Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Apr-2009 12:50 Email | Share | Bookmark
PUDING AGAR-AGAR SAGU

Puding Sagu


Bila berjalan-jalan dan melilau-lilau terjumpa dengan puding sagu yang unik ni...kak rumah sapa kak rus pun tak ingat....resipi pun tak ingat sebenarnya.Cuma ingat cara membuatnya. Resipi pakai hentam saja pasal semua bahan dah ada.Terima kasih kepada tuan yang empunya idea sebagai mempelbagaikan resipi drpd sagu.

Resipinya
1 cawan sagu direndam sebentar
3 cawan air
2 sudu besar gula merah (ikut kemanisan)
1cawan agar-agar yang direndam
1 helai daun pandan
air secukupnya untuk agar-agar
santan pekat /susu cair+ sedikit garam
Cara membuatnya
1. Didihkan air kemudian masukkan sagu yang ditoskan terlebih dahulu.
2. Kacau sagu sehingga jernih kemudian toskan didalam penapis sambil dibasuh supaya kanji sagu dibuang cuma tinggal butiran sagu.
3. Masak agar-agar dgn air secukupnya + daun pandan hingga agar-agar larut lalu dimasukkan gula merah.
4.Agar-agar tadi ditapis ke dalam periuk yang berisi butiran sagu dan dikacau sebentar di atas api.
5.Basahkan acuan dan masukkan adunan agar-agar tadi.Biarkan sejuk dan dihidangkan dengan santan/susu cair yang dicampur sedikit garam.







Terima kasih....bye.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net