Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Jan-2009 10:20 Email | Share | Bookmark
Bengkang Suji



Kak rus pergi mengaji kitab di rumah Datin semalam.Terfikir apa nak bawa untuk kawan-
kawan menjamu selera selepas selesai mengaji.Semasa tercari-cari bahan kak rus terjumpa tepung suji yang tersimpan dlm peti ais.Apalagi..dalam kotak minda ni jawapannya buat bengkang sujilah .....Kak rus buat bengkang tu pada malam Jumaat tu..
Kak rus ke rumah Mak Tuan dan Kak Nab...terus ke rumah Datin.Rupa-rupanya ustaz tak dapat datang kerana demam.Walaupun tak dpt nak mengaji kitab kami berkumpul membaca Yassin,lepas tu makan-makan dan terus balik.Datin menjamu kami bihun goreng,agar-agar strawberri,buah limau mandarin,bengkang kacang hijau dan bengkang suji yang kak rus bawa.
Resepinya:

BENGKANG SUJI
250 gm tepung suji
50 gm tepung gandum
150 gm gula
1 kotak kecil santan(kak rus guna cap ayam)
1 tin susu cair
5 biji telur
6 helai daun pandan + 200ml air dikisar ambil jusnya.
800 ml air
sedikit pewarna kuning telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air mawar (saja guna pasal air mawar ni masih ada)
1 sudu makan mentega
Minyak sapi secukupnya untuk disapu pada acuan
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan ketuhar sementara memproses bengkang
2. Pukul telur + gula sebentar+air mawar dan vanilla.
3. Dalam periuk masukkan semua bahan termasuk telur.
4. Kacau adunan di atas api sederhana sehingga lembut dan sebati.
5. Sediakan acuan 10"x 10" dengan melengserkan minyak sapi/mentega dan panas
kan sekejap di dalam ketuhar.
6. Tuang adunan dan ratakan permukaanya.Bakar selama 1 jam







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net