Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Feb-2009 07:40 Email | Share | Bookmark
BISKUT NASTAR/TAT NANAS GULUNG



Semalam kak rus teringin sangat nak makan jem tat.Jem dan semua bahannya dah ada,yang perlu ada lagi ialah kerajinan.Kak rus menggunakan resipi Amy Beh yang dipinda-pinda sikit.Ini resepinya

BISKUT NASTAR/TAT NANAS GULUNG

250 gm butter
30 gm gula aising
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh garam halus
340 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
jem nanas secukupnya untuk inti (digentel siap-siap)

Untuk glaze di atasnya
1 kuning telur
1 sudu teh susu pekat
sedikit garam halus
sedikit air
(semua bahan glaze disebatikan)

Cara membuatnya:
1. Pukul butter bersama gula aising 3 minit
2. Masukkan garam dan vanilla seterusnya tepung.
3. Gaul sebati dengan kuning telur yang dipukul terlebih dahulu.
4. Masukkan dalam acuan nastar paipkan memanjang secara terbalik(yang
bunganya sebelah bawah dan yg bahagian rata sebelah atas)
5. Isikan inti jem ,gulung dan potong.
6. Aturkan potongan tat ini ke dalam petitin yang dah disapu minyak/butter.
7. Bila nak bakar barulah sapukan glaze (terlebih dahulu panaskan ketuhar)
8. Ada juga kak rus pernah dapat tat ini yang dihias atasnya dengan parutan halus
parmesan cheese kemudian baru disapu glaze. Sedap dan cantik juga dan
ada kelainan. Bolehlah kalau nak cuba.....


Ada satu lagi resepi tat nanas gulung yang kak rus dapat daripada Karen-Kedai
Bahan-bahan kek Sayang dekat Lagenda Height.Resepi yang diberikan pada
kak rus ditambah cream cheese.Kak rus dah cuba tapi bila nak paipkan agak
terasa keras sikit...apapun kalau nak try kena kurangkan tepunglah kot....
Ini resepinya:

Tat Nanas Sayang
A. 250 gm butter
15 gm cream cheese
40 gm gula aising

B. 1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

C. 400 gm self raising flour
20 gm tepung jagung
secubit garam

Bahan glaze

Cara membuatnya:
Pukul A hingga sebati masukkan B kemudian masukkan C.
Buatlah macam proses membuat tat gulung yang kak rus terangkan spt
resepi di atas


SEKIAN SELAMAT MENCUBA





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net