Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-May-2009 01:22 Email | Share | Bookmark
Koetiew Halus Goreng dan Roti ala Mexican

 
 
 


Sarapan pagi hari ini...biasa sahaja.Rasanya lebih terangkat bila kak rus masukkan serbuk lada hitam walaupun dah masukkan cili.Lebih terangkat lagi bila kak rus masukkan sos ikan...mmmmmmmmm.......sedap walaupun roti kak bawah ni kak rus dah bedal sebiji.


North European Walnut Bread



Roti ni kak rus buat petang semalam....sedap tapi hairan wlp kak rus menggunakan bread softner tapi tak soft pun roti tu pagi ni....Resepinya ( kak rus buat separuh adunan sahaja)

260 ml air sejuk
1 biji telur
50 gm butter
500 gm tepung roti
11 gm yeast segera
100 gm gula
1 sudu teh pelembut roti
sedikit garam
Inti...kak rus guna kismis Ligo shj
1 biji telur dipukul untuk disapu di atas roti sebelum digolekkan atas walnut cincang
60 gm walnut cincang

1.Uli semua macam biasalah kan...Biarkan naik kemudian potong setiap satu 60 gm.
2. Isikan inti di dalamnya kemudian bulat-bulatkan dan sapu telur di atasnya.Tekapkan permukaan roti tu dengan walnut cincang.
3.Biarkan dia naik sekali lagi kemudian paipkan dengan mexican cream dan bakar 180 c lebih kurang 20 minit.Selamat mencuba.....


Mexican Cream (untuk dipaipkan atas roti)
100 gm tepung gandum
100 gm butter
100 gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
Semua bahan dicampur sebati dan masukkan dlm beg plastik kecil.Bila nak paipkan atas roti gunting bucu plastik tersebut.





Selamat mencuba.....




Terima kasih...bye...bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net