilau dan melewar-lewar kak rus terbaca satu sumber tentang buah putat ni.Katanya buah putat ni boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis.Hiris buah putat ni dan direbus.Ambil air rebusannya dan minum.
Ingin nak cuba bolehlah...........



Dalam bulan Januari ni dah 2 kali kak rus ke Padang Besar.Kak rus ke sana bersama Datin ,Kak Nab dan kak Aisyah.Aduhai...seronok tak terkata.Beli tu taklah banyak sangat.Kawan-kawan yang bertiga tu yg banyak memborong.Beli bakul,bawang,ikan bilis,kerepek,tikar,air kanji seterika baju,buah-buah dan entah apa-apalah.Tapi yang kak rus teruja ialah halwa buah tomato ceri......hairan juga tomato ceri pun boleh buat halwa....dulu kak rus cerita pasal kerepek labu. Sedap betul rasa halwa tomato ceri tu dengan warnanya yang cantik dan menawan sekali.Jumaat ni dah bertekad nak buat Muffin Halwa Tomato Ceri dgn Kacang Cerdik. Nanti bila buat kak rus akan letakkan resepi dan gambarnya.Insyallah........



Kak rus masih teringat kesedapan kerabu mangga yang dihidangkan semasa jamuan akhir tahun 2008.Tak puas-puas makan kerabu mangga ni.Bila balik esoknya terus ke Pasar Tani mencari buah mangga muda untuk dibuat kerabu.Resepi ini yang kak rus cuba simple saja:
Kerabu Mangga
1 biji mangga muda (kak rus guna mangga Intan Safinaz)
segenggam udang kering(direndam,ditos dan ditumbuk kasar-kasar
5-6 biji cili api dihiris kecil-kecil
2 labu bawang besar dihiris nipis-nipis
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji limau kasturi ambil jusnya
sepokok daun ketumbar( ini yang buat bagi sedap ni)
2 sudu besar sos ikan (ini pun jangan tinggal)
garam dan gula ikut rasa
kacang goreng ditumbuk kasar (kak rus tak bubuh pun X suka)
Cara membuatnya mudah.....Semuanya digaul...rasa masam manisnya ...selesai.
Kak rus masih ingat satu lagi resepi yang diberi oleh Cik Lee Bee See kawan baik kak rus cuma ditambah sambal belacan dan bunga kantan.Kalau tak suka udang kering boleh tukar dan masukkan ikan bilis goreng...ikan bilis yang halus-halus tu...cuba try pasti sedap.........




Satu lagi hidangan yang menyelerakan....Ikan Pekasam Goreng.......waduh kak rus masuk fp Madiha....bukan main lagi rajinnya Madiha....buat ikan pekasam.Kak rus tak pernah pun buat lagi ikan pekasam tu tapi pernah tengok arwah mak kak rus membuatnya.Sebiji macam Madiha buat......Ikan pekasam ni kak rus beli kat Pasar Tani di SP.....kak rus terjumpa pekasam yang elok beras gorengnya...nampak cantik dan comel .Orang Kedah kata tak nampak beracagh....Balik rumah terus goreng...harum semerbak seluruh rumah dengan bau bawang gorengnya,pekasamnya dan tak boleh tunggu-tunggu lagi...mesti makan panas-panas dengan bertambah umph cili apinya........







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net