Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-May-2009 06:56 Email | Share | Bookmark
Roti Gulung Sosej Berkeju

 
 


Ini belum buat roti......Guna roti beli kat kedai mamak depan jalan nak masuk ke rumah kak rus.....Kak rus cuma guna :
4 keping roti digelek nipis
4 keping cheese
4 batang sosej AYAMAS( jenama lain kak rus tak makan)
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur dipukul
2 sudu besar serbuk roti
1. Di atas roti yang digelek nipis diletakkan sekeping cheese,kemudian taburkan serbuk lada hitam.
2. Letakkan sosej ayamas dan gulung kejap.
3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan serbuk roti...goreng minyak banyak.
4. Bila masak,toskan dan potong menyerong...hidangkan...mmm sedap...tak payah dok tambah garam sebab cheese dan sosej tu dah berasa garam.


Cream Cheese Butter Cake



Bila Kak rus masuk blog Ummi....banyak hidangan yang kak rus terpikat.....tak mahulah tamak....kak rus mencuba kek ini...mmmmmmm... memang sedap.Kak rus copy dari rumah Ummi....minta izin dan maafkan kak rus.Kak rus buat kek ni sebelum kak rus pergi bermesyuarat di Executive Development Centre, UUM Sintok pada 19 dan 20 Mei... mmmmm... cantik dan nyaman tempatnya....pasal nak bawa bekal nak makan dengan kawan-kawan dalam bilik.Puan Saadah dan Puan Rahmah bilik 318.Kak Rus dan Puan Norsiah bilik 319.......
Bila dia orang makan...mmmm.....memang sedap sampai minta resepi.Nasib baik kak rus ingat resepi....Terima kasih Ummi....

*
200 gm mentega
*
200 gm cream cheese (ummi guna Philladelphia cheese)
*
250 gm gula kastor (kak rus guna 180gm saja sebab jem dah manis)
*
5 biji telor (*ummi guna saiz B)
*
250 gm tepung gandum (*ummi guna 200 gm tepung gandum + 50 gm superfine)
*
1 sudu teh baking powder
*
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*ummi guna strawberry jam)

Cara Membuat:-

1.
Ayak tepung bersama baking powder. (*ummi ayak 3 x)
2.
Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3.
Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4.
Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6.
Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7.
Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (*Ummi bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.




Terima Kasih...bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net