Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Apr-2009 00:23 Email | Share | Bookmark
Kuih Kaswi Lapis

 

Kak rus baru balik berkursus di Genting Highlands....aduh lemah longlai seluruh badan.Memang pun kak rus tak berapa sihat tapi dah diarahkan berkursus terpaksalah kak rus akur.
Malam semalam kak rus bertekad membuat kuih kaswi lapis...nak cuba...ini resipinya yang diberikan oleh Puan Rubiah yang memang terkenal dengan jualan kuih-muihnya. Terima kasih kepada Puan Rubiah isteri kepada Cikgu Md. Noor...

A. 1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning atau apa-apa pewarna kesukaan
1 sudu teh air kapur

B. 1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
2 1/2 cawan air
sehelai daun pandan
1 sudu teh air kapur

C. Kelapa parut yang putih
sedikit garam


Cara Membuatnya
1. Sediakan kukusan dan lenserkan acuan dengan minyak masak.

2. Masak gula dengan secawan air + daun pandan kemudian tutup api dan tambahkan lagi 1 1/2 cawan air.(Sama cara untuk A dan B tapi mestilah berasingan)

3. Adunkan adunan A yang bewarna dahulu di dalam blender kemudian tuang ke dalam mangkuk.

4. Adunkan pula adunan B didalam blender dan tuangkan ke dalam mangkuk berasingan

5.Lapiskan adunan bergula merah dahulu...setiap lapisan sebanyak 2 senduk.Kukuskan selama 2 minit kemudian tuangkan pula 2 senduk adunan bewarna.Lakukan proses ini sehingga selesai.

6. Bila selesai kukus lagi 15 minit dan bila tamat buka tudung kukusan biar lagi 5 minit tanpa menutup api.Ini petua supaya permukaan kuih tidak basah .

7. Potong kuih bila betul-betul sejuk dan golekkan ia ke dalam kelapa parut yang dicampur sedikit garam.



Diriku Terbelenggu , Sekadar Di Pinggiran.
Aku Kehilanganmu , Si kunang-kunang.
Mawar Terpinggir , Akulah Kekasihmu.
Kerna Terpaksa , Kau Lilin Cintaku.
Oh La La Tropika , Kehebatan Cinta.

Sekian...Selamat mencuba.....





Terima Kasih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net