Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Mar-2009 00:29 Email | Share | Bookmark
BELASUNGKAWA ZUBIR ALI

Zubir Ali meninggal dunia semalam.Berita sedih dan duka bagi kak rus mengenai tokoh seni yang memperjuangkan lagu-lagu puisi.Beliau juga adalah pengasas Kumpulan Harmoni.Meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.Sepanjang hayatnya,Zubir dikenali sebagai seorang seniman yang mempunyai personaliti yang mulia selain seorang pendidik yang disegani ramai.
Antara lagu yang menawan dan sedap didengar yang dipopularkan oleh Zubir ialah lagu Penantian.Lagu ini kak rus rasa mempunyai melodi cukup indah dengan frasa lirik yang melampaui zamannya.Lagu-lagu lain yang didendangkan oleh Zubir yang sedap didengar ialah lagu Balada Seorang Gadis Kecil ,Siapakah Memberi Khabar,Padamu Primadona,Andainya Kau Jauhdan juga lagu Doa.Lagu-lagu dendangannya akan terus menjadi lagu yang mampu menyentuh naluri kemanusiaan dan ketuhanan. Kak rus perturunkan senikata lagu:
PENANTIAN
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman Syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


Semoga Allahyarham Zubir Ali tenang dan damai di sana,dicucuri rahmat keatas rohnya.Al-Fatihah



Mee Sanggul Bumiputera





Semalam kak rus ke Econsave Puterijaya sekali lagi.Kali ini kak rus pergi bersama kak Nab.Sebelum ke sana Kak Nab belanja kak rus makan Ayam Redix kat Lagenda Height.Boleh tahan juga rasa Ayam Redix ni kalau nak dibandingkan dgn KFC.Tapi gerenti sedap kena makan panas-panas....kalau sejuk....hampeh.Terimakasih Kak Nab kerana belanja kak rus makan.Semasa di Econsave ternampak Mee Sanggul Melayu.....apalagi kak rus terus beli.Selalunya kak rus guna mee sanggul bukan Bumiputera yang nipis-nipis tu yang kuning. Orang Kedah kata kuning meghengau.
RESEPINYA

1 peket mee sanggul direndam air mendidih.
4 biji cili hidup*
5 ulas bwg merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu makan udang kering direndam*
1cawan udang hidup
3 ketul seafood taufu dihiris
2 genggam taugeh
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
2 sudu makan sos tiram
sedikit lada hitam serbuk
1 sudu makan sos ikan
1 biji telur ayam
minyak utk menumis dan garam/kiub ayam
Hiasan utk tabur atas mee
CARA MEMBUATNYA
1.Kisar bahan yang bertanda* lalu ditumis hingga naik bau
2.Masukkan sos tiram,lada hitam, udang dan seafood taufu.Kacau sebentar kemudian masukkan mee yg telah ditos terlebih dahulu.Masukkan garam/kiub ayam.
3.Masukkan sos ikan kacau dan masukkan telur.Tutupkan telur sebentar dgn mee kemudian baru dikacau.
4.Masukkan taugeh ,daun sup dan daun bawang.Siap untuk dihidang......yummmmy








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net