Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jun-2009 13:33 Email | Share | Bookmark
BUAH KIWI

 


Menurut fakta,buah kiwi mengandungi 2 kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren(108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100gm buah kiwi),2 kali ganda vitamin E berbanding buah avacado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.
FAKTA KHASIAT BUAH KIWI
1.Perlindungan penting untuk mencegah demam dan selsema.Kandungan imunisasi yang tinggi bermakna anda kurang jatuh sakit.Setiap hidangan mempunyai 230% pengambilan harian vitamin C yang disarankan.

2.Kandungan potasium yang tinggi baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu memulihkan saraf serta otot dengan pantas.Lain-lain nutrien dalam sebiji buah kiwi termasuk kalsium,fosforus,magnesium,selenium,zat besi,zink dan kuprum.

3.Asid folik sangat penting sebelum dan semasa mengandung bagi membantu tumbesaran janin.Ia juga diperlukan dalam menghasilkan kulit yang cantik dan sel darah.

4.Diperkaya dengan antioksidan seperti polifenol dan karotin.Dengan menikmati buah kiwi,anda mempunyai perlindungan sewajarnya daripada kerosakan radikal bebas.Buah kiwi merupakan satu daripada sumber vitamin E kurang lemak yang mana dikatakan berupaya membantu merendahkan tahap kolesterol dan memulihkan tisu kulit yang rosak.

5.Pengambilan fiber sangat penting untuk pembersihan dalaman,meningkatkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan badan dan jantung.

Sumber dari Mingguan Malaysia.





Bye-bye......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net