Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Mar-2009 12:47 Email | Share | Bookmark
KOLE KACANG DAN CUCUR BADAK



Esok kak rus akan ke rumah Datin....ngaji.Harap-harap ustaz tak demam lagi.Kak rus dah selesai buat Kole Kacang.Selalunya kuih ni bukan boleh jumpa di utara ni.Tapi buat masa sekarang ramai orang luar dah jadi penduduk SP...kuih ni boleh jumpa di mana-mana.Tapi nasiblah kan...siapa jumpa dulu dialah dapat.Kak rus gemar sungguh kuih orang Johor ni....sedap.Resepinya...resepi orang utaghaa....Kedua-dua resepi di bawah ni kak rus dah pernah buat.Dua-duanya sedap...gerenti....

KOLE KACANG..1
250 gm tepung kacang hijau
125 gm gula melaka
40 gm gula pasir
300 ml santan pekat(untuk buat tahi minyak)
300 ml santan utk kuihnya
800 ml air
loyang 10"x10"
CARA MEMBUATNYA
1.Gula melaka + gula putih + 200ml air + daun pandan dimasak dan tapis.
2.Campur santan + air gula + tepung kacang hijau + air + garam sikit kacau atas
api sampai pekat dan meletup-letup.
3.Tuang adunan ini ke dalam acuan yang disapu minyak(dari tahi minyak)
4.Tabur tahi minyak yang dibuat terlebih dahulu.




Satu lagi resepi Kole Kacang.Resepi ini tidak menggunakan tepung kacang hijau tapi menggunakan kacang hijau.Resepinya:
KOLE KACANG.. 2
1 biji kelapa diambil santan untuk buat tahi minyaknya
300 gm kacang hijau direndam lebih kurang 3 jam
4 caw air
1 1/2 biji kelapa=3 cawan santan
450 gm gula melaka+
1/2 cawan air+
2 helai daun pandan+
garam utk membangkitkan lemak
CARA MEMBUATNYA
1. Masak bahan yg bertanda + dan tapis
2.Kacang hijau+4 caw air direbus guna pressure cooker 20 minit
3.Sejukkan sebentar kacang kemudian dikisar bersama santan
4.Dalam periuk campur kacang hijau yg dikisar+air gula +garam,kacau atas api.
5.Bila pekat sebati dan masak tuang dalam acuan yg dilenser minyak dan tabur tahi minyak.




Cucur badak sejenis kuih tempatan yang kak rus amat gemari.Makan panas-panas pasti tak puas.Tup-tup dan 4 biji kak rus makan.Resepinya mudah...kak rus masih ingat masa sekolah dulu memang cikgu SRT ajar buat cucur badak ni.Kak rus masih ingat cikgu SRT masakan Cikgu Zainab......dan cikgu jahitan Cikgu Rohani.Terima Kasih Cikgu...
RESEPINYA
1 biji keledek putih/kuning sederhana direbus dan dilecek
60 gm tepung gandum
1 sudu makan majerin
1/4 sudu teh garam
secukupnya minyak utk menggoreng

INTINYA
100 gm udang hidup didadu
1 mangkuk kecil kelapa parut yang putih
3 ulas bawang kecil
1 biji cili hidup dihiris halus
1 hiris halia dikisar
3 tangkai cili kering dicelur dan dikisar
1/2 steh jintan manis dikisar
2 batang serai dihiris halus dikisar
2 sudu sedang minyak
garam dan serbuk kunyit
sedikit daun bawang dihiris halus








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net