Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 11-Apr-2009 08:03 Email | Share | Bookmark
Serawa Ubi Kayu dan Apom Lenggang

Serawa Ubi
Apom Lenggang


Rezeki murah hari ini.Pekerja kak rus bagi ubi kayu.....sukanya.Kak rus memang peminat no 1 ubi kayu.Terima kasih banyak-banyak.Kak rus teringin nak makan serawa ubi kayu /pengat ubi kayu atau bagi orang Indon disebut kolak ubi kayu.Tapi bila dah selesai buat tak boleh pula kak rus nak bedal banyak.....orang kata ubi kayu banyak angin dan tinggi kanji/starch...jadi kak rus makan sikit saja...takut naik lagi gula dalam darah.
Resepinya:

1 ketul ubi kayu
1 keping gula melaka (ikut kemanisan)
1 cawan santan pekat
sedikit air
1 sudu besar susu pekat
1 helai daun pandan
Cara membuatnya
1. Ubi kayu dikupas,dipotong dan direbus dengan sikit garam sampai empuk.
2. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan kemudian tapis.
3. Campurkan santan dan susu pekat ke dalam air gula dan kacau di atas api.
4. Masukkan ubi kayu yang direbus tadi.
5. Siap untuk dihidang......mmmmm sedap


Apom Lenggang



Rasa teruja bila Mariam menjemput kak rus ke rumahnya mengambil resepi apom lenggang.Apa lagi tak sabar-sabar kak rus ingin mencubanya memandangkan kak rus dah standby beli kuali kecil 9 inci bulan sudah.Alhamdulillah....menjadilah kot.Suami kak rus tibai sampai 4 keping.Dari resipi yang Mariam bagi kak rus cuma mencuba separuh resepi sahaja.Dari separuh resepi yang kak rus cuba 1/2 adunan tersebut kak rus masukkan sebiji telur yang dipukul terlebih dahulu.Aduhai...seronoknya Mariam...walaupun sesudah diperap 1jam adunan itu akan menjadi pekat jadi kak rus tambahkan sedikit air + santan.Kak rus cuma guna santan kotak cap ayam..Terima kasih yang tak terhingga kak rus ucapkan kepada Mariam.Untuk post mortem masalah kuali melekat kak rus rasa elok dua-dua adunan ni dilenggang berselang-seli.Maksudnya adunan ni disiapkan 2 bekas utk menuang.Satu adunan bertelur dan satu adunan lagi plain.Lenggang adunan yang bertelur dahulu kemudian adunan yang plain dan seterusnya berselang-seli.Sebab semasa kak rus melenggang adunan yang bertelur tak dak la pula melekat-lekat...mudah aje kak rus angkat.Sekian...Selamat Mencuba.....
Ini resepi asalnya:
300 gm tepung beras cap gajah/bunga ros
240-270 ml santan
3/4 sk yeast segera
3/4 sk garam
60 gm gula
1/2 cawan nasi
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan dan perapkan selama 45 ke 1jam.Sesudah diperap kacau dan tambahkan santan cair.
2.Lenserkan kuali dengan minyak dan tuangkan sesenduk adunan lalu dilenggang samarata bentuk bulatnya.Tutup kuali.
3.Dengan menggunakan spatula logam kuis-kuiskan tepinya dan angkat apom tersebut.
4.Bila tinggal separuh adunan kak rus masukkan 1 biji telur yang dipukul terlebih dahulu.Disebabkan power yeast semakin berkurang kak rus masukkan sedikit baking powder.Buatlah proses ulangan melenggang apom sampai selesai.






Terima kasih...bye..bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net