Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Jan-2009 12:45 Email | Share | Bookmark
MAKARONI BAKAR & BEE GEES-DON'T FORGET TO REMEMBER ME



Kak rus sekeluarga memang suka makaroni bakar ni.....sedap sangat.Dulu-dulu bila
buat makaroni ni taklah kak rus hias dengan juraian cili sos dan mayonis diatasnya.Tapi
bila kak rus hiaskan dengan juraian ini bertambah sedap pula rasanya.Lepas jurai
dengan cili sos dan mayonis tabur pula di atasnya dengan daun bawang,daun sup yg
dipotong halus-halus dan bawang goreng yg diramas bagi hancur sikit.Lagilah bertambah
sedap.Nak cuba...ikutlah resepi yang kak rus ubah-ubah ni.Resepi ni kak rus buat
koleksi dari Majalah Wanita tahun 80an.

MAKARONI BAKAR
1 peket daging cincang Ramli.
1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.
2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*
3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.
4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.
5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan minyak sapi.
6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng.Nak lagi cantik taburkan
hirisan halus cili merah.

SELAMAT MENJAMU SELERA








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net