Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Mar-2009 13:45 Email | Share | Bookmark
Lepat Pisang



Hari ini balik dari ofis tengok ada pisang kat dapur.Sah...adalah sesiapa kawan suami kak rus bagi ni....pisang awak.Pokok pisang ada kak rus tanam kat laman tepi rumah pemberian nurse gigi kawan kak rus baru kenal.Dia kata pokok tu pokok pisang nipah........pisang awak yang bentuk macam buah nipah tu...yang kepek-kepek tu.Tapi pokok tu tak berbuah lagi..bila nak berbuah kak rus pun tak tahu.Kalau berbuah...hai seronoknya sebab pisang tu kak rus suka sangat.Kak rus juga suka pokok pisang awak ni pasal daunnya.....bersih tak mengeluarkan warna daun kalau diguna untuk membungkus kuih terutamanya bila buat tepung bungkus atau lepat.
Bila ada pokok pisang juga senang tak terbantat kerja nak buat kuih yang menggunakan daun pisang.....kak rus teringin nak buat lepat pisanglah.....
Resepinya:

6 biji pisang
45 gm gula(boleh dikurangkan)
30 gm tepung gandum
2 sudu teh tepung kastard
3 sudu besar kelapa parut putih
1 1/2 sudu sagu biji yang direndam
sedikit garam
10 helai daun pisang dilayur,dibersihkan dan digunting ke saiz 17.5 x 12.5
10 keratan daun pandan setiap satu berukuran 5 sm

Cara membuatnya

1. Jerang periuk pengukus
2. Lecek pisang + gula kemudian masukkan tepung + kelapa+sagu+garam.
Kacau sebati.
3 .Letakkan1 sudu adunan ini keatas daun pandan yang diletakkan didalam daun
pisang lalu dibalut.

4. Kukuskan selama 15-20 minit
5. Hidang panas atau sejuk




Bilakah kak rus nak makan strawberry macam ni?




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net