Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-May-2009 07:15 Email | Share | Bookmark
SELAMAT HARI GURU

 
Kak rus nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tetamu yang terdiri daripada GURU.Walaupun bukan guru mengajar di sekolah,tetapi sebenarnya kita semua adalah seorang GURU.Ibu bapa juga sebenarnya GURU.
Bila tiba Hari Guru,anak-anak kita dah beria-ia nak berikan sesuatu kepada gurunya di sekolah.Begitu murni hasrat hati seorang murid terhadap cikgunya...sebenarnya guru di sekolah tidak mengharapkan itu semua...mereka mengharapkan agar harapan ibu bapa terhadap anak-anak tercapai.
Kak rus terkenangkan cikgu kak rus dulu-dulu.....entah ada entah tiada.Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajar kak rus dari darjah 1 hingga ke darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Perempuan,Jalan Sekerat.Cikgu darjah 1 dan 2 kak rus bernama Cikgu Zainab...isteri kepada Cikgu Salleh Curut.Orangnya kecil molek....pernah kak rus dimarahi kerana tulisan yang tidak kemas...dicubitnya perut kak rus dan ditolak pi mai pi mai perut kak rus....kak rus tak pun terasa sakit cuma yang kak rus perasan gelang di tangannya berlaga dan berbunyi krong krang...krong krang.Seronok kak rus tengok gelang emasnya yang banyak berlaga dan berbunyi.
Cikgu darjah 3 kak rus cuma cikgu sementara...ngajar English...teacher Kalsom....kadang-kadang kak rus terserempak dengan beliau.Beliau isteri kepada seorang Pegawai Polis di SP bernama Encik Muslim.
Bila kak rus naik darjah 4 dan 5...cikgu Bisab yang menjadi cikgu kelas...kak rus masih ingat kami pernah bergambar kelas dengan beliau....Tulisan cikgu Bisab cantik sekali tak kira samada tulisan rumi atau jawi.Yang kak rus tahu cikgu Bisab dah lama meninggal dunia.
Naik darjah 6,cikgu Asiah Din pula menjadi guru kak rus.Di sekolah kak rus menjadi ejen menjual telur ayam dan guni beras.Pasti anda tertanya-tanya...sebenarnya ayah kak rus adalah seorang pesara polis yang membuka kedai runcit di Kampung Pengkalan Lebai Man.Macam-macam ada di kedainya...termasuk guni beras tu..Nak buat apa guni beras...heheheh..Cikgu Asiah lah yang mula mengorder guni beras tu....nak buat kerja tangan...pelapik kaki .Kain-kain perca yang sama panjang ukuran di ikat pada guni beras.Bila siap pelapik -pelapik kaki tu....kami akan menjualnya pada Hari Ibu Bapa.Memang banyak nostalgia bersama kawan dan guru di sekolah....tapi tulisan kak rus sekarang adalah menyerupai tulisan tangan Cikgu Che Amah...yang mengajar English di darjah 6....Tulisan beliau begitu cantik sekali....malah orangnya juga seorang yang jelita...beliau berkahwin dengan Cikgu Ahmad anak kepada Datuk Salleh.
Kak rus sering bertemu dengan beliau hingga sekarang kerana Cikgu Che Amah sama-sama mengaji kitab di rumah Datin.
Seorang lagi cikgu kak rus yang sama-sama mengaji kitab ialah cikgu Asma Laidin...orangnya hitam manis,langsing dan bergaya....hingga sekarang masih bergaya orangnya.Kak rus ingat dulu-dulu cikgu Asma ni suka dandan rambut macam rambut Saloma....rambut sarang tebuan....dan kak rus perasan beliau pakai maskara.
Bila melangkah ke tingkatan 1 kak rus bersekolah di SMKJ...di tempatkan di kelas yang akhir sekali iaitu di Tkn 1K.Siapa tak kenal dengan murid-murid 1K yang terdiri drpd murid-murid hebat tahun 6 di Sekolah Perempuan Jalan Sekerat.
Kak rus masih ingat satu kisah yang tak boleh kak rus lupa semasa kami baru masuk ke tingkatan 1K.Masa tu jadual waktu masih bercelaru...mana taknya tingkatan 1 sampai 10 kelas.Guru kelas kami ialah Cikgu Siti Aminah...orangnya baik tapi tegas.
Satu hari Teacher Fatimah masuk ke kelas untuk jadual ganti....beliau menjalankan satu permainan Bahasa Melayu....Kak rus masa tu dipilih kawan-kawan untuk membantu cikgu menulis senarai nama murid dan mengambil kedatangan....calon untuk ketua tingkatan la kononnya.Teacher Fatimah ni strick orangnya....beliau meminta murid-murid mencari perkataan katakerja yang bermula ejaan dengan huruf' 'a'...macam-macam perkataan yang diberitahu...alih,angkat,anyam,arak,adang,asak.Disebabkan kak rus ni mcm wakil kelas...kawan kak rus , Rokiah Mustapha...menulis satu perkataan dan menyuruh kak rus yang memberi jawapan....kak rus angkat tangan dan bagi tahu perkatan tersebut.Bila tersebut perkataan tu, kak rus tengok wajah teacher Fatimah yang putih gebu tu menjadi merah menyala.Aduhai mati aku......Dipanggilnya kak rus ke hadapan...apalagi kena bedai dgn rotan....Rokiah Mustapha membela kak rus..dia pun kena bedai.... arwah Norbi Majid pun kata dia bagi perkataan tu kat Rokiah...dia pun kena bedai...hehehe...semua kena bedai.Siapa yang boleh bagitahu perkataan tu akan dikira pemenang dan akan mendapat hadiah.....hehehe....

Take a break sat.....minum petang dulu...
KUIH KERIA DAN KUIH BELOTOK



Resepi kuih keria dah kak rus siarkan dulu....resepinya sama dengan kulit Kuih Badak.Kuih Badak berintikan kelapa,serai,kunyit,udang geragau/udang hidup/udang kering,sikit jintan manis,garam dan gula
Sementara Kuih Belotok yang resepi kulitnya sama berintikan inti daging untuk inti karipap........inti daging bersama kentang,bentuknya tak bulat macam kuih badak tapi lonjong-lonjong...sedap...tak puas pulak kak rus menjamahnya pasal ....tup-tup tengok habis....




Bye...Bye....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net