Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Mar-2009 07:05 Email | Share | Bookmark
Mee Rebus dan The Logical Song

 
 


Hari ini cuti Maulid-ur-Rasul.Bertekad benar nak buat mee rebus yang dah lama tak buat.Kak rus ingat resepi arwah mak kak rus.Dulu-dulu mak kak rus ni seorang yang aktif dalam persatuan.Salah sebuah persatuan dulu-dulu ialah Persatuan WI.Mak kak rus menaiki beca menuju ke Kilang Ais(nama tempat),ke tempat aktiviti persatuan dijalankan.Mak kak rus berpesan supaya kak rus menjaga adik-adik di rumah.Kak rus masa tu suka sungguh kalau mak kak rus pergi ke Persatuan WI tu pasal mak kak rus pergi sebenarnya belajar memasak.Bila mak kak rus balik ....yang kak rus tunggu ialah resepi yang mak kak rus tulis dan hasil masakan tyang dia belajar bersama kawan-kawannya.


Suatu hari bila pulang dari belajar memasak...mak kak rus membawa pulang periuk steamboat yang dibelinya dari tempat belajar memasak dan sebungkus mee berkuah.Sedap sungguh mee tersebut.....Resepinya.....

MEE REBUS STEAMBOAT
Tulang kaki lembu direbus utk ambil supnya.Kalau esok nak buat mee rebus,malam ni dah rebus tulang tu....kalau air dah kering...tambah lagi...tambah lagi...Rebus juga daging dan kalau dah lembut masaknya angkat untuk dipotong nipis untuk hiasan atas mee.Lemak-lemak membeku atas sup tu....angkat dan buang.
1 kilo mee basah
300 gm udang basah direbus sekejap dlm sup tulang
300 gm taugeh
1 biji telur ayam
5 biji kentang direbus,dikupas kulit dan dimesin dgn air sup tulang
Bahan utk dimesin
12 tangkai cabai kering (ikut kepedasan)*
2 sudu teh serbuk lada hitam*
10 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 tin tomato soup

Cara membuatnya
Tumis bahan yang dimesin sampai naik minyak.Masukkan air rebusan tulang.Bila mendidih masukkan soup tomato,kentang yg dimesin dan rasa asam garamnya.Akhir sekali masukkan sebiji telur yang dipukul terlebih dahulu.Semasa masukkan telur pastikan anda mengacau kuah mee dan telur dituang tinggi supaya juraian telur di dalam kuah mee tu menjadi halus,tidak berketul-ketul.
Hidangkan mee bersama:
Cucur udang
Tahu goreng
Taugeh yang dicelur
Telur rebus
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cabai hidup merah yang dipotong halus
Bawang goreng
Hirisan daging
Hirisan kentang yang direbus
Udang yang direbus
Limau kasturi






KEK ORANGE




Semalam juga kak rus membuat sebiji kek...Kek Orange....+ lebihan halwa tomato ceri. Resepinya..
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur diasingkan putihnya
250 gm tepung gandum
10 gm tepung custard
2 sudu teh susu tepung
1 sudu teh baking powder
2 biji orange diambil jusnya dan diparut kulitnya
1 cawan halwa tomato ceri
Untuk hiasan: 1 cawan biji kuaci
parutan memanjang kulit limau

Cara membuatnya:
1.Panaskan ketuhar
2.Pukul putih telur dgn 2 sudu besar gula utk buat kek bagi gebu
3.Dalam bekas lain pukul butter dgn gula selama 3 minit ,masukkan kuning telur satu persatu
4.Ambil sedikit tepung gaulkan dgn halwa tomato ceri.
5.Masukkan tepung+baking powder+tepung kastard + susu tepung
6.Masukkan halwa tomato ceri gaul sebati kemudian masukkan putih telur.Sebatikan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dgn butter dan ditabur tepung.
7.Hiaskan dengan biji kuaci dan parutan memanjang kulit limau.
8.Bakar selama 45 minit










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net