Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Feb-2009 10:08 Email | Share | Bookmark
Hari-hari kari dan Hatiku Hatiku Jua



Hari ini kak rus buat gulai nangka muda dengan udang.Kari ini kak rus buat secara tumis darat menggunakan rempah kari udang/ketam Adabi.Sedap....kak rus dah tulis dahulu tentang masak kari cara tumis darat.Selalunya gulai atau kari nangka muda ini boleh direncah bersama daging/ayam/udang/ikan bilis...rasanya memang sedap.Tetapi kak rus pernah dijamu makan kari nangka muda ini direncah dengan ketam.....memang rasanya lagi mengancam..... ditambah pula dengan Ikan cencaru belah belakang,sambal belacan dan ulaman,sayur kangkung masak belacan.Inilah hidangan mengancam yang dihidangkan oleh Kak Sham (isteri kpd cikgu Ibrahim Khan) kepada kak rus dan keluarga.....20 tahun yang lalu....kak rus ingat sampai hari ini...Terima kasih Kak Sham......



Kak rus rasa terusik dengan kelembutan suara Rashidah Baharuddin dengan lagu lama Hatiku Hatiku Jua.Mendayu-dayu suaranya mewakili hati dan jiwa perempuan.
Kak rus perturunkan senikatanya;




HATIKU HATIKU JUA

Betapa marah,betapa murka
Hanya dialah serahan jiwa
Walaulah jauh entah di mana
Hatiku hatiku jua

Betapa salah,betapa dusta
Untuk dialah kujadi hamba
Walau berpisah,walau merana
Hatiku hatiku jua

Walaulah jauh entah di mana
Hatiku hatiku jua

Ulang rangkap ke-2

Inilah kisah cintaku murni
Jadilah kisah cinta abadi
Sekali sudah dipilih hati
Tidaklah berbelah bagi

Betapa pedih,betapa duka
Untuknya bahagia doaku pinta
Selamat dia,aku sengsara
Hatiku hatiku jua


Rashidah Baharuddin



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net