Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Apr-2009 09:13 Email | Share | Bookmark
PERMAINAN KUIZ NOMBOR SUDOKU

 
 
 
Kepada sesiapa yang mempunyai anak-anak, anda boleh mempraktikkan permainan sudoku - satu permainan yang dapat mengasah minda anak-anak. Kak rus telah mencuba permainan ini yang ternyata amat praktikal dan addictive. Sudoku adalah matrix 3x3 yang diisi dengan nombor 1 hingga 9. Setiap sudoku ada unique solution yang diselesaikan secara logik...
Kelebihan yang kak rus dapati daripada sudoku:
1. Minda menjadi lebih cerdas
2. Kecekapan menganalisa data bertambah
3. Mengisi masa terluang dengan sesuatu yang lebih bermanfaat

Kak rus dah terpikat dengan permainan ini.Walaupun permainannya nampak mudah tapi boleh buat pening juga kepala kita.Ini adalah satu permainan kuiz nombor diperkenalkan di Jepun.Su bermakna angka sementara doku bermakna sendiri
Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan sudoku di NST atau laman web (online sudoku)atau di surat khabar The Star setiap hari.

SUDOKU BERASAL DARI BAHASA ARAB?


Antara permainan popular di kalangan remaja masa kini ialah permainan sudoku. Permainan ini dikatakan berasal dari Jepun. Walaubagaimanapun orang Eropah mendakwa permainan ini diperkenalkan di Eropah pada zaman penjajahan dan ditiru oleh Jepun.

Dalam hal ini, terdapat suatu teori yang lebih sahih iaitu permainan sudoku atau assuduk berasal daripada Bahasa Arab. Perkataan ini berasal daripada gabungan sin, dal, kaf yang membawa makna susun.

Dalam permainan sudoku, seseorang itu dikehendaki menyusun angka 1 hingga 9 dalam 81 petak yang disediakan. Dalam permainan ini, setiap angka 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 mesti ada dalam setiap baris sama ada menegak atau melintang.

Sehubungan itu, kesemua angka 1 hingga 9 mesti ada dalam setiap 9 baris menegak dan 9 baris melintang. Seterusnya kesembilan angka tersebut juga mesti ada bagi setiap 9 petak (3x3).

Dengan kata lain, dalam permainan sudoku terdapat 27 susunan angka yang terdiri daripada angka 1 hingga 9 dalam bentuk menegak, melintang dan dalam setiap petak (3 x 3). Setiap angka dalam sesuatu baris tidak dibenarkan berulang. Begitu juga dalam setiap petak (3 x 3).





Sudoku adalah permainan mengisi angka 1-9 di dalam kotak-kotak kosong yang disediakan. Kita harus berusaha menganalisis angka apa yang tepat diisi di kotak tersebut. Umumnya sudoku memiliki 9×9 kotak (9 baris-9 kolom), namun ada pula variasi lainnya seperti 4×4, 6×6, 12×12, 16×16 bahkan 25×25.

Berikut adalah contoh sudoku yang belum diselesaikan:

Unsolved-Sudoku



Sesuai namanya yang bererti ’satu angka’, di dalam satu kolum, satu baris, maupun satu wilayah, tidak boleh ada angka yang berulang. Lihat gambar di bawah ini untuk memahami mana baris, kolum, dan wilayah.

Solved-Sudoku


Kawasan yang bergaris merah disebut blok (petak ), sedangkan yang bergaris hijau disebut kolum (menegak ) dan yang bergaris biru disebut baris (melintang ). Jika dicek, di setiap blok, kolum, dan baris, tidak ada angka yang diulang.

Secara umum, ada 4 tahap kesulitan sudoku yaitu: easy (mudah), intermediate (sederhana), hard (susah), dan challenging (mencabar). Di tingkat easy, angka-angka yang diberikan cukup banyak sehingga sudoku boleh diselesaikan dengan mudah dalam beberapa minit. Di tahap susah, bahkan cabaran, memerlukan analisis yang mendalam dan kadang-kadang kita harus menggunakan cara trial and error.
Sambil main Sudoku sambil makan Muffin inti Blueberry Jelly.



Resipi Asas Muffin
2 cawan tepung naik sendiri-300gm
1 cawan tepung gandum -150gm
2 st baking powder
3/4 cawan gula perang
2 biji telur
1 1/2 cawan susu
3/4 cawan minyak sayuran/minyak jagung/mentega cair/majerin cair
Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar
2.Ayak tepung bersama baking powder.Masukkan gula dan sebatikan.
3.Masukkan bahan-bahan yang lain.
4.Anda boleh masukkan bahan-bahan lain untuk mempelbagaikan rasa dan rupa
seperti blueberry ,apple,strawberry,ceri , kekacang,pisang,kismis ,nanas ,kurma,prune atau apa saja yang sesuai
5.Sudukan bahan kedalam acuan muffin atau mangkuk kertas muffin dan bakar 20 hingga 25 minit.

DARI MAJALAH THE AUSTRALIAN WOMEN'S WEEKLY





Terima Kasih......bye...bye





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net