Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 12:05 Email | Share | Bookmark
QASIDAH

Kuih Qasidah


Teringin nak makan qasidah pulak dah......pasai apa pun tak tau....Kak rus cuba resipi lama himpunan arwah mak kak rus tapi diubah-ubah dan disukat-sukat ikut kak rus lah.Kalau ikut orang dulu-dulu (kata nenek kak rus)Qasidah ni adalah resipi yang diguna pakai untuk diberi makan pada bayi...pasal masa dulu mana ada nestum atau makanan bayi .Tepung gandum dikacau bersama air gula dan bila sejuk adunan ni dimasukkan dalam karung kain kecil berbucu.Karung berbucu ini akan dihisap oleh baby lah... Boleh juga diberi kepada orang sakit . Kalau ikut cara sebenarnya tepung yang digunakan tu kena dibasuh untuk membuangkan gluten yang liat yg terdapat dalam tepung.Air basuhan tepung itu yang digunakan utk mengacau qasidah ni...Tapi kak rus guna cara mudah tak payah nak basuh.Bancuhan untuk resipi kali ini kak rus buat bagi pekat sikit sebab nak tuang ke dalam acuan.Kak rus buat separuh drpd resipi dibawah...
Resipinya
Bater
250 gm tepung gandum
1.8 liter air
sedikit air kapur
sedikit air mawar
secubit garam
Sirap
300 gm gula (kak rus guna 200gm saja)
250 ml air
2 helai daun pandan
Bawang merah digoreng
sedikit minyak gorengan bawang + sedikit minyak sapi
Cara membuatnya
1. Masak air gula bersama daun pandan dan biarkan sejuk sebentar.
2. Blend tepung gandum + air + garam.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam periuk dan tapis air gula ke dalamnya beserta air kapur dan air mawar.
4. Kacau di atas api perlahan lebih kurang 1 jam sampai adunan kelihatan tidak melekat pada periuk dan nampak jernih.
5. Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang dilenser minyak/minyak sapi dan sejukkan.
6. Hidanglah kuih tersebut dengan bawang goreng bersama minyak gorengan
bawang tersebut.







Terim kasih ......bye....bye....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net