Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Jan-2009 11:37 Email | Share | Bookmark
Kek Halwa Tomato Ceri



Dalam fp yang baru lepas kak rus menulis tentang Halwa Tomato Ceri yang cantik dan
menawan tu yg kak rus beli di Padang Besar.Kak rus juga berhajat nak buat muffin.....hai dah rasa malas pula nak cari acuan muffin...Fikir punya fikir baiklah kak rus buat kek ...acuan belum simpan lagi.
Ini resepinya...masih guna formula 8849.... sukatan lama...

KEK HALWA TOMATO CERI

8 oz mentega
8 oz gula (kak rus kurangkan jadi 6 oz saja)
4 biji telur
9 oz tepung( kak rus guna 4 oz tepung naik sendiri + 4 oz tepung gandum + 1 oz
serbuk badam)
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (kak rus guna air mawar)
sedikit garam halus
1 cawan halwa tomato ceri yang dipotong panjang-panjang
1/2 cawan ceri hijau didadu halus
1/2 cawan badam cincang untuk hiasan atas kek

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar,lengserkan acuan dgn mentega dan tabur sedikit tepung
gandum.
2. Pukul mentega + gula - 3 minit + garam
3. Masukkan telur sebiji-sebiji,vanilla/air mawar.
4. Ambil segenggam tepung campurkan dengan ceri hijau dan hirisan halwa tomato.
5. Masukkan tepung yang diayak.Kemudian campurkan ceri hijau +halwa tomato.
6. Tuang dalam acuan, taburkan badam cincang dan bakar 45" api 150 C.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net