Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-May-2009 13:08 Email | Share | Bookmark
Lepat Liat

Lepat Liat


Lepat liat kegemaran arwah ayah kak rus.Emak kak rus selalu membuatnya untuk minum petang.Lepat liat juga dibuat berkali-kali dalam masa sebulan iaitu di Bulan Ramadhan.Kak rus juga perasan Lepat Liat ni adalah kegemaran orang lama.Budak-budak muda kurang menggemarinya...ntah mengapa.Kak rus memang gemar lepat liat..seakan-akan kuih bakul yang dimakan bersama kelapa yang digaul dengan sikit garam.Resepinya mudah..

2 - 2 1/4 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula merah
1 cawan air
sehelai daun pandan
daun pisang
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
minyak masak

Cara membuatnya
1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan -sejukkan
2.Sediakan kukusan,inti kelapa(kelapa+sikit garam halus) dan daun pisang.
3.Tepung pulut dicampur dgn secawan air gula yang ditapis dan dikacau sebati
4.Letakkan sesudu makan adunan di atas daun kelapa yang disapu sikit minyak dan ratakan.Letakkan inti kelapa .Balutkan kuih ini seperti membalut lepat pisang.
5.Kukuskan lebih kurang 15-20 minit dgn api sederhana.




Terima Kasih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net