Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Mar-2009 14:47 Email | Share | Bookmark
NASI AYAM DAN CHOC MOIST BROWNIES



NASI AYAM

1 ekor ayam
1 camt minyak }
1 camt kicap cair } campuran A
½ camt kicap manis }
3 cawan beras panjang
4 cm halia, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camt garam
¼ camt serbuk kunyit


Sup:
500ml air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 camb stok pekat ayam/kiub ayam
bawang goreng
hirisan halus daun sup dan daun bawang

Sos cili (kisar hingga halus):
10 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih
5cm halia
1 camb minyak
½-1 camb jus limau nipis
1 camt gula halus
1 camb minyak rebusan ayam
garam secukupnya

Kicap:
3 camb sos tiram
1 camb kicap manis
½ camt serbuk lada sulah
½ camt gula halus
3 camb air rebusan ayam
Bahan sampingan:
hirisan daun bawang dan daun sup
hirisan tomato dan timun
daun salad

Jerang ayam dengan air (sama paras). Masak selama 15 minit kemudian ketepikan dari api. Biar ayam terendam selama 10 minit kemudian keluarkan, masukkan ke dalam bekas air biasa. Gantung ayam supaya agak kering. Lumurkan dengan bahan A. Ambil 400ml air rebusan, isikan ke dalam periuk kecil (untuk sup)dan ambil 4 cawan untuk nak masak nasi.

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga keemasan. Masukkan beras, kacau 1-2 minit. Ubah beras ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan baki air rebusan selalunya kalau guna 3 cawan beras air sup ayamnya 4 cawan,daun pandan ,garam dan serbuk kunyit .Masak seperti biasa.

Untuk membuat sup, jerang air rebusan dan sup bunjut hingga mendidih. Perlahankan api, renihkan selama 5 minit. Ketepikan sup bunjut. Masukkan stok pekat ayam, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang. Angkat dan isikan ke dalam mangkuk.

Ayam dipotong 4.Diperap dengan sos tiram,kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam 1 jam kemudian dipanggang dalam ketuhar . Hidangkan dengan nasi, sup, cili dan kicap serta bahan sampingan lain.




Ini masakan pada hari Ahad lalu.Ada berlaku kerosakan pada moniter jadi tak boleh nak update.....apapun Nasi Ayam memang hidangan yang ringkas tak perlu nak berkari-kari.Cuma perlu ada sup,ayam kukus/goreng/panggang ,salad dan sos...mudah kan.....?Tapi Seddddaaaappppp.........Kak rus perapkan ayam dlm petiais siap-siap semalaman dan panggang dalam ketuhar........wow




Chocolate Moist Brownies


Kak rus copy dari fp Rinn...Thank You very much.....sedap sangat.

CHOC MOIST BROWNIES
Sumber : Roz (Rnet) dari dapur Maklang Azie

Bahan-bahan:
1 ½ cup (185 gm) tepung serba guna
¼ cup (30 gm) serbuk koko
1 tsp baking powder
½ tsp soda bicarbonate
1 ½ cwn (205 gm) macadamia nuts, dicincang ( Rinn guna almond dan walnut )
125 gm butter
200 gm coklat masakan, dicincang
1 cup (250 gm) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cup (90 gm) krim masam (sour cream)..Rinn guna fresh milk jer...

Chocolate topping :
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)...Rinn guna fresh milk jer...

Cara-cara:
1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
3. Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
4. Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
5. Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
6. Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
7. Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
8. Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
9. Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
1. Cairkan coklat dengan cara double boiling. (pastikan air tidak termasuk ke dalam butter dan coklat).
2. Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
3. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
4. Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
5. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi: Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim





Dan semalam kak rus bakar Choc Moist Brownies.....sedap sungguh Rinn..kak rus buat ikut resipi yang Rinn bagi...tapi toppingnya kak rus taburkan gula warna-warni yg pale...itu yang ada lebihan...bukan lebihan tapi beli hariraya hari tu tak guna-guna.Apa pun kak rus ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Chef dan Jurugambar hebat Rinnchan Brownies tu senang dibuat tak payah nak pukul-pukul pakai mixer.Terima kasih juga tak lupa kak rus ucapkan kepada Maklang Azie dan Roz(Rnet)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net