Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Apr-2009 13:55 Email | Share | Bookmark
MUFFIN BADAM DAN COKELAT CIP

 
 


Petang tadi kak rus buat muffin lagi.Memandangkan paper cup tak simpan lagi dan memandangkan resipi muffin ni pakai campak-campak saja jadi mudahlah.Kak rus baik pulih resipi asas yang kak rus bagi dengan menambah lagi 1 sudu teh baking powder bagi dia naik dan merekah....baru nampak macam muffin kat bakery.....wah....cayalah. Kak rus tak berapa gemar guna soda bicarbonate pasal rasa hau..hau...hau ..dia tu terutamanya kalau buat kek cokelat.Kali ini kak rus campurkan cokelat cip dgn badam hancur.....sedap.Guna resipi asas yang kak rus bagi terdahulu....
Resipinya
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
3 st baking powder
3/4 cawan gula perang/kastor
2 biji telur dipukul sebentar
1 1/2 cawan susu segar
3/4 cawan butter/majerin cair
1 cawan cokelat cips
1 cawan badam hancur

1.Panaskan ketuhar dan siapkan paper cup utk muffin
2.Ayak tepung dgn baking powder kemudian masukkan gula,badam dan cokelat cips.
3.Masukkan susu,telur dan butter/majerin cair.Kaup balikkan.
4.Sudukan dalam paper cup dan bakar 20-25 minit.




Semalam 7 April Pilihan Raya Kecil DUN: N 25 Bukit Selambau diadakan.Sebagai tribute terhadap calon bebas yang mendapat undi terbanyak di kalangan 13 calon bebas yang lain kak rus paparkan salah sebuah banner yang dipasang....hehehe.Calon yang menang ialah Encik S.Manikumar dari Parti PKR yang menentang Dato' S.Ganeson dari BN.Encik S.Manikumar mendapat jumlah undi sebanyak 12632 undi sementara Dato' S. Ganeson mendapat 10229 undi.
PRK DUN Bukit Selambau memecah rekod hari ini dalam sejarah kerana jumlah calon bebasnya yang teramai hehehehe.......13 orang + 2 lagi calon menjadikan 15 orang kesemuanya.Mejar (B) Anuar bin Abdul Hamid calon dgn simbol Telefon mendapat sebanyak 528 undi....terbanyak dibandingkan dgn calon-calon bebas yang lain...Tahniah Mejar............




Terima kasih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net