Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Feb-2009 12:13 Email | Share | Bookmark
WANITA DAN UNSURNYA

Kak rus terbaca satu laman di blog fotopages..siapa punya pun dah cari tak jumpa.Teruja juga kak rus dengan pandangan dan huraiannya.Walau apa pun,Allah yang maha mengetahui akan segalanya.Cubalah semua yang masuk ke fp kak rus baca dan fikir di manakah anda.Kak rus rasa apa yang dihuraikan ada kebenarannya.Jom kita kongsi bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh kedudukan ke berapa anda dalam keluarga.....ini bagi kaum wanita,kalau kaum lelaki tu tak tahulah pula kak rus.
a. TANAH - anak pertama, kelima,kesembilan

b. AIR - anak kedua,keenam,kesepuluh

c. API - anak ketiga,ketujuh,kesebelas

d. ANGIN - anak keempat,kelapan,keduabelas


Huraiannya
a. Wanita berunsur tanah
1. Merendah diri, hormat dan santun,setia serta rela berkorban.
2. Tidak cerewet,tidak meninggi diri,tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3. Tenang diri,aman dan memberi sokongan.
4. Tidak suka membantah atau membangkang.
5. Berwatak manis,lemah lembut,bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

b. Wanita berunsur air
1. Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2. Mengambil berat.
3. Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4. Menenangkan pasangan.
5. Sangat romantis.
6. Mudah menangis.

c. Wanita berunsur api

1. Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2. Cergas,cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
3. Penasihat yang baik.
4. Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6. Berwaspada selalu.

d. Wanita berunsurkan angin.

1. Lemah lembut dan menenangkan.
2. Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4. Bijak mewujudkan suasana selesa.
5. Hati cepat berubah-ubah.

Cubalah pilih di mana anda dan sebelum berundur kak rus turunkan satu lagi
senikata lagu yang kak rus rasa best sangat

ESOK MALAM KUJELANG

Kau kujelang pasti kujelang
Esok malam di cahaya bintang
Akan kubawa bingkisan asmara
Tumpuan hati berdua


Dendam rindu kasih di kalbu
Kucurahkan dalam ini lagu
Kan kudendangkan bagi dikau sayang
Di esok malam cemerlang


Usah cemas gelisah
Tak ke mana beta pergi
Tiada nanti kudusta
Kau jua pautan hati


Esok malam aku kan datang
Di tempat kita memadu cinta
Di angin lalu kusampaikan pesan
Esok malam kan kujelang


Titiek Puspa/Grace Simon/Widyawati




[youtube]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net