Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Jan-2009 14:35 Email | Share | Bookmark
Sayur keladi dan Cucur Kodok



Sayur keladi atau asam pedas keladi memang kegemaran suami kak rus malah
menjadi kegemaran arwah ayah kak rus.Kak rus masih ingat arwah emak kak rus
pasti buat sayur keladi kalau buat nasi ulam terutamanya di bulan puasa.Kak rus pun apatah lagi suka juga sebenarnya sayur keladi ni tapi resepi emak kak rus lah......
Rasanya memang umph.....tanpa taruh gula.Kak rus kalau makan sayur keladi yang
ditambah gula memang tak boleh laju.Sayur keladi ibu kak rus manis kerana udang dankeladinya.
Kalau ingin mencuba bolehlah ikut resepi ingat-ingat lupa ni.

Sayur Keladi Bonda

4 batang keladi disiang kulitnya,dipotong 2" panjang dan dicelur/rebus sebentar.
segenggam udang hidup sederhana besar yg disiang kulitnya
6 tangkai cili kering direbus dan dimesin
1/2 bj bawang besar dimesin bersama cili
sedikit belacan dimesin juga bersama cili
2 ulas bawang putih dimesin bersama cili
sedikit serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
secukupnya air

Cara membuatnya:
Semua bahan yang dimesin direbus hingga mendidih,masukkan udang
dan keladi yang ditoskan,masukkanlada hitam,asam keping dan garam
secukup rasa.Kalau nak taruh pak aji pun ikut suka....kak rus tak masukkan
pun.Ibu kak rus pesan kalau tak mahu terasa gatal masukkan sedikit
kepingan pinang nipis(bila nak hidang keluarkan pinang tersebut)

Selamat Mencuba.....



Cucur kodok atau jemput-jemput pisang salah satu resepi kuih tradisi Melayu yang
sedap dihidang utk minum petang bersama teh o panas.Kak rus masih ingat masa
kak rus bersekolah dulu.....cucur kodok ni adallah kuih yang selalu kak rus buat.Arwah
ayah kak rus seorang polis.....bila bersara awal ayah kak rus buka kedai runcit.

Macam-macam barangan dijualnya termasuklah pisang.Sekiranya pisang tak habis
dijual dan dah ranum mak kak rus akan menyuruh kak rus buat apa-apa saja kuih
daripada pisang.Kak rus akan selalu buat cucur kodok ni memandangkan semua
ahli keluarga suka benar kuih ni.Kalau tak buat cucur kodok,kak rus akan buat
lempeng pisang yang dicampur kelapa dan dibakar tohor dalam daun pisang.
Atau kak rus buat serawa,lepat pisang,bengkang pisang atau apa-apa saja
resepi daripada pisang...tetapi selalunya kak rus lebih suka buat cucur kodok ni.
Diperturunkan resepi untuk rujukan anak-anak .Anak kak rus kata..."Mama...cucur
kodok pun mama nak tulis resepi?"Gambar di atas tu gambar cucur kodok la.....kak rus
suka kurangkan tepungnya kalau banyak...sejuk dia jadi liat....tapi tak sampai 1/2 jam
pasti habis...tak sempat nak liat.Makan panas-panas......rangup di luar lembut di dalam.

Cucur Kodok
8 biji pisang (apa-apa pisang.kak rus suka pisang emas/awak)
2 sudu makan gula (boleh kurangkan kalau tak mau manis sbb pisang dah manis)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1/2sudu teh baking powder
sedikit garam dicampur dgn sedikit air kapur

Cara membuatnya
Lecek pisang bersama gula(petua nak bagi kuih tu cantik)
Masukkan tepung gandum +tepung beras + baking powder yang sudah diayak
dan gaul sebati kemudian madukkan campuran garam+air kapur,adun sebati.
Goreng minyak penuh dengan menjemput-jemput adunan dihujung jari.Balik-balikkan
dan gosok-gosok kuih yang terapung dlm minyak dgn belakang sudip besi supaya
cucur tu menjadi bulat-bulat dan licin.
Bila kuning keemasan angkat dan toskan.

Cucur ni...cicah dgn kari ikan semalam ...wow....sedap...









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net