Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Mar-2009 14:35 Email | Share | Bookmark
KUIH KERIA



Aduh banyaknya gula.....semasa memasak gula untuk disira pada kuih keria kak rus dah makan kuih keria yang belum disira.Akibatnya kuih sikit dan gula dalam kuali banyak...jadi penuhlah gula pada kuih keria kak rus kali ini......Adunan untuk resipi kuih keria yang kak rus buat biasanya sama dengan resipi kulit Kuih Badak....

RESEPINYA
1 biji keledek putih/kuning sederhana direbus dan dilecek
60 gm tepung gandum
1 sudu makan majerin
1/4 sudu teh garam
secukupnya minyak utk menggoreng
2 sudu gula
sedikit air
1. Campur semua bahan dan diuli sebati biarkan sekejap
2. Uli memanjang adunan tersebut dan potong sama saiz lalu dibentuk menjadi bulat dan buat lubang dgn jari.
3. Bila selesai goreng dalam minyak banyak dan toskan.
4. Dalam kuali masak gula dengan sedikit air hingga menjadi bertali.Masukkan kuih keria dan dikacau dan kacau.Tutup api dan terus dikacau kuih tersebut supaya gula melekat sekata pada semua kuih.Hidangkan....





Bye....Terima kasih



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net